Rejim Zionis Tahan Gadis Palestin Miliki Pisau

Selasa, 27-12-2016 – Tentera Israel (IOF) menahan seorang wanita Palestin berhampiran bandar Qalqilya, di utara Tebing Barat kerana didakwa memiliki sebilah pisau berhampiran salah satu pusat pemeriksaan di pintu masuk bandar, menurut laman web Ibrani 0404. Laman web itu berkata, tentera Israel menahan gadis itu untuk siasatan selepas disyaki merancang cubaan menikam tanpa mendedahkan apa-apa … Read moreRejim Zionis Tahan Gadis Palestin Miliki Pisau

Hamas selar kejadian tembak mati di bandar Karak

Selasa, 27-12-2016 – Ahli biro politik Hamas, Ezzat Resheq menyelar keras “jenayah menembak” yang mensasarkan anggota polis dan pelancong di bandar Karak, selatan Jordan pada hari Ahad lalu. Resheq, menerusi laman Twitter rasminya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dengan menulis, “Ya Allah, selamatkanlah Jordan dan rakyatnya.” Menurut pegawai polis Jordan, dalam kejadian terbaru itu, sekurang-kurangnya … Read moreHamas selar kejadian tembak mati di bandar Karak

Hamas menyeru selamatkan nyawa para tahanan yang mogok lapar

Selasa, 27-12-2016 – Gerakan Islam Hamas menyeru pertubuhan-pertubuhan hak asasi agar segera campur tangan bagi menyelamatkan nyawa para tahanan Palestin Anas Shadid dan Ahmed Abu Fara yang mogok lapar sejak 85 hari lepas sebagai bantahan ke atas penahanan tanpa bicara. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin, gerakan itu menyatakan yang rejim Israel bertanggungjawab ke atas nyawa … Read moreHamas menyeru selamatkan nyawa para tahanan yang mogok lapar

Rapat Umum Perpaduan Dengan Banduan di Nablus

Selasa, 27-12-2016 – Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Hal Ehwal di Nablus menganjurkan pada Isnin perhimpunan perpaduan dengan tahanan Palestin yang sedang mogok lapar di penjara Israel. Berpuluh-puluh orang awam Palestin dan keluarga banduan telah mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut dan menuntut pembebasan mereka terutamanya banduan yang sakit. Samer Samara, Ketua Suruhanjaya Tahanan dan Bekas … Read moreRapat Umum Perpaduan Dengan Banduan di Nablus

Pertubuhan Palestin : Darah Zawari Tidak Sia-sia

Selasa, 27-12-2016 – Pelbagai Pertubuhan dan Negara Islam menyelar tindakan Mossad Israel dalam pembunuhan jurutera Tunisia, Mohammed Zawari, sambal menyatakan bahawa darah beliau tidak akan gugur sia-sia. Mereka turut memuji rakyat Tunisia yang terus menyokong perjuangan rakyat Palestin. Dalam perkembangan lain, Palestin menyalahkan Israel yang menyebabkan keadaan tahanan Palestin, Anas Shadid dan Ahmad Abu Fara … Read morePertubuhan Palestin : Darah Zawari Tidak Sia-sia

Syarikat pembekal elektrik Gaza: Jajaran Bagdad putus bekalan.

Selasa, 20-12-2016 – Syarikat pembekal tenaga elektrik di Gaza menyatakan kebimbangan pihaknya berhubung kelewatan pihak Perbadanan Elektrik Israel menyalurkan semula bekalan elektrik di jajaran Bagdad. Bekalan untuk kawasan tersebut telah terputus selama empat hari menyebabkan krisis tenaga elektrik di Semenanjung Gaza bertambah buruk. Syarikat itu merayu kerajaan Palestin dalam kenyataan akhbarnya, agar mendesak pihak Israel … Read moreSyarikat pembekal elektrik Gaza: Jajaran Bagdad putus bekalan.

Para pendatang Israel mencemarkan Masjid Aqsa

Selasa, 20-12-2016 – Puluhan pendatang Yahudi memecah masuk dataran Masjid al-Aqsa pada Ahad dengan kawalan ketat polis dan unit khas rejim Israel. Agensi akhbar Quds berkata, yang polis dan unit khas rejim Israel mengawal ketat 48 orang pendatang Yahudi yang menyerbu Masjid al-Aqsa dari bab al-Magharbeh pada waktu pagi. Agensi akhbar tersebut menambah yang pada … Read morePara pendatang Israel mencemarkan Masjid Aqsa

Bangunan pencakar langit pengganti penampilan purba BaitulMaqdis

Selasa, 20-12-2016 – Banyak menara tinggi yang dijangka akan dibina di kawasan BaitulMaqdis dalam beberapa tahun akan datang, secara mendadak akan mengubah penampilan, pemandangan dan keunikan watak seni bina Arab bandar itu. Menurut akhbar Haaretz, keputusan mengenai projek ini telah dibuat pada akhir Julai 2016 oleh pegawai-pegawai dari perancangan daerah dan jawatankuasa pembinaan dan perbandaran … Read moreBangunan pencakar langit pengganti penampilan purba BaitulMaqdis

Netanyahu Mengarahkan Penghancuran 42 Buah Rumah Warga Palestin

Selasa, 20-12-2016 – Atas arahan Benjamin Netanyahu, Pihak Majlis Bandaraya dan Keselamatan Israel sedang dalam rangka memusnahkan 42 buah rumah warga Palestin di sebuah perkampungan penduduk Palestin di Jerusalem. Menurut sebuah laman web Israel, berpuluh-puluh buah rumah dan infrastruktur lain di wilayah Jerusalem dan Negev akan dirobohkan dalam sebuah rancangan penghancuran besar-besaran bangunan yang dilabelkan … Read moreNetanyahu Mengarahkan Penghancuran 42 Buah Rumah Warga Palestin

Israel buka terowong antara Silwan dan Masjid Aqsa

Isnin, 19-12-2016 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan satu siri acara yang bakal diadakan untuk meraikan ‘jubli emas penyatuan semula Yerusalem’ sebagi tanda penjajahan Israel ke atas Yerusalem. Menteri Kebudayaan Israel, Miri Regev mendedahkan bahawa ‘terowong lama yang baru ditemui’ menjangkau dari selatan Kota Lama di Silwan dengan Masjid al-Aqsa akan dibuka sempena pelancaran … Read moreIsrael buka terowong antara Silwan dan Masjid Aqsa

Rakyat Palestin mengingatkan tentang keadaan kesihatan Abu Farad an Shadid yang kritikal

Isnin, 19-12-2016 – Pertubuhan hak asasi dan kumpulan-kumpulan rakyat Palestin memberi amaran tentang keadaan kesihatan tahanan Ahmad Abu Fara dan Anas Shadid yang kritikal setelah 80 hari mogok lapar. Jurucakap Persatuan tahanan dan bekas tahanan Waed memberitahu dalam satu sidang akhbar pada Selasa yang mahkamah tentera rejim Israel dan pihak pendakwa bekerjasama dengan pihak penjara … Read moreRakyat Palestin mengingatkan tentang keadaan kesihatan Abu Farad an Shadid yang kritikal

Penjajah Israel membina pos penempatan baru di Lembah Jordan

Isnin, 19-12-2016 – Saksi melaporkan bahawa beberapa penjajah Israel memperluaskan intipan mereka baru-baru ini dengan mula menubuhkan di kawasan Khillat Hamad di lembah utara Jordan. Mereka memberitahu wartawan PIC bahawa penjajah Israel telah membawa traktor pada hari Isnin dan telah membajak tanah tapak yang mereka ambil lebih dua bulan lalu. Pada hari Selasa, kata mereka, … Read morePenjajah Israel membina pos penempatan baru di Lembah Jordan

Mesir tutup semula pintu masuk sempadan Rafah elak dibanjiri penduduk Gaza.

Isnin, 19-12-2016 – Pihak berkuasa kerajaan Mesir menutup semula pintu masuk sempadannya dengan Gaza di Rafah pada hari Selasa, kelmarin dengan alasan untuk menggelak dari dibanjiri penduduk Palestin yang boleh menimbulkan kes-kes kemanusiaan Pengarah media, pintu masuk Rafah, Wael Abu Omar berkata, pihak kerajaan Mesir juga telah bertindak menyenarai hitam 160 warga Gaza dari memasuki … Read moreMesir tutup semula pintu masuk sempadan Rafah elak dibanjiri penduduk Gaza.

Tentera Zionis Curi Barang Kemas

Isnin, 19-12-2016 – 8 penduduk Palestin diculik oleh Tentera Israel (IOF) kerana disyaki terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan. Berpuluh peneroka Israel pula terus memasuki Makam Yusuf, di timur Nablus. IOF juga mengepung kem Balata dan mencetuskan pertempuran ganas dengan penunjuk perasaan Palestin. Sementara itu, tentera Israel didakwa memecah masuk ke rumah keluarga banduan, Ahmad Hani Hamdi … Read moreTentera Zionis Curi Barang Kemas

Mahkamah Israel Hukum Peniaga Gaza Atas Alasan Keselamatan

Isnin, 19-12-2016 – Israel menghukum peniaga Gaza dkononnya telah mengancam keselamatan Israel dengan membekalkan peralatan kejuruteraan ke Semenanjung Gaza tanpa permit. Mengikut pertuduhan, Shamallakh menjual peralatan kejuruteraan kepada ahli-ahli Hamas yang bekerja menggali terowong walaupun beliau sudah mengetahuinya. Beliau turut dituduh membuat rangkaian jenayah, mendapatkan peralatan dengan penipuan dan dalam keadaan berbahaya, serta menyediakan peralatan … Read moreMahkamah Israel Hukum Peniaga Gaza Atas Alasan Keselamatan