Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis halang lawatan kepada tahanan penjara Palestin

Isnin , 05/12/2011 – Pada Isnin lepas pihak berkuasa rejim Zionis telah menghalang seorang wanita bernama Sajeda daripada melawat bapanya, Jamal Abul Hajja yang ditahan di penjara rejim Zionis tanpa memberi sebarang sebab.

Ahli keluarga Sheikh tersebut yang merupakan salah seorang pemimpin Hamas memberitahu wartawan Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa pihak tentera rejim Zionis (IOF) telah menghalau Sajeda keluar daripada bas yang dinaikinya semasa dalam perjalanan untuk bertemu bapanya yang ditahan di sebuah penjara di kawasan
gurun di Nafha.

Menurut mereka lagi, pihak IOF yang bertugas di pos kawalan Jalama, yang terletak di barat laut Jenin telah memaklumkan Sajeda bahawa dia telah dilarang melawat bapanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Hamas: Situasi antarabangsa masih memberi faedah kepada Israel

Isnin , 05/12/2011 – Penggubal undang-undang Hamas di Tebing Barat mendakwa masyarakat dunia masih membenarkan resolusi-resolusi yang menindas terhadap rakyat dan tanah Palestin sejak pencerobohan Israel diiktiraf di jajahan Palestin pada 1948.

Para ahli parlimen dalam kenyataan mereka pada Selasa sempena ulangtahun ke 64 resolusi PBB yang memisahkan Palestin, memberitahu bahawa dunia masih memejamkan mata pada penderitaan rakyat Palestin di tanah air mereka dan menyokong penjenayah Israel.

Dunia hanya mendiamkan diri terhadap jenayah Israel di Baitulmuqaddis, sekatan di Gaza, sempadan ketenteraan yang memisahkan Tebing Barat dan layanan tidak adil terhadap rakyat Palestin, para ahli parlimen menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis menangkap pesakit yang dibebaskan

Isnin , 05/12/2011 – Persatuan banduan Palestin telah menyuarakan kebimbangan mengenai kesihatan Hamza Al-Traira yang telah ditangkap oleh pasukan pendudukan Israel semasa perjalanan pulang dari rawatan di Jordan.

Ia berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa Traira, Dari Bani Naim kampung di Al-Khalil, telah dilepaskan daripada jagaan Israel pada tahun 2009 disebabkan oleh kemerosotan kesihatannya selepas kanser menjadi lebih teruk.

Persatuan itu berkata bahawa Traira, 23, mengalami kanser mulut dan tidak dapat bercakap, menyatakan bahawa rawatan bermula di hospital penjara Ramle pada tahun 2008 dan telah dibebaskan dalam ketetapan oleh mahkamah Israel yang lebih tinggi setahun kemudian selepas itu dia meninggalkan Jordan untuk rawatan tetapi telah ditahan pula kemudiannya di sekatan jalanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tangkap 6 penduduk Jerusalem, termasuk kanak-kanak

Isnin , 05/12/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah menangkap 5 rakyat Palestin yang tinggal di Kampung Osrin yang terletak di Nablus. Antara mangsanya adalah ketua kampung terbabit, seorang pemuda yang berasal dari Jenin dan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dari Jerusalem.

Sumber tempatan memaklumkan bahawa unit peronda IOF telah menyerbu kampung terbabit sebelum Subuh pada Isnin lepas dan menangkap ketua kampungnya beserta 4 orang pemuda lagi yang mana 3 orang daripada mereka merupakan pekerja lombong.

Sumber di Jenin pula memaklumkan bahawa IOF telah menyerbu Kampung Jaba’a yang terletak di selatan Jenin dan menangkap seorang pemuda selepas memecah masuk dan menggeledah rumahnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pertemuan Hamas dan Fatah ?

Isnin , 05/12/2011 – Satu mesyuarat akan diadakan sebelum akhir minggu antara Hamas dan Fatah di Gaza yang akan membincangkan topik-topik penting untuk perjanjian perdamaian, seorang pegawai Fatah berkata pada Selasa.

Abdullah Abu Samhadaneh, seorang senior Fatah pegawai di Gaza, kata empat isu untuk dibincangkan ialah pasport-pasport, kebebasan perjalanan, orang-orang tahanan politik , dan pembukaan semula ibu pejabat Hamas dan Fatah.

Dia memberitahu Ma’an yang senarai nama tahanan politik akan ditunjukkan kepada sebuah jawatankuasa dari kedua-dua pihak memeriksa sama ada mereka ditahan atas sebab-sebab politik atau jenayah. Yang ditahan atas isu-isu jenayah akan dihadapkan ke perbicaraan. Dia menambah bahawa Fatah mempunyai 50 senarai nama-nama di penjara-penjara Gaza.

sumber : ma’an news agency
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Dweik: Tangkapan Berterusan Di Barat Mengancam Perdamaian.

Isnin , 05/12/2011 – Amaran diberi kepada Presiden Majlis Palestin Undangan Negeri,Dr.Aziz Dweik tidak mematuhi persafahaman antara Hamas dan Fattah dalam pertemuan terakhir mereka di Kaherah,terutamanya berkenaan dengan tahanan dan politik dan beliau berkata : ‘Hamas dan Fattah telah menukar senarai tahanan dan bersetuju untuk melepaskan mereka selama beberapa hari.

Dweik memberitahu agensi “Guds Press” yang sehingga kini tidak ada permohonan praktikal atas alasan bahawa apa yang telah ditekankan dalam mesyuarat antara Machel dan Abbas,amaran perdamaian yang secara keseluruhannya akan berada dalam bahaya jika tangkapan berterusan dan tidak selesaimengeluarkan tahanan.

Ketua Majlis Perundangan menegaskan bahawa tidak semua pihak menerima tentangan Palestin Mengikiraf Israel,dan ini menunjukkan bahawa kumpulan yang tidak mengiktiraf pendudukan apabila ia berada ditahap yang lemah,tidak akan menerimanya selamanya berdasarkan kedudukan Palestin adalah lebih kuat daripada sebelum ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

PHCR Mengutuk Keras Keputusan WHO Adakan Persidangan di Baitulmaqdis

Isnin , 05/12/2011 – Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PHCR) mengutuk dengan sekeras-kerasnya keputusan WHO Eropah untuk mengadakan persidangan rasmi di Baitulmaqdis, yang dihos oleh Israel. Persidangan Eropah pertama Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Polisi Baru Kesihatan Eropah telah dijadualkan berlangsung pada 28-29 November 2011

Dengan mengadakan persidangan dihos oleh Israel di kota Baitulmaqdis, agensi PBB iaitu WHO telah menghantar mesej tersirat pengiktirafan hak Israel terhadap kota tersebut dan memberi restu tersirat kepada tindakan haram Israel di Baitulmaqdis sejak beberapa dekad lepas.

Keputusan Knesset Israel pada 28 Jun 1967 untuk memberi Baitulmaqdis Timur kepada wilayah Israel, deklarasi Knesset pada 30 Julai 1980 bahawa “seluruh Baitulmaqdis adalah ibu negara Israel” dan polisi mereka terhadap meluaskan sempadan kota Baitulmaqdis, merupakan pencabulan serius terhadap undang-undang antarabangsa Resolusi PBB yang jelas mengiktiraf Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin pada masa hadapan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Warganegara Menyaman Lembaga Pelaburan Negeri Minnesota Kerana Melakukan Pelaburan Haram Ke Atas Perikatan Israel

Isnin , 05/12/2011 – Tuntutan tersebut menegaskan bahawa pelaburan dalam Perikatan Israel oleh SBI menyalahi undang-undang dan merupakan tindakan kurang bijak, dan seterusnya berpendapat bahawa pelaburan seperti itu melanggar undang-undang Minnesota yang mengawal jenis pelaburan asing yang membenarkan SBI melakukan pelaburan tersebut.

Kempen Leraikan Perikatan Minnesota Minneapolis (MN BBC), satu kempen yang dijalankan di seluruh negeri bertujuan untuk menghentikan pelaburan Minnesota ke atas hak asasi Israel dan pelanggaran undang-undang antarabangsa, telah bergabung dengan beberapa individu dan organisasi dalam usaha untuk membuat tuntutan saman ke atas Lembaga Pelaburan Negeri Minnesota (SBI) untuk melupuskan pembelian terhadap kedaulatan Perikatan Israel.

Tuntutan tersebut menegaskan bahawa pelaburan dalam Perikatan Israel oleh SBI menyalahi undang-undang dan merupakan tindakan kurang bijak, dan seterusnya berpendapat bahawa pelaburan seperti itu melanggar undang-undang Minnesota yang mengawal jenis pelaburan asing yang membenarkan SBI melakukan pelaburan tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Permohonan maaf Israel: Wartawan Amerika mengandung di arahkan menanggalkan pakaian untuk pemeriksaan pihak askar

Isnin , 05/12/2011 – Sumber dari Israel melaporkan bahawa Kementerian Pertahanan Israel telah memohon maaf kepada seorang wartawan Amerika yang sedang mengandung, kerana telah dipaksa untuk menanggalkan pakaiannya untuk pemeriksaan, dimalukan, dan dipaksa untuk masuk ke sebuah mesin imbasan, dalam satu sekatan jalan raya oleh pihak tentera sewaktu dalam perjalanan ke Israel dari Gaza.

Berita Israel Ynet turut melaporkan wartawan tersebut, dikenali sebagai Lynsey Addario, yang bekerja untuk New York Times, telah meminta askar-askar tersebut untuk tidak memaksanya melalui mesin imbasan tersebut kerana dia sedang mengandung.

Dalam surat yang dihantar kepada Kementerian Pertahanan Israel, wartawan tersebut menyatakan ba\hawa, walaupun dia telah merayu, askar-askar tersebut tetap memaksanya melalui mesin imbasan tersebut sebanyak tiga kali sambil mentertawakannya.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Nentahyu Menunda Merobahkan Pintu Jambatan Maqribi Selepas Amaran Dari Amman Dan Kaherah.

Isnin , 05/12/2011 – Akhbar Haareet Zionis pada hari Isnin di dalam laman webnya 28-11-2011 berkata, Perdana Menteri Benjamin Nentahyu ,”kemusnahan itu adalah kemusnahan di perbandaran Baitulmaqdis untuk menangguhkan perobohan jambatan pintu Maqribi,Mosul,Masjid Al-Aqsa yang sepatutnya bermula pada malam Sabtu.

Menurut akhbar itu,Nentahyu akan menangguhkan perobohan selama seminggu kerana apa yang digambarkan sebagai isu yang sensitif dan kedatangan mesej amaran dari Mesir,bahawa perobohan jambatan itu akan menjadi tumpuan menteri kepada demontrasi Dataran Tahrir mengenai perkara ini dan menjadikannya terhadap entiti,dan akhbar itu menambah bahawa Nentahyu akan memanggil mesyuarat untuk membincangkan perkara ini dan embincangkan penyelesaian pada hari- hari akan datang.

Jordon juga melahirkan kebimbangan melalui mesej yang diserahkan kepada entiti berkata isu jambatan pintu Maqribi bertukar menjadi salah satu ketegangan antara entiti,Palestin dan Jordon.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : janntul makwa