Rejim memindahkan Ibrahim Hamed ke destinasi yang tidak diketahui

Rabu, 29/05/2013 – Perkhidmatan Penjara Israel memindahkan tahanan Ibrahim Hamed pada Isnin secara mendadak. Ibrahim Hamed merupakan seorang pemimpin Briged Al-Qassam iaitu sayap ketenteraan Hamas, dari penjara Rimon ke satu tempat yang tidak diketahui, Kesatuan Tahanan Wa’ed melaporkan. Wa’ed menyebut dalam kenyataan bahawa tahanan Hamed yang dijatuhkan sebanyak 54 hukuman penjara seumur hidup telah dipindahkan … Read moreRejim memindahkan Ibrahim Hamed ke destinasi yang tidak diketahui

Israel tentera tangkap 2 nelayan Gaza

Rabu, 29/05/2013 – Pasukan tentera laut Israel malam Ahad lalu telah menahan dua orang nelayan Palestin di perairan Beit Lahiya, utara Gaza. Wartawan PIC yang memetik sumber saksi dan hak asasi manusia sebagai berkata dua saudara bernama Mahmoud dan Khaled Zayed telah ditangkap semasa menangkap ikan. Mereka kemudiannya dibawa ke lokasi yang tidak diketahui manakala … Read moreIsrael tentera tangkap 2 nelayan Gaza

Isu tahanan Palestin ‘dibincangkan di Parlimen Eropah

Rabu, 22/05/2013 – Rangkaian UFree untuk mempertahankan hak-hak tahanan Palestin membangkitkan isu tahanan Palestin di penjara Israel di luar mesyuarat yang diadakan di Parlimen Eropah di Brussels pada ulang tahun Nakba, dengan kerjasama Majlis Perhubungan Eropah Palestin . Encik Mohammed Hamdan, ketua UFree Network, memberitahu Quds Press bahawa mesyuarat itu adalah yang pertama seumpamanya, kerana … Read moreIsu tahanan Palestin ‘dibincangkan di Parlimen Eropah

Abu Zuhri: Penutupan sempadan Rafah ialah tindakan yang tidak wajar

Rabu, 22/05/2013 – Gerakan Hamas menyeru pihak berkuasa Mesir untuk membuka semula sempadan Gaza dan Semenanjung Gaza yang ditutup untuk hari kedua. Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap gerakan itu, menyatakan dalam kenyataan bertulis tentang penutupan itu sebagai tidak wajar dan memudaratkan rakyat terutamanya para pesakit. Beliau berkata, masalah dalaman Mesir mesti diselesaikan segera tanpa memberi … Read moreAbu Zuhri: Penutupan sempadan Rafah ialah tindakan yang tidak wajar

Palestin Minta Rakyat Mesir Sokong Agar Pintu Masuk Rafah Dibuka Kembali

Rabu, 22/05/2013 – Ribuan aktivis Palestin menyerukan seluruh rakyat Mesir untuk bergerak aktif demi pembukaan kembali pintu masuk Rafah secara tetap, agar tidak menyia-nyiakan nyawa dua juta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. Sementara itu para penganalis menilai apa yang dilakukan beberapa komandan keamanan Mesir di pintu masuk Rafah sebagai melanggar undang-undang dan moral serta sebagai … Read morePalestin Minta Rakyat Mesir Sokong Agar Pintu Masuk Rafah Dibuka Kembali

Mahkamah Israel putuskan untuk membebaskan Qarawi

Rabu, 22/05/2013 –Mahkamah Israel mengeluarkan keputusan untuk tidak memperbaharui penahanan pentadbiran ke atas Ahli Parlimen Hamas, Fathi Qarawi dari kota Tulkarem, utara Tebing Barat. Anak lelaki Qarawi, Hazem memberitahu wartawan Quds Press pada Sabtu lalu bahawa Mahkamah Agung Israel telah mengeluarkan keputusan Khamis lalu untuk tidak memperbaharui penahanan pentadbiran terhadap bapanya yang telah ditahan selama … Read moreMahkamah Israel putuskan untuk membebaskan Qarawi

Tentera rejim culik 20 rakyat Palestin di Hebron

Isnin, 20/05/2013 – Tentera rejim Israel menculik 20 rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak di kampung At-Tabaga, selatan bandar Tebing Barat Hebron dan mula menyoalsiasat mereka tentang kemungkinan kaitan dengan senjata Molotov yang membakar jip ketenteraan Israel pada Rabu. Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera membebaskan 18 daripada 20 yang diculik, (kebanyakannya 14- 18 tahun) dan menahan dua … Read moreTentera rejim culik 20 rakyat Palestin di Hebron

Israel membincangkan “penghalalan” Empat kota haram di Tebing Barat

Isnin, 20/05/2013 – Akhbar harian Israel, Ynetnews, melaporkan bahawa kerajaan Israel memaklumkan kepada Mahkamah Agung bahawa ia sedang memeriksa untuk penghalalan empat kota yang diduduki oleh penduduk Israel secara haram. Kota itu dibina di atas tanah milik persendirian orang Palestin. Pada tahun 2003, mahkamah mengarahkan penghapusan empat kota kara itu, tetapi kerajaan Israel tidak melaksanakannya. … Read moreIsrael membincangkan “penghalalan” Empat kota haram di Tebing Barat

Israel: “Perdamaian Dengan Turkey Membolehkan Kami Untuk Serang Syria”

Isnin, 20/05/2013 – Tentera dan pegawai kanan Zionis Israel menyatakan bahawa perdamaian dengan Turki dan hubungan berterusan antara Ankara dan Tel Aviv membolehkan Israel menjalankan beberapa serangan udara terhadap sasaran di Syria. Israel Yedioth Aharonoth memetik pegawai Israel yang menyatakan permohonan maaf yang dibuat oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu ke atas kematian sembilan aktivis Turki … Read moreIsrael: “Perdamaian Dengan Turkey Membolehkan Kami Untuk Serang Syria”

Zionis Rancang Mengesahkan 4 Koloni Penempatan

Isnin, 20/05/2013 – Harian Haaretz Zionis hari ini menyebutkan, berdasarkan pernyataan pengarah umum gerakan Vice Now, Yergev Owenhayamir mengatakan, pemerintah Netanyahu telah memutuskan legalisasi empat koloni penempatan yang sebelumnya dianggap tidak sah dari segi undang-undang. Empat koloni penempatan tersebut adalah, Jevar Asaf, Mutsveh Lakhasy, Jevar Haruniyah, Rahbaam. Keempat-empat penempatan tersebut telah ddirikan di tanah Palestin … Read moreZionis Rancang Mengesahkan 4 Koloni Penempatan

ICC Jalankan Siasatan Awal Serangan Ke atas Mavi Marmara

Isnin, 20/05/2013 – Mahkamah Jenayah Antarabangsa berkata ia telah memulakan siasatan awal serangan maut Israel pada Mei 2010 yang lalu mensasarkan Kapal Turki MV Marmara yang membawa kepada kematian sembilan aktivis Turki. Mahkamah itu berkata ia perlu menyiasat isu ini bagi menentukan sama ada serangan Israel merupakan jenayah perang atau jenayah kemanusiaan. Pendakwa ICC, Fatou … Read moreICC Jalankan Siasatan Awal Serangan Ke atas Mavi Marmara

Tentera Mengganggu Jenin, Pertempuran Dilaporkan

Jumaat ,17-03-2013 – Rabu waktu subuh, 15 Mei 2013, sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa berpuluh-puluh jip tentera Israel menyerang bandar Zabbouba, barat utara Tebing Barat bandar Jenin, dan bertempur dengan belia tempatan. Tentera ini juga menyerang bandar-bandar berdekatan Rommana dan At-Tayba. Sumber-sumber berkata bahawa sekurang-kurangnya enam kenderaan perisai tentera Israel menyerang Zabbouba, dan tentera memecah masuk … Read moreTentera Mengganggu Jenin, Pertempuran Dilaporkan

Tentera culik Mufti Besar Baitulmuqaddis

Jumaat ,17-03-2013 – Tentera rejim Israel menculik Mufti Besar Baitulmuqaddis, Sheikh Mohammad Hussein setelah mengepung rumah beliau dan memecah masuk. Sumber tempatan melaporkan bahawa pihak tentera menceroboh kejiranan As-Suwwana di Jabal Al-Mokabbir di timur Baitulmuqaddis dan memecah masuk kediaman mufti tersebut sebelum menculiknya. Sheikh Hussein diarahkan mengikut tentera dengan kereta ke Balai Polis dan Fasiliti … Read moreTentera culik Mufti Besar Baitulmuqaddis

100 Ribu Pelajar Palestin Mengikuti Perkhemahan Musim Panas Hamas

Jumaat ,17-03-2013 – Gerakan Pejuang Islam Hamas telah menyelesaikan persiapan perlaksanaan perkhemahan musim panas tahun ini, yang akan mencakupi semua wilayah Semenanjung Gaza dari Rafah di selatan hingga Beit Hanun di utara. Salah seorang pemimpin Hamas yang mengetuai panitia pusat perkhemahan musim panas, Musa Samak, Rabu (15/5), mengatakan, “Lebih dari 100 ribu pelajar putera dan … Read more100 Ribu Pelajar Palestin Mengikuti Perkhemahan Musim Panas Hamas

Pakatan Right of Return Palestin mender perpaduan dan menolak inisiatif Arab

Jumaat ,17-03-2013 – Pakatan International Palestinian Right of Return, telah mengeluarkan kenyataan akhbar sempena ulangtahun ke 65 peristiwa Nakba 1948, dan menyeru semua rakyat Palestin untuk mencapai perpaduan dan juga untuk kekal teguh dalam memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin yang sah. Pakatan tersebut, yang terdiri dari dua puluh institusi dan kumpulan yang memperjuangkan hak Palestin berkata, … Read morePakatan Right of Return Palestin mender perpaduan dan menolak inisiatif Arab