Categories
Berita Semasa

Tentera Israel meratakan tanah dan merosakkan tanaman zaitun berhampiran Yatta

Khamis , 05-04-2012 – Tentera haram Israel (IOF) telah meratakan tanah pertanian Palestin dan menumbangkan pokok-pokok zaitun yang ditanam lebih dari 30 tahun yang lalu bermula dari Um NIR hingga ke timur bandar Yatta di selatan Al-Khalil Selasa lalu.

Ratib Al-Jibour, penyelaras jawatankuasa di Yatta berkata bahawa tentera IOF meratakan 50 ekar tanah
yang dimiliki oleh keluarga Jibour dan menumbangkan pokok serta anak-anak pokok Zaitun. Beliau berkata bahawa tentera Israel turut membawa beberapa pekerja dmereka untuk menumbangkan pohon-pohon zaitun, dan membuang anak-anak pokok keluar dari kawasan tersebut dalam usaha untuk “menyembunyikan jenayah”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Bardawil: Perpaduan Palestin Perlu sokongan Arab dan Islam

Khamis , 05-04-2012 – Tokoh Hamas, Sholah Bardawil menegaskan kepentingan bagi Fatah untuk mempercayai rakan politik yang sebenar. Menurutnya, “Hamas adalah rakan politik dan bukan musuh. Fatah perlulah melihat Hamas sebagai rakan nasional dan bukan sebagai musuhnya.”

Dalam keterangan khususnya kepada Pusat Informasi Palestina, Selasa (3/4) Bardawil menekankan pentingnya Fatah membebaskan diri dari cengkaman musuh Israel. Beliau menambah, “Perpaduan tidak mungkin berjaya kecuali memenuhi kehendak nasional yang bebas.”

Bardawil menjelaskan, perpaduan Palestin memerlukan jaringan keamanan Arab dan Islam untuk melindungi kesatuan dan menyingkirkan rasa takut terhadap sekatan bantuan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Ibu Shalabi: Hana terima gangguan semasa Mogok

Khamis , 05-04-2012 – Isnin lepas, ibu dan keluarga kepada tahanan yang telah dibebaskan, Hana Shalabi memohon kepada semua institusi antarabangsa dan Mesir, untuk bertindak sebagai sebagai pengantara bagi menuntut kepulangan anak perempuannya ke rumah, di kampung Burkin, wilayah Jenin. Hana telah diusir ke Gaza.

Ibunya telah mengesahkan dalam satu pertemuan dengan delegasi wanita dari 1948 wilayah Palestin yang diduduki, bahawa anaknya terdedah kepada tekanan dan gangguan di dalam penjara serta Hana juga mempunyai tahap kesihatan yang amat teruk, Tambah ibunya lagi menambah, Hana telah dipaksa untuk menandatangani perintah pengusirannya dan menghentikan mogok lapar.

Delegasi wanita telah melawat tempat perkhemahan mogok duduk di Kafr El-Patron dan Burkin di Jenin,telah menyatakan kesepaduan mereka terhadap isu-isu yang dibawa pemogok. Delegasi wanita, termasuk aktivis politik dan sosial dari Haifa, Nazareth, Galilea, dan Triangle, mengutuk keputusan IOF mengusir Hana ke Gaza dan polisi agresif IOF terhadap tahanan Palestin, terutamanya tahanan pentadbiran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Banduan-banduan Mogok Lapar Satu Hari Dalam “South Jails”

Khamis , 05-04-2012 – Banduan-banduan memulakan satu mogok lapar, pada Selasa, dalam “South Jails” untuk satu hari dan akan meneruskan bantahan terhadap syarat-syarat dikenakan ke atas tawanan-tawanan politik dalam penjara Israel.

Banduan-banduan disahkan dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Kementerian Hal Ehwal Keluarga bahawa mogok lapar untuk satu hari hanya dalam penjara-penjara Nafha, Raymond, Eshel and Ashkelon.

Tahanan politik Palestin menggunakan mogok-mogok lapar sebagai satu bentuk bantahan supaya pulangan menghalang hak-hak, bersuara menentang kemerosotan keadaan hidup di penjara dan menuntut satu dasar pengasingan menentang para pemimpin penduduk Palestin di dalam penjara-penjara.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Haneyya menyeru Mesir agar menahan warga Israel yang menyasarkan tahanan Palestin

Rabu , 04-04-2012 – Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya menyeru Mesir agar menggunakan kuasanya sebagai penaja rundingan pertukaran tahanan antara Hamas dan Israel untuk menekan Israel supaya mematuhi syarat-syarat perjanjian.

Haneyya ketika melawat tahanan Hana’a Shalabi di Hospital Shifa di Gaza pada Isnin, berkata bahawa Israel telah melanggar syarat-syarat perjajian yang melarang penahanan semula tahanan yang telah dibebaskan.

Beliau menyifatkan pemindahan Shalabi ke Gaza sebagai jenayah perang dan perlanggaran hak asasi manusia, dan menambah bahawa kerajaannya akan meminta mahkamah Arab dan antarabangsa untuk menghentikan polisi sedemikian.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Khidir Adnan: Keadaan Tahanan Sayyid Alami Parah

Rabu , 04-04-2012 – Tawanan Khidir Adnan dari penjara Ramlah menyatakan, pihak penjara membawa tokoh Hamas, tahanan Abbas Sayyid ke klinik penjara Ramlah dalam keadaan parah setelah melalui percubaan bunuh di selnya beberapa hari lalu.

Kepada peguamnya, Jawad Bulas, Khidir menyatakan, bahawa kesan serangan terhadap Sayyid oleh puluhan warden penjara dan polis di sel penjara Jalbu, jelas kelihatan.

Khidir mengecam keras serangan melampau yang terus dilakukan pihak penjara terhadap para tahanan yang melewati batas, berupa tindakan serbuan dan penyiksaan menggunakan anjing polis. Khidir menuntut badan Hak Asasi Manusia dan kekuatan serta faksi Palestin untuk bersikap tegas dan memainkan peranan sebaik mungkin.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Askar rejim Zionis menahan 16 rakyat Palestin termasuk pemimpin Hamas

Rabu , 04-04-2012 – Rejim Zionis menghimpunkan 16 rakyat Palestin di tebing Barat, termasuk pemimpin Hamas, Mufid Nazzal ,55 tahun dari kampung Qabatiya, timur Jenin pada subuh hari Isnin.

Akhbar berbahasa Ibrani,Yediot Ahronot menyatakan dalam laman webnya bahawa tahanan dikehendaki untuk soal siasat.
Sumber tempatan di Qabatiya berkata bahawa tentera telah menahan Nazzal dan Fadi Khuzamiya, 20, yang juga penyokong Hamas, dan mengeluarkan saman kepada dua rakyat lain di kampung itu untuk tujuan soal siasat di premis perisikan di kem tentera Salem.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Tiga Ditahan Ketika Percubaan Untuk Mendapatkan Sebuah Rumah Rakyat Palestin di Hebron

Rabu , 04-04-2012 – Tiga orang dari Hebron telah ditahan pada hari Isnin selepas sekumpulan 20 orang aktivis Palestin dan antarabangsa yang cuba untuk mendapatkan sebuah rumah Palestin yang secara paksa diduduki oleh tentera dan pendatang Israel di Bandar lama Hebron.

Sumber-sumber media Palestin melaporkan bahawa, rumah tersebut adalah milik keluarga Rajab yang telah berpindah keluar setelah diganggu oleh pendatang-pendatang Israel beberapa tahun lalu. Rumah tersebut kemudiannya dijadikan pos tentera oleh tentera Israel dan baru-baru ini kerap dikunjungi enam keluarga pendatang yang mendakwa pemilik sah rumah tersebut.

Ketika memasuki rumah tersebut, para aktivis dari Kumpulan Belia Menentang Pendatang cuba untuk membersih dan melengkapkan perabut didalam rumah tersebut , dalam masa yang sama menghalang laluan masuk dibahagian hadapan. Sepasukan ketenteraan dengan jumlah yang besar muncul dan memecah masuk ke rumah berkenaan. Mereka telah membuang keluar perabut-perabut tersebut, menghempaskannya ke tanah dan menahan tiga orang secara ganas termasuk Issa Amro, salah seorang pengasas kumpulan tersebut.

sumber : IMEMC News
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin Ditemui Meninggal Dunia Dengan Luka-Luka Minggu Lepas

Rabu , 04-04-2012 – Seorang pemuda Palestin meninggal dunia pada pagi Isnin akibat luka-luka menderita dalam satu serbuan Israel di kampungnya dekat Ramallah minggu lepas .

Rashad Shoukha, 28, cedera parah terkena tembakan pada dada ketika pencerobohan waktu subuh di kampung Rammun Selasa lepas. Adik-beradik lelakinya Anwar dan Akram juga cedera dalam serbuan itu. Jurucakap tentera Israel berkata ketika tentera Israel melepaskan tembakan adalah respons kepadasatu serangan oleh tiga orang Palestin yang menikam askar Israel .

sumber : IMEMC News
penterjemah : nasir bravo