Categories
Berita Semasa

Dahlan Tuduh Abbas Sembunyikan Pembunuh Arafat

Khamis , 20-03-2014 – Mantan pemimpin Fatah, Muhammad Dahlan menuduh presiden otoriti, Mahmud Abbas dalam wawancaranya dengan stesyen televisyen “Dream 2” Mesir. Beliau membantah pernyataan Mahmud Abbas beberapa hari lalu di hadapan Dewan Revolusi.

Beliau mengatakan, pernyataan yang dilontarkan presiden Abbas tidak benar. Mahmud Dahlan menafikan bahawa dia terlibat dalam pembunuhan Yasir Arafat. Beliau mengatakan, hubunganya dengan Arafat sangat rapat, walaupun terdapat beberapa perbezaan dalam cara kerja antara keduanya.

Sebelumnya, Abbas melancarkan tuduhan terhadap Dahlan bahawa beliau berada disebalik pembunuhan Yasir Arafat dan dua aktivis serta pemimpin Palestin lainnya. Selain itu beliau juga dituduh terlibat dengan korupsi dalam pemerintahan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza serta beberapa negara Arab yang lain.

Dahlan kemudian menjelaskan tentang seorang pengawal peribadi Yasir Arafat yang dituduh sebagai suspek utama pembunuhan Arafat. Dia telah ditangkap dan disoalsiasat. Namun Mahmud Abbas membebaskannya dan melarikan diri ke luar negara. Dahlan menambah lagi, seorang doktor Palestin yang sering bertemu dengan Arafat telah dibunuh di Ramallah. Dahlan mengatakan, yang membunuh Arafat bukan Israel, tanyakan sahaja kepada Abbas.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

IOF membebaskan wartawan selepas beberapa waktu dalam tahanan

Khamis , 20-03-2014 – Regim Zionis Israel (IOF) menahan wartawan TV ‘Palestin Hari ini di Al-Khalil selama beberapa jam pada malam Ahad. Askar-askar itu telah menahan wartawan Fida Nasr selepas beliau selesai membuat laporan berkenaan sambutan pendatang yang merayakan Yahudi ‘Purim di Tal Al-Rumaida di pusat bandar Al-Khalil.

Khitam Al-HIH, peguam wartawan itu, berkata dalam satu kenyataan akhbar yang Fida ditahan selepas pendatang itu telah menyerang dan mencurahkan wain ketika beliau berada di tempat kerja.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Polis rejim Israel musnahkan kampong Araqib untuk kali yang keenam puluh enam

Selasa , 18-03-2014 –Polis rejim Israel di sempadan memusnahkan kampung Araqib di Negev, untuk kali ke enam puluh enam pada pagi Sabtu.

Jentolak polis memusnahkan rumah dan khemah yang dibina di atas tanah perkampungan Badwi. Penduduk kampung mengatakan bahawa polis rejim menyerang kampung mereka pada subuh dan mengarahkan mereka keluar sedangkan hujan lebat dan memusnahkan rumah mereka tanpa membenarkan mereka mengeluarkan barang terlebih dahulu.

Pemusnahan itu berlaku 2 hari selepas bahagian khas polis menyerbu kampung dan mengambil gambar perkuburan di mana para penduduk selalunya berlindung ketika siri kejadian pemusnahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Masri: Dakwaan Israel ke atas kapal senjata adalah untuk menjustifikasikan pencerobohannya

Selasa , 18-03-2014 – Pemimpin kanan gerakan Hamas, Mushir al-Masri mendakwa tuduhan Israel berkenaan penghantaran senjata oleh Iran ke Gaza adalah untuk menjustifikasikan satu lagi pencerobohan baru mereka terhadap Semenanjung itu.

Dalam satu temubual yang disiarkan oleh Al Jazeera TV pada malam Isnin, MP Masri memberitahu pihak berkuasa Israel cuba menggambarkan Gaza sebagai satu ‘sarang pengganas’ untuk menguatkan lagi cengkaman kuasa mereka terhadap Semenanjung Gaza.

Israel juga cuba untuk menutup kegiatan jenayah mereka sendiri yang semakin berleluasa terhadap rakyat Palestin dengan menghubungkaitkan Semenanjung Gaza dengan isu jenayah , tambah beliau lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Pejuang Palestin terselamat daripada serangan zionis di selatan Gaza

Selasa , 18-03-2014 –Salah satu kumpulan pejuang Palestin terselamat daripada serangan zionis yang mensasarkan timur Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza, rabu malam (12-3).

Penganalisis kejadian berkata kepada Quds Press bahawa pesawat peninjau Zionis telah melepaskan satu peluru berpandu sekurang-kurangkan ke arah satu kumpulan pejuang Palestin di timur Khan Yunis namun kumpulan tersebut telah meninggalkan tempat itu sebelum peluru
tersebut jatuh dan mereka selamat daripada serangan tersebut.

Perkara ini telah bermula petang rabu dengan pelepasan beberapa roket ke arah tapak sempadan Israel dan kawasan dalam Negev Barat di wilayah yang diduduki pada tahun 1948, dan ini sebagai tindak balas terhadap kematian tiga anggota polis semalam, selasa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Kesihatan 4 penyerang kelaparan makin merosot

Selasa , 18-03-2014 – Keadaan kesihatan empat Palestin yang mengadakan mogok lapar di penjara Israel, telah merosot secara mendadak akibat kecuaian dari pasukan perubatan Israel terutama mereka yang telah mogok lapar lebih daripada 63 hari.

Keluarga mogok lapar Banat Muammar memberitahu wartawan PIC bahawa keadaan kesihatan Muammar Banat semakin teruk akibat kecuaian pasukan perubatan Israel, seterusnya menyeru pembebasan Muammar dengan segera.

Bagi keluarga tahanan penjara yang mengadakan mogok lapar iaitu Fessissi Akram, Amir Shamas, dan Wahid Abu Maria berkata bahawa mereka mengalami kesan kemorosotan kesihatan yang teruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Demonstrasi Di Hadapan Kedutaan Besar Mesir Di Gaza Tuntut Tamatkan Sekatan

Selasa , 18-03-2014 –Jawatankuasa Nasional Menamatkan Sekatan melakukan demonstrasi terbuka di hadapan pejabat perwakilan Mesir di Gaza. Mereka menuntut Mesir membuka pintu masuk Rafah dan memudahkan masuknya sumber-sumber keperluan harian ke Gaza.

Puluhan warga turut serta dalam aksi ini, mereka membawa sepanduk dengan pelbagai slogan antaranya, “Anti Tindakan Sekatan”, “Biarkan Kami Hidup Bebas”, “Hak Kami Hidup Merdeka Seperti Bangsa Lain.” di samping mengibar bendera Palestin dan bendera Mesir. Mereka menegaskan bahawa darah Arab adalah satu kesatuan.

Menurut Marwan Abu Rass, Ketua Jawatankuasa Menamatkan Sekatan di Parlimen Palestin tindakan memudahkan masuk bahan bakar dan membuka pintu masuk Rafah bagi pesakit dan mahasiswa tidak akan mengancam keamanan nasional Mesir, bahkan menambah ikatan kasih sayang dan persaudaraan. Marwan menyatakan, musuh kita satu, iaitu penjajah zionis yang menyerang rakyat Palestin dan Mesir serta bangsa Arab dan kemanusiaan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tentera zionis IOF memberi notis untuk perobohan dua telaga air

Selasa , 18-03-2014 – Tentera Zionis Israel (IOF) memberi notis di Khirbat Al-Fakhit dusun berhampiran bandar Yatta di Al-Khalil pada hari Selasa untuk perobohan dua telaga air.

Aktivis Ratib Al-Jabour memberitahu PIC bahawa askar IOF menyerahkan pemberitahuan kepada dua adik-beradik di perkampungan desa.
Askar-askar itu mendakwa bahawa telaga air telah dibina tanpa permit kerana mereka terletak di kawasan C, yang berada di bawah kawalan Israel sepenuhnya mengikut perjanjian Oslo, tambah Jabour.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

IOA luluskan pembinaan 387 unit penempatan baru di Baitulmuqaddis

Selasa , 18-03-2014 –Pihak berkuasa penempatan Israel mengumumkan pelancaran projek penempatan untuk membina 387 unit penempatan di Ramat Shlomo, atas tanah Shuafat di Baitulmuqaddis.

Menurut pakar isu penempatan, Ahmed Sub Laban, pada Februari 2012, Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan Daerah telah meluluskan Skim 11085 yang mana skim tersebut bertujuan untuk merampas 580 dunum tanah di bandar Shuafat. Beliau juga menyatakan bahawa semua bantahan terhadap projek itu telah ditolak oleh jawatankuasa tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

IOF serbu selatan Gaza, menyasarkan nelayan

Khamis , 13-03-2014 –Tentera rejim Israel, (IOF) menyerbu selatan Semenanjung Gaza pada pagi Selasa dan raided on Tuesday morning south of Gaza Strip and memusnahkan kawasan pertanian.

Saksi mata melaporkan bahawa beberapa tentera rejim Israel bersama jentolak menyerbu Bandar Khuza’a di timur Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza. Mereka berkata, tentera rejim memusnahkan tanah-tanah di Bandar itu diiringi serangan oleh kapal terbang perang.

Dalam peristiwa berkaitan, tentera laut rejim Israel menembak bot-bot nelayan di pantai Semenanjung Gaza itu. Tiada kecederaan dilaporkan. Lebih kurang 22 nelayan terbunuh dan beberapa yang lain cedera ketika manakala lebih 70 orang nelayan telah ditahan sejak perjanjian gencatan sejata ditandatangani pada November 2012 di antara pejuang Palestin dan rejim Israel dengan perantaraan Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Ribuan Penduduk Iringi Jenazah Syahid Saji Darwish Di Ramallah

Khamis , 13-03-2014  – Ribuan penduduk Palestin, Selasa (11/3) mengiringi jenazah syahid Saji Darwish (18) ke tempat peristirehatan terakhirnya di pemakaman kampung Baitain di Ramallah Timur.

Wartawan Pusat Informasi Palestina melaporkan ketika berangkat mengiringi jenazah syahid dari Hospital Ramallah menuju Universiti Berzeit, Ramallah Utara iaitu tempat Darwish menuntut di Fakulti Kewartawanan.

Para mahasiswa Universiti Berzeit turut serta mengiringi jenazah syahid Darwish. Begitu juga, para pimpinan Palestin dari segenap kumpulan pejuang turut serta mengiringi jenazah syahid. Pasukan zionis menembak mati Darwish setelah beliau membaling kenderaan zionis yang mengejarnya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Zahhar: Hamas mula menjalinkan hubungan dengan Iran

Khamis , 13-03-2014 –Dr Mahmoud Zahhar Kanan, senior rasmi Hamas mengatakan bahawa gerakannya telah memulakan langkah-langkah untuk menjalinkan hubungan dengan Wilayah Islam Iran.

Dipetik dari Fars News Agency pada hari Isnin, Zahhar mengatakan pergerakan Hamas dan Iran telah mengambil langkah-langkah khas dan kita akan melihat tidak lama lagi perkembangan di dalam hubungan ini”.

Kenyataan Zahhar datang dua hari selepas Parlimen Iran, Speaker Ali Larijani memberitahu saluran TV Al-Mayadeen mengenai hubungan Iran-Hamas yang telah kembali kepada keadaan seperti biasa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Tiga pejuang terbunuh dalam serangan Israel

Khamis , 13-03-2014 –Tiga pejuang Palestin bergabung dengan Briged Quds, sayap bersenjata pergerakan Jihad Islam, terbunuh dalam serangan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, pada tengah hari Selasa.

Wartawan PIC di selatan Semenanjung Gaza berkata sebuah pesawat peninjauan Israel melepaskan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu di sekumpulan pejuang di timur utara bandar Rafah membunuh tiga daripada mereka manakala seorang cedera parah. Wartawan yang memetik sumber keselamatan sebagai berkata bahawa ketiga-tiga pejuang berusia awal dua puluhan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Zionis mengenakan hukuman penjara 33 bulan ke atas seorang tahanan yang sakit.

Rabu, 12-03-2014 – Mahkamah zionis ‘Ofer’ mengenakan hukuman penjara 33 bulan kepada tahanan yang juga pesakit, Mu’taz Mohamed Abido, 34 tahun dan denda bernilai lima ribu shekel.

Yayasan ‘Jiwa Jerusalem’ dalam satu kenyataan pada pagi ahad (9-3) memberitahu bahawa tahanan, Abido hidup dalam keadaan kesihatan yang tidak memuaskan dan mengalami kesan kecederaan di tangan kanannya semasa penangkapan baru-baru ini.

Ia menjelaskan bahawa tahanan juga mengalami lumpuh di kaki kirinya disebabkan tembakan kearahnya dari jarak 5 meter semasa penangkapan terdahulu dan telah mengalami kecederaan peluru (crump) di bahagian pelvis dan abdomen yang menjadikan keadaan kesihatannya amat tidak memuaskan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Pesawat perang Assad terus mengebom kem pelarian Palestin di Syria

Rabu, 12-03-2014 –Pesawat perang Syria terus mengebom kem pelarian Palestin di Syria pada Selasa. Kumpulan pekerja untuk rakyat Palestin di Syria berkata bahawa pengeboman itu menyasarkan kem pelarian Daraa dan turut menyatakan yang para penghuni kem menderita akibat keadaan kesihatan dan kehidupan yang teruk. Ia berpunca daripada kesukaran untuk kemasukan makanan dan bahan perubatan serta serangan berterusan.

Kenyataan itu turut menambah bahawa kapal terbang tentera rejim Assad terbang rendah di ruang udara kem Khan Eshieh, manakala bunyi letupan kedengaran apabila bahan letupan dijatuhkan berdekatan kem itu.

Kumpulan itu mengesahkan bahawa tentera rejim yang berpangkalan di sekitar kawasan pelarian itu menghalang rakyat Palestin dari memasuki dan meninggalkan kem, terutamanya mereka yang membawa makanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati