Briged al Aqsha: Tiada Masalah Bersama Hamas di Sempadan Gaza

Rabu, 15-07-2015 – Briged Martir al Aqsha, sayap kanan Gerakan Fatah menegaskan bahawa pihaknya tidak menghadapi halangan daripada gerakan Hamas untuk menghalangnya bekerja di sempadan Gaza. Jurucakap Briged al Aqsha, Abu Ali, berucap, “Situasi kami berbeza dengan sebelum ini. Gerakan ini kini memberi dokongan kepada Para Mujahid seluruh pergerakan dalam mempersiapkan dan melatih mereka dalap … Read moreBriged al Aqsha: Tiada Masalah Bersama Hamas di Sempadan Gaza

Israel Ancam Roboh Rumah Penduduk Di Selatan Hebron

Rabu, 15-07-2015 – Pasukan penjajah Zionis pada hari Ahad (12/7) mengancam penduduk Susia di selatan kota Hebron, wilayah selatan Tebing Barat, akan menghancurkan dan merobohkan rumah-rumah mereka dalam waktu terdekat. Penyelaras Jawatankuasa Perlawanan Anti Penempatan di Hebron, Ratib Jabur, mengatakan bahawa para pegawai pemerintah sivil Zionis menyerbu kampung yang terletak di timur kota Yata. Mereka … Read moreIsrael Ancam Roboh Rumah Penduduk Di Selatan Hebron

Pelampau Israel Bakar Ladang Rakyat Palestin di Bethlehem

Rabu, 15-07-2015 – Pelampau Israel pada hari sabtu yang lalu telah membakar ladang yang mempunyai berdozen pokok zaitun kepunyaan rakyat Palestin yang mendiami kawasan utara Tebing Barat, bandar Betlehem. Persatuan penduduk Nahalin berkata, pokok zaitun yang ditanam di tanah milik penduduk Palestin dekat pekan Bethlehem berasal dari kawasan al-Jab’a dan Nahalin telah dimusnahkan dan dibakar … Read morePelampau Israel Bakar Ladang Rakyat Palestin di Bethlehem

Penjara Israel bebas Khader Adnan setelah mogok lapar.

Rabu, 15-07-2015 – Khader Adnan, tahanan wàrga Palestin di Penjara Israel yang juga seorang anggota Jihad Islam terkemuka, akhirnya dibebaskan awal pagi Ahad setelah melakukan mogok lapar selama 55 hari kerana membantah penahanan tanpa bicara yang dikenakan ke atas dirinya. Adnan telah bercakap kepada ahli keluarganya melalui telepon sebentar tadi menyatakan bahawa dia akan dibebaskan … Read morePenjara Israel bebas Khader Adnan setelah mogok lapar.

Dua lelaki cedera, satu ditangkap dalam pertempuran di Shufat

Rabu, 15-07-2015 – Pertempuran teruk meletus pada petang Ahad di kem pelarian Shufat dalam Jerusalem DIjajah. Seorang lelaki telah ditangkap dan dua yang lain cedera. Jurucakap pergerakan Fatah di kem Shufat, Thaer Fasfous, mendedahkan bahawa pertempuran yang teruk berlaku di dalam kem itu selepas seorang lelaki muda ditangkap oleh unit Arabist Yahudi dalam sebuah kedai. … Read moreDua lelaki cedera, satu ditangkap dalam pertempuran di Shufat

Mahkamah Israel lanjutkan penahanan seorang ibu dari Palestin

Rabu, 15-07-2015 – Mahkamah tentera Israel Ofer melanjutkan arahan penahanan pada Selasa ke atas tahanan Siham al-Battat, 53, dari Bandar al-Thahiriya di selatan al-Khalil. Sumber tempatan menyatakan mahkamah melanjutkan penahanan Battat ke 8 hari untuk meneruskan penyiasatan. Beliau ditahan di penjara Ashkelon. Al-Battat ialah ibu kepada seorang tahanan yang merupakan ahli Briged al-Qassam, sayap ketenteraan … Read moreMahkamah Israel lanjutkan penahanan seorang ibu dari Palestin

Jerman menjadi pengantara perjanjian pertukaran Palestin-Israel baru

Rabu, 15-07-2015 – Sebuah akhbar Israel telah mendedahkan bahawa agensi perisikan Jerman telah dalam proses mengkaji kedudukan Hamas sebagai permulaan kepada pengantaraan dalam perjanjian pertukaran Palestin -Israel baru. Akhbar Ibrani Makor Rishon menegaskan kepada usaha ” penting” yang telah dibuat oleh perisikan Jerman dalam perjanjian pertukaran banduan 2011 antara Hamas dan kerajaan Israel , yang … Read moreJerman menjadi pengantara perjanjian pertukaran Palestin-Israel baru

Al Qassam Umumkan Dua Roket Tercanggih Abad Ini

Isnin, 13-07-2015 – Briged Izzuddin al Qassam, jentera kuat Gerakan Hamas, mengumumkan kemasukan dua roket baru yang akan membantu Briged al Qassam dengan spesifikasi yang canggih. Jurucakap Briged al Qassam abu Ubaidah berucap dalam sebuah persidangan di Gaza pada Rabu malam(8/7), “Dua roket baru ini menggunakan nama para syahid Muhammad Abu Syamalah dan Raed Athar. … Read moreAl Qassam Umumkan Dua Roket Tercanggih Abad Ini

Wartawan antara 19 yang Diculik oleh Pasukan PA

Isnin, 13-07-2015 – Sekurang-kurangnya 19 Rakyat Palestin diculik oleh Pihak Berkuasa Palestin (Palestinian Authority) sewaktu serbuan pada subuh hari Rabu yang dilancarkan di seluruh Tebing Barat bahagian al Khalil dan Jerusalem yang dijajah. Ejen risikan PA menyerbu bandar timur al Khalil, al Shoukh dan menawan 15 ahli Hamas termasuk dua orang wartawan. Pihak PIC memetik … Read moreWartawan antara 19 yang Diculik oleh Pasukan PA

UNESCO: Pencerobohan Israel ancam warisan Islam di Baitulmuqaddis.

Isnin, 13-07-2015 – UNESCO pada Selasa, telah mengeluarkan satu resolusi bagi mengutuk keras tindakan pihak berkuasa Penjajah Israel (IOA) yang cuba untuk mengubah ciri Islam yang terdapat di tapak warisan sejarah di Baitulmuqaddis. UNESCO (Organisasi PBB untuk Pendidikan, Sain dan Kebudayaan) berkata, ia sangat memandang berat pada kerja-kerja penggalian terowong bawah tanah secara haram yang … Read moreUNESCO: Pencerobohan Israel ancam warisan Islam di Baitulmuqaddis.

Abu Marzouk: Penahanan yang dilakukan PA memberi manfaat kepada Israel

Isnin, 13-07-2015 – Ahli biro politik Hamas Dr. Mousa Abu Marzouk menyelar Pihak Berkuasa Palestin (PA) kerana menahan ratusan warga Palestin yang menentang polisi bertujuan untuk memusnahkan rakyat Palestin. Abu Marzouk dalam kenyataannya di Facebook pada Rabu menyeru PA agar menghentikan campur tangan terhadap masa depan rakyat Palestin. Beliau turut menyeru pelbagai kumpulan Palestin, parti-parti … Read moreAbu Marzouk: Penahanan yang dilakukan PA memberi manfaat kepada Israel

Palang Merah: Penderitaan Gaza Perlukan Penyelesaian Tetap dan Konkrit

Isnin, 13-07-2015 – Jurucakap media Palang Merah Antarabangasa di Semenanjung Gaza, Seher Zaqout, menyeru masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggung jawab mereka dalam rangka merealisasikan penyelesaian tuntas terhadap situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza. Beliau menegaskan bahawa situasi kemanusiaan setelah setahun perang Zionis terhadap Semenanjung Gaza menjadi semakin sulit. Zaqout mengatakan dalam wawancara dengan wartawan Pusat Informasi … Read morePalang Merah: Penderitaan Gaza Perlukan Penyelesaian Tetap dan Konkrit

Akibat layanan buruk di penjara, anggota HAMAS ini bertindak mogok lapar.

Isnin, 13-07-2015 – Banduan Palestin Abbas Assayed, bekas ketua jawatankuasa tinggi banduan Hamas di penjara-penjara Israel, telah memulakan mogok lapar secara terbuka sebagai membantah terhadap layanan buruk yang diterima secara berterusan oleh penjara Israel. Menurut peguam, pihak berkuasa penjara Israel telah melanggar janji beberapa kali untuk memperbaiki keadaan penjara banduan Assayed dan memindahkan beliau daripada … Read moreAkibat layanan buruk di penjara, anggota HAMAS ini bertindak mogok lapar.

Demo Damai Tolak Penahanan Politik di Ramallah dan Hebron Bertukar Agresif.

Khamis, 09-07-2015 – Pusat Informasi Palestin: Jabatan keamanan Penguasa Palestin bersungguh menggunakan kekerasan pada ahli demo yang menolak penahanan politik di Kota Ramallah dan Hebron pada malam Ahad lalu(5/7). Tindakan ini mengakibatkan sejumlah wanita pengsan dan tiga pemuda ditangkap. Di lapangan Manarah di Ramallah, beberapa wanita yang ikut dalam demo damai tersebut cedera ringan selepas … Read moreDemo Damai Tolak Penahanan Politik di Ramallah dan Hebron Bertukar Agresif.

Israel Sita 600 Ekar Tanah Palestin di Baitulmuqaddis

Khamis, 09-07-2015 – Datuk Bandar Israel di Yerusalem, Nir Barkat, memerintahkan 600 dunum (ekar) tanah Palestin di dalam al-Issawiya, di utara Jerusalem yang dijajah, dirampas sementara kononnya untuk tujuan berkebun, Peace Now melaporkan petang Sabtu. Perintah kejam tersebut telah dikeluarkan menggunakan undang-undang khas perbandaran yang membolehkan perbandaran untuk mengeksploitasi satu lot kosong untuk kegunaan awam … Read moreIsrael Sita 600 Ekar Tanah Palestin di Baitulmuqaddis