Rejim Zionis serbu rumah ahli PLC sementara cucu di tahan.

Rabu , 26-11-2014 –Tentera Penjajah Israel (IOF) memecah masuk ke rumah salah seorang ahli “Palestinian Legislative Council” (PLC) atau Majlis Perundangan Palestin Ahmad al Haj di Nablus pada subuh hari Isnin. Cucu beliau ditahan sewaktu serbuan tersebut. Anak perempuan beliau mengesahkan kepada wartawan bahawa tentera IOF memecah masuk dan menggeledah apartmen beliau dan bapa beliau … Read moreRejim Zionis serbu rumah ahli PLC sementara cucu di tahan.

Haneyya Membincangan Topik Penting Bersama Hamdullah

Rabu , 26-11-2014 – Pengerusi Penolong Biro Politik Hamas, Ismail Haeyya berbincang dengan Perdana Menteri Palestin, Rami al-Hamdullah tentang beberapa topik penting melalui telefon. Pejabat Haneyya mengeluarkan kenyataan tentang panggilan telefon pada petang Ahad itu bahawa mereka membincangkan beberapa isu kunci tetapi tidak akan memberitahu secara terperinci. Hubungan antara Hamas dan kerajaan sementara Hamdullah ketika … Read moreHaneyya Membincangan Topik Penting Bersama Hamdullah

Khawatir Dibunuh, Zionis Larang Menterinya Masuk al Aqsa

Rabu , 26-11-2014 – Saluran TV7 Zionis hari Isnin malam (24/11) mengatakan bahawa pihak keselamatan Zionis meminta Menteri Perumahan Zionis, Ory Ariel untuk tidak masuk ke masjid al Aqsa, khawatir beliau dibunuh. Sebagaimana dilaporkan saluran TV7 Zionis, Ory Ariel telah meminta izin untuk masuk masjid al Aqsa. Namun pihak keselamatan Zionis menolak permintaan tersebut. Penolakan … Read moreKhawatir Dibunuh, Zionis Larang Menterinya Masuk al Aqsa

Israel halang delegasi rasmi Jordan daripada menghadiri persidangan di Ramallah.

Rabu , 26-11-2014 – Pihak rejim Israel (IOA) menghalang ketibaan delegasi rasmi Jordan di Ramallah daripada menyertai persidangan antarabangsa yang melibatkan pihak tempatan dan dianjurkan oleh Palestin. Sekretariat di Amman memberitahu ia menerima jemputan untuk menghadiri persidangan itu, tetapi IOA menolak untuk memberikan kebenaran bagi memasuki wilayah Palestin yang dijajah. Setiausaha Amman Akel Beltaji menyelar … Read moreIsrael halang delegasi rasmi Jordan daripada menghadiri persidangan di Ramallah.

Rejim Zionis lepaskan tembakan di Gaza, cederakan remaja

Rabu , 26-11-2014 – Angkatan Penjajahan Israel (IOF) melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin berhampiran dengan pagar sempadan Rafah selatan di Semenanjung Gaza pada petang Ahad lalu. Seorang remaja berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Abdel Razek Qadhi mengalami kecederaan sederhana semasa serangan tembakan itu dan telah dipindahkan ke hospital tempatan di bandar, menurut laporan … Read moreRejim Zionis lepaskan tembakan di Gaza, cederakan remaja

Morsi minta bicara kepada masyarakat.

Rabu , 26-11-2014 – Pusat Informasi Palestin. Bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Muhammad Morsi pada hari Isnin mengemukakan permohonan kepada Pihak Mahkamah agar membenarkannya memberi penjelasan akan perkara yang tidak diketahui masyarakat, pihak kementrian pertahanan dan hakim. Hal tersebut dibangkitkan ketika perbicaraan yang berlaku antara Mursi, Kementerian Pertahanan dan Mahkamah ketika pembicaraan kes Mahkamah Jenayah … Read moreMorsi minta bicara kepada masyarakat.

Kesihatan Hasylimun kritikal dan tetap terus dibicarakan.

Rabu , 26-11-2014 – Pusat Informasi Palestin. Pihak Hal Ehwal Tawanan menerangkan bahawa keadaan kesihatan tawanan yanag cedera, Maher Al Hasylimun adalah kritikal. Walaupun di dalam keadaan bertarung nyawa, pihak berkuasa penjajah memutuskan akan perbicaraan penghakiman dilaksanakan kerana tempoh pelaksanaannya telah pun diundur. AL Hasylimun telah ditangkap di dalam keadaan cereda setelah menikam mati seorang … Read moreKesihatan Hasylimun kritikal dan tetap terus dibicarakan.

Kementerian luar letakkan kerajaan Israel, Knesset bertanggungjawab atas kejadian di Jerusalem

Selasa , 25-11-2014 – Kementerian Luar Palestin meletakkan Kerajaan Israel dan pihak ekstrem di dalam Knesset bertanggungjawab sepenuhnya di dalam ” kejadian yang semakin memuncak di Jerusalem yang ditakluk”. “Kerajaan yang menakluk sedang melancarkan perang terhadap Jerusalem dan tempat-tempat ibadat Islam untuk menjadikan tempat ibadat yahudi dan memisahkan mereka dari persekitaran Palestin.” Kementerian menyebut di … Read moreKementerian luar letakkan kerajaan Israel, Knesset bertanggungjawab atas kejadian di Jerusalem

Yayasan Aqsa: Israel masih meneruskan pemusnahan kawasan bersejarah di selatan Aqsa

Selasa , 25-11-2014 – Yayasan Waqaf dan Warisan Aqsa berkata, pihak berkuasa tinggalan sejarah Israel dan persatuan Elad berkeras untuk memusnahkan kawasan bersejaraha Islam dekat kemasukan ke Wadi Hilweh, selatan Masjid Aqsa untuk membina pusat Yahudi. Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, yayasan itu menyatakan, aktiviti cari gali dan pembinaan oleh Israel di selatan Masjid … Read moreYayasan Aqsa: Israel masih meneruskan pemusnahan kawasan bersejarah di selatan Aqsa

19 Cedera Akibat Peluru Getah di Baitul Maqdis

Selasa , 25-11-2014 – Pertembungan terus berlaku di sekitar Baitul Maqdis yang terjajah antara tentera Israel dan pemuda Palestin, kini memasuki minggu kedua berturut-turut akibat daripada protes yang menentang kekejaman Israel ke atas penduduk Baitul Maqdis serta kawasan suci umat Islam. Tidak kurang daripada 19 kecederaan akibat peluru getah dilaporkan semasa pertembungan itu, manakala 3 … Read more19 Cedera Akibat Peluru Getah di Baitul Maqdis

Israel, PBB dan Ekstrimisme Dunia

Selasa , 25-11-2014 – Israel adalah satu-satunya negara di dunia ini yang didirikan oleh PBB. Namun demikian, dengan undang-undang dasarnya, politik, perilaku dan sikapnya terbukti Israel merupakan negara yang paling kuat membangkang undang-undang PBB dan semua organisasi antarabangsa lain. Berbeza dengan makhluk Tuhan lain di dunia yang disebut “Negara”, “sperma” pertama negara Israel yang dilahirkan … Read moreIsrael, PBB dan Ekstrimisme Dunia

HAMAS Menafikan Meminta Sebahagian Daripada Dana Yang Diperuntukkan Untuk Membangunkan Gaza

Jumaat , 21-11-2014 – Pergerakan HAMAS menafikan bahawa mereka meminta sebahagian daripada dana yang diperuntukkan untuk pembangunan semula Gaza, sambil menerangkan bahawa tuduhan ini satu penipuan yang nyata. Jurucakap HAMAS, Sami ABu Zuhri menolak dakwaan Pegawai Fatah, Barakat al-Farra yang menyatakan bahawa HAMAS meminta 20 peratus daripada dana tersebut. “Dakwaan itu menunjukkan bahawa setakat mana … Read moreHAMAS Menafikan Meminta Sebahagian Daripada Dana Yang Diperuntukkan Untuk Membangunkan Gaza

Tahanan Maher Hashlamon dalam keadaan kritikal

Jumaat , 21-11-2014 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin berkata bahawa tahanan Maher Hashlamon , yang melakukan serangan dengan menikam tiga peneroka baru-baru ini , adalah dalamkeadaan yang kritikal di hospital . Hashlamon , 30 , ditembak oleh pengawal Israel dan cedera parah beberapa hari lalu berhampiran penempatan Alon Shvut di Bethlehem selepas … Read moreTahanan Maher Hashlamon dalam keadaan kritikal

Israel enggan bekerjasama dalam misi mencari fakta oleh PBB

Jumaat , 21-11-2014 – Kementerian Luar Israel secara rasminya menolak untuk menyertai mis mencari fakta oleh UNHRC tentang kekejaman terbaru Israel ke atas Semenanjung Gaza. Menurut Channel-Two Israel, 3 ahli jawatankuasa itu dihalang masuk ke Israel dari Jordan dalam perjalanan ke Gaza. Mereka yang merupakan pegawai PBB sedang berada di Amman sekarang. Keputusan untuk menghalang … Read moreIsrael enggan bekerjasama dalam misi mencari fakta oleh PBB

Dua rakyat Palestin Dibunuh oleh Tentera Israel Di Tebing Barat

Jumaat , 14-11-2014 – Seorang pemuda Palestin ditembak mati oleh tentera Israel semasa pertempuran di kem pelarian al – Aroub di utara Hebron , pada hari Selasa . Selain itu , seorang pekerja Palestin telah ditembak mati , pada waktu subuh , oleh orang yang tidak dikenali, berhampiran daerah Tulkarem. Sumber dari hospital al – … Read moreDua rakyat Palestin Dibunuh oleh Tentera Israel Di Tebing Barat