Lagi kes serang ke atas warga Palestin.

Rabu, 26-10-2016 – Tentera rejim Israel menyerang seorang warga Palestin yang sedang melalui jalan di kawasan Buwaira dekat penempatan Kiryat Arba di al-Khalil. Para saksi memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang tentera menghalang kereta Hasan Abu Husnaina di Buwaira dan memaksa beliau keluar dari kereta sebelum menggeledahnya. Mereka menambah yang tentera-tentera tersebut merosakkan tempat duduk … Read moreLagi kes serang ke atas warga Palestin.

Tentera Israel serbu kediaman keluarga mangsa yang mati ditembak anggotanya.

Rabu, 26-10-2016 – Tentera rejim Israel masuk dan mengelidah kediaman milik keluarga Muad Jabarin di bandar Sair, timur al-Khalil yang mati ditembak anggotanya sebelum ini. Menurut kata saksi kepada wartawan PIC, semasa operasi itu dijalankan, pasukan tentera rejim telah masuk mengelidah rumah keluarga mangsa dengan kasarnya. Tambah saksi itu lagi, dalam serbuan itu kenderaan milik … Read moreTentera Israel serbu kediaman keluarga mangsa yang mati ditembak anggotanya.

Emir Qatar bertemu Mishaal, Haneyya di Doha

Selasa, 25-10-2016 – Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani telah bertemu dengan Ketua Biro Politik Hamas Khaled Mishaal dan timbalannya Ismail Haneyya di Diwan Office Emiriah pada hari Isnin. Pada permulaan mesyuarat itu, Mishaal dan Haneyya menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan kepada Emir terhadap sokongan tidak henti-henti yang diberikan oleh pemimpin Qatar tersebut … Read moreEmir Qatar bertemu Mishaal, Haneyya di Doha

Hamas: Intifada al-Quds adalah penting untuk mencapai matlamat kebangsaan.

Selasa, 25-10-2016 – Gerakan Hamas menekankan tentang keperluan menyokong intifada (kebangkitan) al-Quds dan mengukuhnya menerusi aktiviti penentangan. Ia disifatkan sebagai salah satu langkah mencapai aspirasi kebangsaan Palestin. Hal ini dinyatakan ketika simposium intifada al-Quds yang diadakan oleh Perhimpunan Pemikiran dan Budaya Kebangsaan pada petang Isnin di Khan Younis. Dalam ucapannya pada mesyuarat tersebut, jurucakap Hamas, … Read moreHamas: Intifada al-Quds adalah penting untuk mencapai matlamat kebangsaan.

Kamal Khatib: Isreal dijangka tingkatkan rancangannya.

Selasa, 25-10-2016 – Ketua Jawatankuasa Awam bagi Pembebasan Palestin, Kamal Khatib mendedahkan tindakan rejim Israel giat menyerang Masjidil al-Aqsa berlaku selepas UNESCO membuat keputusan menafikan masjid suci itu mempunyai hubungkait dengan kaum Yahudi. Beliau mengingatkan bahawa pihak Yahudi Israel akan mengambil peluang ke atas keputusan UNESCO itu dengan meningkatkan lagi rancangan jahat mereka. Beliau menganggap … Read moreKamal Khatib: Isreal dijangka tingkatkan rancangannya.

UNRWA: Israel sekeras-kerasnya menghalang pembangunan semula Gaza

Selasa, 25-10-2016 – Pengarah Operasi UNRWA(DUO) di Gaza, Bo Schack, memberi amaran bahawa pihak berkuasa Israel dengan sekeras-kerasnya menghalang pembangunan semula Gaza. Dalam sidang akhbar yang diadakan di Gaza, Schack berkata bahawa UNRWA telah membuat permintaan kepada Israel untuk pembinaan semula 400 buah rumah di Semenanjung Gaza; namun permohonan itu masih belum diluluskan. UNRWA sedang … Read moreUNRWA: Israel sekeras-kerasnya menghalang pembangunan semula Gaza

Pemuda Palestin Diculik Tentera Zionis

Selasa, 25-10-2016 – Tentera Israel (IOF) pada Isnin menculik seorang pemuda Palestin dari BaitulMaqdis serta memasang kamera pengawasan di sekitar bandar. Seorang wartawan berita PIC berkata, IOF memasang banyak kamera pengawasan di Jalan Salah al-Din di Baitulmuqaddis sebagai langkah untuk menangkap penunjuk perasaan anti-Israel. Pemuda Palestin, Ahmad Darwish telah diculik oleh tentera Zionis selepas dibelasah … Read morePemuda Palestin Diculik Tentera Zionis

Penunjuk perasaan anti-penjajahan melontarkan koktel Molotov ke arah Tentera Israel

Selasa, 25-10-2016 – Penunjuk perasaan anti-penjajahan Palestin telah melempar batu ke arah sebuah bas Israel dan melontar bom Molotov ke arah pasukan tentera Israel di Baitul Lahem. Menurut laman berita 0404, penunjuk perasaan Palestin telah melempar batu ke arah bas penduduk Israel berhampiran Baitul Lahem bandar Husan, memecahkan cermin hadapan bas itu. Tiada kecederaan dilaporkan … Read morePenunjuk perasaan anti-penjajahan melontarkan koktel Molotov ke arah Tentera Israel

Resolusi Baru UNESCO Mengesahkan Masjidil Aqsa Milik Mutlak Umat Islam

Selasa, 18-10-2016 – Negara anggota UNESCO akan mengundi cadangan resolusi yang menafikan sebarang kaitan Yahudi dengan perkarangan Masjid Aqsa dan Tembok Barat (al-Buraq Wall) serta kawasan sekitarnya. Cadangan itu dikemukakan oleh rakyat Palestin, bersama-sama dengan Mesir, Algeria, Morocco, Lubnan, Oman, Qatar dan Sudan, yang turut mengutuk Israel dalam beberapa isu yang berkaitan dengan BaitulMaqdis dan … Read moreResolusi Baru UNESCO Mengesahkan Masjidil Aqsa Milik Mutlak Umat Islam

Polis Israel larang 8 belia Islam masuki Masjidil Al-Aqsa.

Selasa, 18-10-2016 – Pihak polis penjajah rejim Israel keluar arahan melarang 8 pemuda Islam warga Palestin dari memasuki Masjid Al-Aqsa selama 15 hari. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Keluarga Tahanan, Amjad Abu Asab, sebelum ini pihak polis rejim Israel telah menangkap dan menahan 9 warga Palestin di Kota Lama Baitulmuqaddis dan Silwan pada waktu tengah malam. Selepas … Read morePolis Israel larang 8 belia Islam masuki Masjidil Al-Aqsa.

Laporan Pertubuhan Israel Beri Amaran Plot Rampas Batan al-Hawa di Silwan

Selasa, 18-10-2016 – Kumpulan-kumpulan pertubuhan Israel, Peace Now dan Ir Amim, baru-baru ini mengeluarkan satu laporan bersama mengenai pengembangan penempatan Israel di kejiranan Batan al-Hawa Silwan, kawasan yang paling sensitif dan tidak menentu di Baitulmuqaddis. Laporan bertajuk “Pecah Amanah: Penglibatan Israel dalam Penempatan Swasta di Batan Al-Hawa, Silwan,” menerangkan bagaimana, sejak tahun 2001, organisasi peneroka … Read moreLaporan Pertubuhan Israel Beri Amaran Plot Rampas Batan al-Hawa di Silwan

Rumah warga Palestin menjadi mangsa tembakan rejim Zionis

Jumaat, 14-10-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) melepaskan tembakan ke arah kediaman warga Palestin di timur bandar Khuzaa, timur Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza pada petang Khamis. Menurut seorang wartawan PIC, tentera rejim melepaskan tembakan ke arah kediaman dan kawasan pertanian warga Palestin dekat Sekolah Shuhada di bandar Khuzaa. Terdapat nyalaan api ditembakkan ke … Read moreRumah warga Palestin menjadi mangsa tembakan rejim Zionis

Pengarah PPS BaitulMaqdis ditawarkan pembebasan bersyarat

Jumaat, 14-10-2016 – Mahkamah Majistret Israel telah memutuskan untuk melepaskan Pengarah Hal Ehwal Persatuan Tahanan Palestin (PPS),Nasser Qawas dan dikenakan denda sebanyak 500 syekel. Beliau juga telah dihalang daripada memasuki Masjid al-Aqsa selama 45 hari. Qawas ditahan oleh tentera Israel di Baitulmuqaddis Ahad lalu dan dibawa ke pusat soal siasat selepas diserang secara kejam. sumber … Read morePengarah PPS BaitulMaqdis ditawarkan pembebasan bersyarat

Turgeman Hentikan Rancangan Pembangunan Perumahan Penduduk Arab

Jumaat, 14-10-2016 – Timbalan Datuk Bandar Jerusalem, Meir Turgeman mengarahkan semua rancangan pembinaan perumahan orang Arab di kawasan sekitar kota suci dihentikan sebagai tindak balas kepada insiden serangan Ahad lalu yang membunuh dua rakyat haram Israel dan serta enam lagi cedera. Turgeman, yang juga ketua jawatankuasa perancangan dan pembangunan, mengarahkan untuk menyerang rakyat Palestin dengan … Read moreTurgeman Hentikan Rancangan Pembangunan Perumahan Penduduk Arab

Tahanan mogok lapar, Ahmed Abu Fara berhenti minum air

Jumaat, 14-10-2016 – Banduan Palestin Ahmed Abu Fara, yang telah melancarkan mogok lapar selama 18 hari kerana membantah penahanannya, mengambil keputusan untuk tidak minum air. Menurut adiknya, Ramzi, Abu Fara enggan mengambil air selepas mendedahkan penganiayaan di rumah sakit penjara Ramla itu. “Disebabkan mogok lapar, tahap kesihatan dan keadaan fizikal Abu Fara sangat teruk,” katanya. … Read moreTahanan mogok lapar, Ahmed Abu Fara berhenti minum air