Abu Sabha: 90,000 rakyat Palestin terkandas akibat penutupan sempadan Rafah

Khamis, 30-04-2015 – Ketua Jawatankuasa Sempadan Lintasan Gaza, Maher Abu Sabha, menggesa pihak berkuasa Mesir untuk membuka sempadan Rafah secara kekal dan sepanjang masa untuk membolehkan 90,000 rakyat Palestin yang terkepung di Gaza atas dasar kemanusiaan. Abu Sabha dalam satu kenyataan disiarkan di laman Facebook berkata, 90,000 kes kemanusiaan perlu melalui sempadan, 15,000 antaranya telah … Read moreAbu Sabha: 90,000 rakyat Palestin terkandas akibat penutupan sempadan Rafah

Hamas menyambut baik operasi penentangan di al-Khalil, Baitulmuqaddis

Khamis, 30-04-2015 – Gerakan Hamas, menyambut baik tindakan penentangan ke atas Israel di al-Khalil dan Baitulmuqaddis. Jurucakap Hamas Husam Badran berkata dalam kenyataan akhbar pada Ahad, bahawa gerakannya menganggap tindakan itu sebagai tindakan penentangan yang berani serta wajar menerima penghargaan. Para pejuang penentangan di Tebing Barat bertindak demikian kerana mereka diburu setiap hari oleh tentera … Read moreHamas menyambut baik operasi penentangan di al-Khalil, Baitulmuqaddis

Tangkap Aktivis Kampus, Bukti Fatah Tak Terima Keputusan Pilihanraya Kampus, Universiti Berzeit

Khamis, 30-04-2015 – Gerakan Pejuang Islam Hamas di Tebi Barat mengecam tindakan Kementerian Keselamatan, Otoriti Palestin yang menangkap mahasiswa Universiti Berzeit, Jihad Sulaim, wakil Perhimpunan Mahasiswa Islam di Majlis Perwakilan Mahasiswa Berzeit. Gerakan Hamas melihat bahawa langkah penahanan ini dilakukan dalam konteks umum membuktikan gerakan Fatah dan kementerian keselamatan tidak menerima keputusan pilihanraya umum dewan … Read moreTangkap Aktivis Kampus, Bukti Fatah Tak Terima Keputusan Pilihanraya Kampus, Universiti Berzeit

Khatir Jelaskan Sebab Kemenangan Besar Mahasiswa Islam Di Berzait

Isnin, 27-04-2015 – Seorang penulis Palestin, Luma Khatir menegaskan, kemenangan besar yang diraih kumpulan Islam pada pilihan raya umum Dewan Mahasiswa tahun ini adalah disebabkan meningkatnya pemahaman mahasiswa yang menolak semua bentuk penyesatan idea pihak lawan sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini. Pemahaman ini berkat apa yang mereka saksikan dalam perang ?Daun Rapuh?. Dalam penjelasannya, Khamis … Read moreKhatir Jelaskan Sebab Kemenangan Besar Mahasiswa Islam Di Berzait

Racun Perosak Israel musnahkan Tanaman Gaza (laporan)

Isnin, 27-04-2015 – Isam Abu Mohareb, seorang petani Palestin dari Gaza, tidak menyangka bahawa semburan dari pesawat pertanian Israel pada hari Selasa 21/4/2015, akan menghancurkan harapannya untuk mendapat ganti rugi atas kerugian yang dialaminya semasa pencerobohan Israel 2014. Setelah para petani menghabiskan syif malam mereka, pesawat pertanian Israel menyembur racun perosak yang tidak dikenali ke … Read moreRacun Perosak Israel musnahkan Tanaman Gaza (laporan)

Hamas dan Mesir untuk meredakan sekatan ke atas Gaza

Isnin, 27-04-2015 – Pegawai kanan Hamas Dr. Salah al-Bardawil berkata, rundingan positif telah diadakan baru-baru ini di Kaherah berkenaan beberapa isu, terutamanya sekatan ke atas Gaza. Dalam satu temuramah pada Khamis, Dr. Bardawil memberitahu Agensi Anadolu bahawa perbincangan positif baru-baru ini diadakan antara Mousa Abu Marzouk, ahli biro politik Hamas dan pegawai-pegawai Mesir di Kaherah. … Read moreHamas dan Mesir untuk meredakan sekatan ke atas Gaza

Sektor swasta Gaza, Rangkaian NGO digesa untuk membatalkan pelan Serry.

Jumaat, 24-04-2015 – Badan yang menguruskan institusi sektor swasta dan rangkaian pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Palestin di Gaza bersama-sama dengan organisasi hak asasi kemanusiaan menggesa supaya rangka pelan Serry ditarikbalik, membatalkan sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas sekatan kawasan perairan dan laluan Rafah secara kekal di dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada hari Isnin. … Read moreSektor swasta Gaza, Rangkaian NGO digesa untuk membatalkan pelan Serry.

Serbuan, tangkapan, serangan dilaporkan di Tebing Barat

Jumaat, 24-04-2015 – Regim Zionis ( IOF ) telah melancarkan kempen menyerang ke dalam rumah-rumah Palestin di Jenin , menahan empat rakyat Palestin dan memusnahkan tanaman di al – Khalil pada hari Selasa . IOF menyerbu pada waktu subuh pada hari Selasa di kawasan pergunungan Abu Rumman di al – Khalil dan telah menjalankan latihan … Read moreSerbuan, tangkapan, serangan dilaporkan di Tebing Barat

Jentolak Israel merobohkan Kampung Araqib di Negev untuk kali ke-84

Jumaat, 24-04-2015 – Pagi Isnin lalu, jentolak Israel memusnahkan Kampung Al-Araqib di Negev yang terletak di selatan kawasan diduduki Palestin pada 1948 untuk kali ke-84. Sebilangan besar anggota polis Israel menyerang, mengepung, dan mengharamkan sebarang akses ke kampung tersebut manakala jentolak mula merobohkan struktur dan kemudahan rakyat Palestin. Salah seorang penduduk kampung, Salim al-Touri memberitahu … Read moreJentolak Israel merobohkan Kampung Araqib di Negev untuk kali ke-84

Penahanan tanpa bicara dikenakan ke atas 6 warga Palestin

Jumaat, 24-04-2015 – Rejim Israel (IOA) mengeluarkan arahan penahanan tanpa bicara atau dakwaan ke atas 6 rakyat Palestin termasuk seorang wartawan pada Selasa. IOA mengeluarkan arahan penahanan tanpa bicara terhadap 4 orang lelaki dari Nablus termasuk seorang wartawan bernama Amin Abu Wardeh. IOA turut mengeluarkan arahan penahanan selama 3 bulan ke atas seorang tahanan dan … Read morePenahanan tanpa bicara dikenakan ke atas 6 warga Palestin

Penceroboh menggempur Kota Lama Jerusalem pada waktu malam

Rabu, 22-04-2015 – Kumpulan pelampau penceroboh Israel menyerbu Kota Lama Jerusalem dan berkeliaran di sekitar pintu pagar Masjidil Aqsa yang suci selepas tengah malam Ahad. Sumber Jerusalemite mendedahkan bahawa berpuluh-puluh anggota polis Israel telah menjamin keselamatan penceroboh semasa lawatan mereka di mana mereka melaungkan slogan menuntut membuang dan membunuh orang-orang Arab. Sebahagian daripada penceroboh yang … Read morePenceroboh menggempur Kota Lama Jerusalem pada waktu malam

Hamas: Kunjungan Menteri kerajaan Perpaduan ke Gaza Gagal Capai Kata Sepakat

Rabu, 22-04-2015 – Gerakan Pejuang Islam, Hamas menyatakan bahawa para menteri kerajaan perpaduan telah menjelaskan kepada Hamas berkenaan tindakan mereka meninggalkan Gaza adalah atas dasar arahan PM Rami Hamdallah, setelah kegagalan proses perbincangaan antara para pewakilan dan menyatakan tidak membuat sebarang kesepakatan. Delegasi kerajaan perpaduan nasional Palestin yang terdiri dari 11 menteri dan puluhan pegawai … Read moreHamas: Kunjungan Menteri kerajaan Perpaduan ke Gaza Gagal Capai Kata Sepakat

Kempen boikot Israel memuncak di seluruh negara.

Rabu, 22-04-2015 – Satu laporan dikeluarkan oleh Pejabat Negara untuk Pertahanan Tanah dan Penempatan pada hari Ahad menunjukkan kempen boikot Israel yang semakin memuncak di seluruh negara dan dunia. Pejabat itu juga menyebut Menteri Ekonomi palestin enggan menghantar sebilangan trak yang mengandungi produk Israel. Kesatuan Pemeriksaan Kesihatan Palestin juga membuat keputusan untuk menghentikan penghantaran ujian … Read moreKempen boikot Israel memuncak di seluruh negara.

Rakyat Palestin antara 700 pendatang dikhuatiri terbunuh dalam kemalangan kapal Mediterranean

Rabu, 22-04-2015 – Seramai 700 orang dikhuatiri terbunuh selepas sebuah bot nelayan yang memuatkan pendatang karam di luar pantai Libya Sabtu lalu, sebagaimana dilaporkan berkemungkinan bencana buruk yang melanda Mediterranean menyebabkan beribu-ribu rakyat miskin dan mangsa perang melarikan diri ke Eropah. Menurut akhbar Times of Malta, pengawal pantai Itali berjaya menyelamatkan 28 mangsa setakat ini … Read moreRakyat Palestin antara 700 pendatang dikhuatiri terbunuh dalam kemalangan kapal Mediterranean

Para pendatang menyerbu kota lama Baitulmuqaddis pada waktu malam

Rabu, 22-04-2015 – Kumpulan pelampau pendatang Israel menyerbu kota lama Baitulmuqaddis dan berlegar-legar sekitar pintu pagar Masjid Aqsa selepas tengah malam Ahad. Sumber Baitulmuqaddis mendedahkan yang puluhan polis Israel mengawal para pendatang ketika serbuan di mana mereka melaungkan slogan menyeru pembunuhan dan pengusiran kaum Arab. Sebahagian daripada puak pelampau pendatang mengganggu warga Baitulmuqaddis, sumber tersebut … Read morePara pendatang menyerbu kota lama Baitulmuqaddis pada waktu malam