Minta kerajaan Mesir siasat seorang warga Palestin ditembak mati di sempadan.

Khamis, 31-12-2015 – Angkatan Tentera Kebangsaan dan Islam Palestin di Semenanjung Gaza meminta pihak berkuasa kerajaan Mesir, bertindak segera bagi menyiasat satu kejadian di mana seorang warga Palestin, Ishak Hassan, mati ditembak di sempadan Gaza-Mesir dan meminta agar pihak pengawal sempadan Mesir bertanggungjawab serta menuntut keadilan atas kejadian tersebut. Berikutan itu, Pihak Tentera Kebangsaan dan … Read moreMinta kerajaan Mesir siasat seorang warga Palestin ditembak mati di sempadan.

Ratusan hadiri pengebumian dua warga Palestin yang dibunuh

Khamis, 31-12-2015 – Ratusan yang berkabung menghadiri pengebumian dua orang warga Palestin yang dibunuh di Jenin dan al-Bireh di Tebing Barat. Di Jenin, sejumlah besar yang berkabung berarak pada petang Isnin di pengebumian Samer al-Sirissi, 51, yang jenazahnya diserahkan kepada keluarganya pada hari Ahad. Proses membawa jenazah bermula di Masjid Jenin sebelum melalui jalan-jalan kota … Read moreRatusan hadiri pengebumian dua warga Palestin yang dibunuh

Israel Kembali Larang Syaikh Shalah Masuk al-Quds

Khamis, 31-12-2015 – Ketua Gerakan Islam (Harakah Islamiyah) di Palestin 1948 Syaikh Raed Shalah, pada hari Isnin (28/12) menerima surat perintah melanjutkan larangan masuk ke kota al-Quds selama 6 bulan berikutnya, setelah beberapa tahun dilarang masuk kota al-Quds untuk mengunjungi masjid al-Aqsha sejak tahun 2007. Syaikh Shalah mengatakan bahawa tindakan institusi penjajah Zionis yang terus … Read moreIsrael Kembali Larang Syaikh Shalah Masuk al-Quds

Perletakan jawatan Menteri Dalam Negeri Israel atas tuduhan jenayah seksual.

Selasa, 29-12-2015 – Menteri Dalam Negeri Israel, Silvan Shalom meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri selain Menteri Dalam Negeri apabila dituduh terbabit dalam gangguan seksual pada petang Ahad 20 Disember lepas. Perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah keadaan ini menambah satu lagi gelaran kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dengan jumlah tertinggi peranan dan gelaran … Read morePerletakan jawatan Menteri Dalam Negeri Israel atas tuduhan jenayah seksual.

Penduduk Zionis Serbu Al-Aqsa Dihalang oleh Jemaah.

Selasa, 29-12-2015 – Sejumlah puak penduduk Zionis, Ahad lalu(20/12) menyerbu kawasan Masjid Al-Aqsa dengan kawalan ketat tentera Zionis. Ada saksi berkata, 26 penduduk Zionis yang terbahagi kepada 2 kelompok menyerbu kawasan Al-Aqsa dari arah pintu gerbang Al-Mugaribah. Saksi berkata lagi, para jemaah yang berada dalam Masjid Al-Aqsa menghalang serbuan kelompok Yahudi tersebut dengan melaungkan takbir … Read morePenduduk Zionis Serbu Al-Aqsa Dihalang oleh Jemaah.

Rejim Zionis menembak ke arah petani Gaza

Selasa, 29-12-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) melepaskan tembakan ke arah para petani Palestin di Semenanjung Gaza Tengah. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika serangan itu. Saksi melaporkan, IOF yang bertempat di kawasan sempadan dekat kem pelarian al-Maghazi di bandar Deir al-Balah menembak ke arah sekumpulan petani Palestin dan kediaman-kediaman di kawasan itu. Serangan itu berlaku … Read moreRejim Zionis menembak ke arah petani Gaza

Pelampau Yahudi ceroboh masuk Masjid al-Aqsa.

Selasa, 29-12-2015 – Sekumpulan pelampau yang merupakan pendatang Yahudi, bertindak menceroboh masuk ke ruang dalam Masjid al-Aqsa, masjid suci milik umat Islam dengan diberi kawalan keselamatan ketat. Perbuatan itu berlaku pada pagi Ahad, kelmarin. Menurut kata saksi, 26 pendatang Yahudi dengan diiringi oleh anggota tentera rejim Israel, masuk ke dalam masjid itu dengan memecah pintu … Read morePelampau Yahudi ceroboh masuk Masjid al-Aqsa.

Bahar seru Gabungan Islam hentikan keganasan Israel

Selasa, 29-12-2015 – Timbalan Speaker Pertama Majlis Perundangan Palestin (PLC) Dr Ahmad Bahar menggesa Gabungan Islam yang dibentuk oleh Arab Saudi untuk memandangl serius keganasan dilakukan Israel. Dr. Bahar menegaskan, untuk memerangi jenayah dan keganasan Israel perlulah bermula daripada pihak atasan negara-negara Arab dan Islam. Beliau turut menegaskan, campur tangan segera perlu dilakukan untuk menghentikan … Read moreBahar seru Gabungan Islam hentikan keganasan Israel

Gadis Terkorban Ditembak Pasukan Israel di Pos Tentera Nablus

Isnin, 21-12-2015 – Seorang gadis Palestin bernama Samah Abdul Mukmin Ahmad, 18 tahun yang berasal dari kampung Amuria di selatan Nablus, wilayah utara Tepi Barat, pada hari Rabu lalu(16/12) mati akibat luka tembak penjajah Zionis berdekatan pos tentera Hawarah sekitar 3 minggu lalu. Samah Abdul Mukmin cedera parah pada 23 November lalu akibat dihujani tembakan … Read moreGadis Terkorban Ditembak Pasukan Israel di Pos Tentera Nablus

Rejim Zionis menyita rumah penduduk Palestin dan menukarkannya kepada kem tentera.

Jumaat, 18-12-2015 – Pada Rabu 16 Disember petang, pasukan tentera Zionis memaksa sebuah keluarga Palestin untuk mengosongkan rumahnya di daerah Yabud, barat daya Jenin wilayah utara Tebing Barat. Sumber tempatan Palestin mengatakan bahawa tentera Zionis menjadikan rumah penduduk Palestin itu, Yahya Abu Syamla sebagai tempat tentera. Pasukan penembak tepat juga berada di atas bumbung rumah … Read moreRejim Zionis menyita rumah penduduk Palestin dan menukarkannya kepada kem tentera.

Pendatang menyerang warga Palestin dekat Jenin

Jumaat, 18-12-2015 – Para pendatang Yahudi pada petang Rabu menyerang warga Palestin di Yabad dan di kampung berdekatan dekat Jenin serta menganjurkan perarakan menyeru pembunuhan bangsa Arab. Sumber tempatan mendedahkan yang lebih 50 pendatang berkumpul di arah selatan tempat kemasukan ke kampung Yabad dan seterusnya bergerak ke padang pohon zaitun di kawasan itu. Tentera rejim … Read morePendatang menyerang warga Palestin dekat Jenin

Pegawai Israel dan pendatang Yahudi masuki Masjidil al-Aqsa.

Jumaat, 18-12-2015 – Beberapa pegawai kerajaan rejim Israel dengan diiringi 2 pegawai Arkeologi bersama 20 pendatang Yahudi, didapati telah memasuki dan meninjau ruang dalam Masjidil al-Aqsa bagi tujuan menimbulkan konfrontasi terhadap jemaah yang berada di dalamnya. Kejadian berlaku pada hari Rabu, kelmarin. Akhbar Quds mendedahkan tindakan pihak polis rejim Israel kerana menghalang pekerja binaan serta … Read morePegawai Israel dan pendatang Yahudi masuki Masjidil al-Aqsa.

Rejim Zionis menembak secara terbuka ke arah nelayan dan petani Gaza

Jumaat, 18-12-2015 – Regim Zionis Israel ( IOF) menembak secara terbuka dalam dua serangan berasingan ke arah nelayan Palestin dan petani di Gaza. Para saksi melaporkan bahawa tentera Israel , ditempatkan di kawasan sempadan timur bandar Jabalia , utara Semenanjung Gaza, melepaskan tembakan berat ke arah petani Palestin dan rumah tempatan di kawasan sempadan. Kawasan … Read moreRejim Zionis menembak secara terbuka ke arah nelayan dan petani Gaza

Israel Rampas Rumah Penduduk Palestin di Jenin dan Dijadikan Penempatan Tentera

Jumaat, 18-12-2015 – Pasukan penjajah Zionis pada Rabu (16/12) petang memaksa sebuah keluarga Palestin untuk mengosongkan rumah mereka di daerah barat Yabud, barat daya kota Jenin, wilayah utara Tebing Barat. Sumber tempatan Palestin mengatakan bahawa pasukan penjajah Zionis menjadikan rumah warga Palestin, Yahya Abu Syamla sebagai penempatan militan. Tentera dan pasukan penembak tepat pasukan penjajah … Read moreIsrael Rampas Rumah Penduduk Palestin di Jenin dan Dijadikan Penempatan Tentera

5 Warga Palestin Cedera Akibat Serangan Israel di Barat Ramallah

Jumaat, 18-12-2015 – Aksi tentera yang dilakukan penjajah Zionis di desa al-Janiyah di barat Ramallah, wilayah tengah Tepi Barat, telah mencederakan 5 orang warga Palestin sejak pagi Ahad(13/12) lalu. Sumber-sumber Palestin mengatakan bahawa pasukan penjajah Zionis menangkap dua remaja Palestin iaitu Yazin Aiman dan Yusuf Ibrahim, dalam kejadian di kampung al-Janiyah, pinggir Ramallah. Mereka menyiasat … Read more5 Warga Palestin Cedera Akibat Serangan Israel di Barat Ramallah