Tentera Rejim Zionis menjadikan apartment di Jalan Syuhada, Hebron sebagai berek tentera

Khamis,26-09-2013 –Kuasa besar tentera Israel menyerbu sebuah bangunan Palestin yang terletak di tengah Jalan Syuhada’, berdekatan Masjid Al-Ibrahimi di Bandar Hebron yang terletak di selatan Tebing Barat. Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa rumah yang diserbu oleh pihak tentera itu kepunyaan keluarga Abu Mayaleh, yang terdiri daripada 4 pangsapuri dan 4 kompleks perniagaan. Kumpulan “Pemuda Menentang Penjajahan” … Read moreTentera Rejim Zionis menjadikan apartment di Jalan Syuhada, Hebron sebagai berek tentera

Kejadian Besar Menanti Palestin

Khamis,26-09-2013 – Pada kedua-dua bahagian peta keadaan Palestin pada hari ini, dua garisan strategi yang terdapat dalamnya semua peristiwa dan jangkaan peristiwa yang akan berlaku mula terlukis. Mungkin kita boleh menganggapnya sebagai satu permulaan kepada peristiwa besar yang mula jelas petandanya.. Dua garisan itu ialah (perhimpunan politik) rakyat Palestin dan ketidakupayaan kepimpinan dalam bergerak dan … Read moreKejadian Besar Menanti Palestin

Pusat pemeriksaan tentera Zatara belasah tiga pemuda & tahan seorang darinya

Khamis,26-09-2013 – Tentera ZIonis Israel (IOF) memukul secara fizikal tiga pemuda dan menahan salah seorang daripada mereka selepas memintas mereka di pusat pemeriksaan tentera Zatara, selatan bandar Nablus. Persatuan tahanan Palestin berkata pusat pemeriksaan IOF di Zatara itu memukul dengan kejam Wajdi Shalabi, 21 serta dua daripada rakan-rakannya sebelum membawanya ke pusat tahanan pagi Rabu … Read morePusat pemeriksaan tentera Zatara belasah tiga pemuda & tahan seorang darinya

Palestin Minta Mesir Kaji Semula Hukuman Terhadap Nelayan Gaza

Khamis,26-09-2013 – Jurucakap pemerintah Palestin, Ihab Gasin dalam pernyataanya meminta pemerintah Mesir mengkaji semula hukuman terhadap lima nelayan Gaza yang ditangkap di perairan Mesir, beberapa hari yang lalu dengan alasan memasuki perairan Mesir tanpa izin. Gasin menegaskan, Khamis (19/9) hukuman tahanan ini akan meningkatkan ketegangan dua saudara, Gaza dan Mesir. Apa yang terjadi semalam sangat … Read morePalestin Minta Mesir Kaji Semula Hukuman Terhadap Nelayan Gaza

Mahkamah Israel mengusir Khatib dan Abu Sheikha dari Masjid Aqsa

Khamis,26-09-2013 – Majistret mahkamah Israel menghalang Sheikh Kamal Al-Khatib, timbalan ketua gerakan Islam dan penasihat Hal Ehwal Baitulmuqaddis dan Aqsa gerakan itu dari memasuki Masjid Aqsa sehingga akhir bulan ini dan mendenda mereka sebanyak 5,000 shekels. Polis Israel berkata hakim itu menuruti permintaan mereka agar melarang dua Sheikh itu daripada mendekati lapangan Masjid Aqsa pada … Read moreMahkamah Israel mengusir Khatib dan Abu Sheikha dari Masjid Aqsa

Rayuan terhadap penyingkiran Sheikh Salah dari Jurusalem

Jumaat, 20-09-2013 – Mahkamah Daerah Zionis di Jurusalem menyiasat rayuan yang dikemukakan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Al-Mizan pada Khamis 12/9 di Nazareth yang menentang keputusan pasukan pendudukan yang melarang ketua gerakan Islam, Sheikh Raed Salah daripada memasuki Baitul Maqdis yang dijajah selama 48 tahun untuk tempoh 6 bulan. Penasihat Gerakan Islam & Hal Ehwal … Read moreRayuan terhadap penyingkiran Sheikh Salah dari Jurusalem

Penafian Hak Asasi Manusia bagi Penggunaan Anjing Semasa Melakukan Penangkapan

Jumaat, 20-09-2013 – Persatuan Tahanan di Jenin memberi amaran peningkatan penggunaan anjing polis oleh tentera Israel semasa serbuan rumah-rumah penduduk palestin yang menyebabkan kerosakan psikologi kepada merekan dan kerosakan fizikal kepada rumah mereka. Persatuan tersebut dalam satu kenyataan pada hari khamis (12-9) mengecam penggunaan kaedah ugutan, kemusnahan dan retakan yang berulang-ulang yang dilakukan oleh tentera … Read morePenafian Hak Asasi Manusia bagi Penggunaan Anjing Semasa Melakukan Penangkapan

Hammad menghubungi rakan-rakan sejawat Arab meminta mereka campur tangan dengan segera.

Jumaat, 20-09-2013 – Menteri Dalaman Gaza Fathi Hammad telah menghubungi 3 rakan sejawat negara Arab menggesa mereka segera campur tangan dalam hal Mesir dan membuka laluan Rafah. Hammad menghubungi menteri dalaman Sudan, Qatar dan Oman pada Khamis meminta mereka campur tangan dengan Mesir untuk menyelamatkan Gaza daripada situasi kemanusiaan yang semakin meruncing. Beliau berkata, penutupan … Read moreHammad menghubungi rakan-rakan sejawat Arab meminta mereka campur tangan dengan segera.

Abu Marzouk: Gaza adalah tapak perjuangan, bukan keganasan

Jumaat, 20-09-2013 – Anggota biro Politik Hamas, Dr Mousa Abu Marzouk telah membidas kenyataan konsular Palestin yang menggambarkan Gaza sebagai pangkalan untuk “keganasan”. Abu Marzouk Khamis lalu di laman Facebook mengutuk mereka yang cuba memberi gambaran Gaza sebagai pangkalan untuk keganasan atau sumber ekstremisme. Beliau berkata Gaza adalah pengkalan pertahanan dan duri dalam daging di … Read moreAbu Marzouk: Gaza adalah tapak perjuangan, bukan keganasan

Persidangan Antarabangsa Mengesahkan Penguasaan Agenda Zionis di Palestin

Jumaat, 13-09-2013 – Persidangan antarabangsa yang mengkaji perjanjian Oslo dan kesannya terhadap rakyat Palestin berakhir pada hari ahad (8-9). Persidangan ini dianjurkan oleh Pusat Pelarian Palestin dan Institut Pengajian Arab dan Islam di Universiti Exeter di Britain, di ibu negara Britain, London bagi membincangkan kesan-kesan Oslo kepada pendidikan, isu tawanan, pelarian, Jerusalem dan masa depan … Read morePersidangan Antarabangsa Mengesahkan Penguasaan Agenda Zionis di Palestin

Pegawai Palestin: Gaza mengalami sekatan terburuk dan paling lama

Jumaat, 13-09-2013 – Jabatan Perdagangan Palestin di semenanjung Gaza memberi amaran tentang penutupan terowong di antara Gaza dan Mesir tanpa membuka laluan perdagangan atau membenarkan kemasukan semua jenis barangan ke Gaza, lalu semakin memburukkan sekatan. Ia turut menyatakan bahawa penutupan terowong menyebabkan kerugian ekonomi yang besar terutamanya dalam sektor pembinaan yang bergantung sepenuhnya kepada bahan … Read morePegawai Palestin: Gaza mengalami sekatan terburuk dan paling lama

Baradwil: Memperketatkan kepungan Gaza adalah sebahagian daripada perang terhadap Islam di rantau ini

Jumaat, 13-09-2013 – Pemimpin dalam pergerakan Hamas Dr Salah Bardawil menyatakan bahawa mengetatkan kepungan di Gaza bukan sahaja mensasarkan pergerakan Hamas tetapi ia mensasarkan Mesir juga. Mengetatkan kepungan Gaza dan merobohkan terowong datang sebagai sebahagian daripada kempen hasutan sengit yang dilancarkan oleh media Mesir terhadap Hamas dan penentangan Palestin, katanya. Malangnya media Mesir telah melancarkan … Read moreBaradwil: Memperketatkan kepungan Gaza adalah sebahagian daripada perang terhadap Islam di rantau ini

Zionis Gali Parit di Jerusalem

Jumaat, 13-09-2013 – Pusat Maklumat Wadi Hilweh di Silwan melaporkan bahawa jentolak Israel pada pagi Isnin mula menggali apa yang kelihatan seperti parit untuk memisahkan kampung Issawiyya dan penempatan haram Bukit Perancis. Ahli Jawatankuasa Bertindak Issawiyya, Mohammed Abu Hummus, menjelaskan bahawa jentolak Perbandaran Jerusalem mula sejak pagi menggali parit untuk memisahkan kampung dan penempatan haram, … Read moreZionis Gali Parit di Jerusalem

Kerana Simbol 4 Jari, Anggota Polis Ramallah Diancam Pemecatan

Jumaat, 13-09-2013 – Sejumlah anggota polis Otoriti Palestin di Ramallah mendapat ancaman pemecatan gara-gara meletakkan simbol empat jari di laman sosial masing-masing, yang menggambarkan simpati mereka terhadap apa yang dialami pendokong Mursi di dataran Rabiah Adawiyah, Mesir, yang diserang oleh pasukan keselamatan Mesir. Sumber-sumber Palestin kepada wartawan Pusat Informasi Palestina mengatakan, sejumlah anggota polis telah … Read moreKerana Simbol 4 Jari, Anggota Polis Ramallah Diancam Pemecatan

Kerajaan: Israel menggunakan rundingan untuk mengenakan keadaan yg dihadapi di Jerusalem

Jumaat, 13-09-2013 – Kerajaan Palestin di Gaza berkata pihak berkuasa regim zionis menggunakan proses rundingan untuk menutup keadaan yg dihadapi di bandar Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa. Unit Hal Ehwal Jerusalem di Kementerian Dalam Negeri berkata dalam satu kenyataan: “Regim zionis ini bertujuan untuk melaksanakan projek yang bertujuan untuk memindahkan orang-orang Islam Palestin dari kota suci … Read moreKerajaan: Israel menggunakan rundingan untuk mengenakan keadaan yg dihadapi di Jerusalem