Tentera Laut Israel Culik 2 Nelayan Gaza

Isnin, 21-11-2016 – Tentera Laut Israel pada menculik dua nelayan Palestin dan merampas bot mereka di luar pantai utara Gaza. Penguatkuasa tempatan melaporkan serangan Israel terhadap nelayan Gaza dengan mengejar menggunakan kapal perang dan menculik nelayan Palestin, Abdul Hafedh Amar dan Amar Assaad al-Sultan sebelum menuju ke Pelabuhan Ashdod yang dikuasai Israel. Menangkap ikan adalah … Read moreTentera Laut Israel Culik 2 Nelayan Gaza

Rang undang-undang oleh Israel untuk menghalang para aktivis BDS dari memasuki Israel diluluskan

Isnin, 21-11-2016 – Parlimen Israel (Knesset) meluluskan pada Isnin satu rang undang-undang untuk melarang para aktivis gerakan boikot Israel memasuki Israel, sumber media Israel melaporkan. Dalam undang-undang sedia ada, menteri dalam negara berhak menghalang para individu yang menyertai gerakan boikot Israel daripada memasuki Israel. Rang undang-undang tersebut boleh membenarkan menteri dalam negara membuat pengecualian, sumber … Read moreRang undang-undang oleh Israel untuk menghalang para aktivis BDS dari memasuki Israel diluluskan

Jordan: Keputusan Israel larang Azan, tidak sah.

Isnin, 21-11-2016 – Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Jordan, berkata bahawa sebarang keputusan rejim Israel berkaitan syiar Islam di Baitulmuqaddis, termasuk peraturan yang melarang seruan Azan adalah batal dan tidak sah. “Penjajah tidak boleh mengubah apa sahaja yang ada di bandar yang dijajahnya,” demikian kata Abdullah Abbadi, Penolong Setiausaha Kementerian itu kepada agensi berita … Read moreJordan: Keputusan Israel larang Azan, tidak sah.

Sheikh Salah mogok lapar bagi membantah pengasingan dalam penjara Israel

Rabu, 16-11-2016 – Sheikh Raed Salah, pemimpin Gerakan Islam bagi kawasan Palestin 1948 yang dijajah Israel mengumumkan pada Ahad lepas bahawa beliau memulakan mogok lapar dalam Penjara tahanannya. Peguamnya, Mohamed Ighbariyeh memberitahu bahawa tindakan itu diambil sebagai langkah membantah tindakan Penjara Rimon di Israel yang melakukan pelbagai jenis salah laku dan mengasingkan beliau di bilik … Read moreSheikh Salah mogok lapar bagi membantah pengasingan dalam penjara Israel

Netanyahu menyokong larangan laungan azan, Sheikh Sabri membantah

Rabu, 16-11-2016 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata bahawa beliau menyokong rang undang-undang untuk menghalang laungan azan melalui pembesar suara masjid. Bercakap menjelang undian pada rang undang-undang dalam Jawatankuasa Peringkat Menteri bahagian Perundangan, beliau berkata bahawa panggilan untuk menunaikan solat itu adalah satu gangguan awam yang merentasi semua mazhab agama. “Orang Islam, Yahudi dan … Read moreNetanyahu menyokong larangan laungan azan, Sheikh Sabri membantah

Israel paksa satu keluarga di Baitulmuqaddis roboh rumah mereka sendiri.

Rabu, 16-11-2016 – Satu keluarga Palestin dipaksa pihak rejim Israel merobohkan 2 buah rumah milik mereka di kawasan penempatan Jabel Mukaber, selatan Baitulmuqaddis kerana dibina tanpa kebenaran. Menurut kata Mohamed Ja’abis, ahli keluarganya terpaksa merobohkan rumah itu selepas mereka gagal mendapatkan kelulusan pembinaan dari pihak berkuasa Perbandaran Baitulmuqaddis. Tambah Ja’abis lagi, dua rumah tersebut didiami … Read moreIsrael paksa satu keluarga di Baitulmuqaddis roboh rumah mereka sendiri.

Serahkan jenazah ! Ikrar puluhan rakyat Palestin.

Rabu, 16-11-2016 – Puluhan rakyat Palestin berhimpun di jalanan al-Khalil untuk menyeru pengembalian jenazah saudara-saudara mereka yang terkorban pada petang Ahad. Bercakap ketika perhimpunan itu, pemimpin Barisan Popular Pembebasan Palestin (PFLP), Badran Jaber menyeru menggerakkan kempen rasmi menggesa Israel untuk menyerahkan jenazah para pemuda yang menentang penjajahan rejim kepada keluarga mereka. Jaber menyeru pertubuhan hak … Read moreSerahkan jenazah ! Ikrar puluhan rakyat Palestin.

Pekerja UNRWA lancar mogok di Tebing Barat dan Gaza esok

Rabu, 16-11-2016 – Kesatuan Pekerja UNRWA semalam, mengisytiharkan mogok umum membabitkan semua agensi ibu pejabat dan kemudahan di Semenanjung Gaza serta Tebing Barat utara bagi membantah tindakan pihak berkenaan yang mengabaikan tuntutan pekerja dan pelarian. Ketua kesatuan, Suhail al-Hindi memaklumkan kepada Pusat Maklumat Palestin (PIC), langkah memprotes selanjutnya akan diambil sehingga UNRWA memberi respons terhadap … Read morePekerja UNRWA lancar mogok di Tebing Barat dan Gaza esok

5 Kanak-kanak Palestin Diculik di BaitulMaqdis

Rabu, 16-11-2016 – Tentera Israel (IOF) menculik enam rakyat Palestin di BaitulMaqdis, termasuk lima kanak-kanak, dari Old City of Jerusalem. Ketua Jawatankuasa Tahanan dan Keluarga Bekas Banduan, Amjad Abu Assab berkata IOF menyerbu rumah warga Palestin, Zayed Idkeik di Bab Hitta menculik budak lelaki berusia 13 tahun, Ahmad dan mengheretnya ke pusat tahanan Qishleh dengan … Read more5 Kanak-kanak Palestin Diculik di BaitulMaqdis

Mahkamah Israel jatuhkan hukuman penjara 16 tahun ke atas remaja Palestin

Isnin, 14-11-2016 – Mahkamah Pusat Israel di Baitulmuqaddis menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun setengah kepada tahanan Miqdad al-Heih atas dakwaan serangan menikam anti rejim. Berita Israel menyatakan yang Mahkamah Pusat menjatuhkan hukuman kepada al-Heih setelah lembaga hakim memutuskan yang beliau melakukan serangan tikaman di penempatan haram Israel di barat daya Baitulmuqaddis. Al-Heih dan rakannya Mahmoud … Read moreMahkamah Israel jatuhkan hukuman penjara 16 tahun ke atas remaja Palestin

Rejim Zionis Tahan Semula Bekas Tahanan Selepas Hanya Seminggu Dibebaskan

Isnin, 14-11-2016 – Tentera Israel (IOF) menahan semula bekas banduan Palestin selepas hanya seminggu dibebaskan dari penjara Israel. Palestinian Prisoners Society (PPS) mengesahkan bahawa bekas banduan Baha al-Najar, 21, ditangkap semula selepas seminggu dibebaskan. Keluarga al-Najar memberitahu wartawan PIC bahawa tentera Israel menyerang rumah mereka pada waktu subuh di al-Khalil sebelum menangkap beliau. Al-Najar,merupakan seorang … Read moreRejim Zionis Tahan Semula Bekas Tahanan Selepas Hanya Seminggu Dibebaskan

Hamas: Masa untuk AS nilai semula dasarnya terhadap Palestin.

Isnin, 14-11-2016 – Pertubuhan Pergerakan Hamas meminta presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Donald Trump supaya menilai semula dasar negaranya dengan memberi keadilan kepada rakyat Palestin. Rakyat Palestin menderita akibat sikap berat sebelah pihak AS yang lebih memihak pada rejim Israel. Walau bagaimanapun, “Kami mengesa presiden Amerika itu untuk menilai semula polisi negaranya dan memberi … Read moreHamas: Masa untuk AS nilai semula dasarnya terhadap Palestin.

Channel 2 : Dasar Perobohan Rumah Rakyat Palestin oleh Israel Ternyata Gagal

Khamis, 10-11-2016 – Dasar perobohan rumah rakyat Palestin oleh kerajaan Israel terbukti tidak berkesan dalam mencegah serangan Palestin terhadap Israel, menurut satu laporan yang disiarkan oleh saluran TV Ibrani 2. Laporan tersebut menyatakan ramai keluarga Palestin yang menjadi mangsa rumah dirobohkan sebagai hukuman kerana serangan yang dilakukan oleh pejuang Palestin. Dasar tersebut ternyata didorong kebencian … Read moreChannel 2 : Dasar Perobohan Rumah Rakyat Palestin oleh Israel Ternyata Gagal

Rejim Zionis menghalang para petani dari memasuki kebun zaitun di selatan Nablus

Khamis, 10-11-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) pada pagi Ahad menghalang sekumpulan petani Palestin dari memasuki kebun mereka untuk menuai zaitun di bandar Qaryut, selatan Nablus. Pentadbir tempatan, Bashar al-Qaryuti memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang tentera rejim menghalang petani Refaat Salama dan anak lelakinya daripada mengambil buah zaitun dari kebun mereka, atas dakwaan yang … Read moreRejim Zionis menghalang para petani dari memasuki kebun zaitun di selatan Nablus

Duta Swiss lakukan lawatan mengejut ke Gaza.

Khamis, 10-11-2016 – Duta Switzerland ke Palestin, Paul Garnier, tiba di Semenanjung Gaza awal pagi Ahad, kelmarin melalui pintu masuk sempadan Beit Hanun yang dikawal Israel. Demikian, lapor akhbar PIC yang memetik satu sumber dari tempat di mana diplomat itu bersama rombongan delegasinya mula memasuki Gaza. Walau bagaimanapun, sumber berita itu tidak mendedahkan agenda dan … Read moreDuta Swiss lakukan lawatan mengejut ke Gaza.