Tindakan Memindah Semula Kedutaan AS ke BaitulMaqdis Bakal Mengundang Bahaya

Jumaat, 27-01-2017 – Suruhanjaya Ulama dan Pendakwah di BaitulMaqdis memberi amaran bahawa menempatkan semula Kedutaan Amerika Syarikat ke Baitulmuqaddis bakal mengundang bahaya. Suruhanjaya menambah, prosedur untuk memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke BaitulMaqdis sedang dijalankan dan “ini akan membawa kepada akibat buruk”. Ia menegaskan bahawa BaitulMaqdis merupakan sebuah bandar Arab dan Islam, sambil menambah bahawa fakta … Read moreTindakan Memindah Semula Kedutaan AS ke BaitulMaqdis Bakal Mengundang Bahaya

Hukuman Penjara, Pengusiran dan Denda Terhadap Pemuda Al Quds

Jumaat, 27-01-2017 –  Pihak Mahkamah Zionis di al-Quds pada hari Isnin (23/1/2017) membuat keputusan menjatuhkan hukuman tahanan rumah dan penjara serta pengusiran dan penahanan terhadap para pemuda dan aktivis dari kota al-Quds. Sumber dari pihak Hak Asasi Manusia menyebutkan bahawa mahkamah Zionis menjatuhkan hukuman tahanan rumah selama 10 hari terhadap Mundzir Qanbar dari Jabal Mukabbir … Read moreHukuman Penjara, Pengusiran dan Denda Terhadap Pemuda Al Quds

Mahkamah Israel mengarahkan pemulangan jenazah seorang rakyat Palestin kepada keluarganya

Jumaat, 27-01-2017 – Mahkamah agung Israel memutuskan pada petang Isnin untuk memulangkan jenazah Yaqoub Abu al-Qian, yang ditembak dan dibunuh oleh polis rejim kepada keluarganya untuk dikebumikan di kampung Badwi Umm al-Hiran. Laman sesawang rangkaian 2 Israel menyatakan yang mahkamah telah mengarahkan polis rejim menyerahkan jenazah untuk pengebumian pada Selasa. Menurut laman itu lagi, mahkamah … Read moreMahkamah Israel mengarahkan pemulangan jenazah seorang rakyat Palestin kepada keluarganya

Adakan tunjuk perasaan di luar bangunan Knesset bantah Israel roboh kediaman.

Jumaat, 27-01-2017 – Beratus penduduk Palestin dari penempatan Garis Hijau, Baitulmuqaddis adakan tunjuk perasaan di luar bangunan parlimen Israel atau Knesset kerana membantah polisi meroboh secara rakus kediaman milik warga Palestin oleh pihak rejim Israel. Penunjuk perasaan berarak dengan kereta hingga memenuhi sepanjang jalan luar perbandaran Qalansuwa menuju ke bangunan Knesset bagi menyuarakan bantahan terhadap … Read moreAdakan tunjuk perasaan di luar bangunan Knesset bantah Israel roboh kediaman.

Livni Batalkan Lawatan ke Brussels Selepas Ancaman Penangkapan

Jumaat, 27-01-2017 – Bekas Menteri Luar Negeri negara haram Israel telah membatalkan lawatan ke Belgium kerana bimbang dia boleh ditangkap semasa ketibaan beliau di Brussels atas jenayah perang terhadap rakyat Palestin. Tzipi Livni, yang berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri antara 2006 – 2009 di bawah bekas Perdana Menteri Ehud Olmert, dijangka tiba di ibu negara … Read moreLivni Batalkan Lawatan ke Brussels Selepas Ancaman Penangkapan

Hamas menyeru sokongan popular untuk tahanan pentadbiran

Jumaat, 27-01-2017 – Pergerakan Hamas menegaskan keperluan mendesak untuk sokongan popular sebagai langkah-langkah protes tahanan Palestin ‘terhadap langkah-langkah hukuman Israel. Pemimpin dalam Pergerakan Hamas Abdul Rahman Shadid menggesa pihak rasmi Palestin untuk memikul tanggungjawab mereka terhadap tahanan Palestin dan untuk mengaktifkan isu mereka di forum-forum antarabangsa. Shadid menegaskan bahawa 550 tahanan pentadbiran dijangka melancarkan perpaduan … Read moreHamas menyeru sokongan popular untuk tahanan pentadbiran

Kementerian: Sekat hak pendidikan tahanan Palestin bakal cetus isu perkauman

Jumaat, 27-01-2017 – Kementerian Penerangan Palestin berkata bahawa perbincangan Knesset Israel terhadap draf undang-undang untuk menghalang tahanan Palestin untuk meneruskan pengajian akademik mereka bakal mencetuskan isu perkauman. Kementerian itu dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa kerajaan Israel sedang mengikuti satu dasar baru terhadap tahanan Palestin di penjara itu yang menafikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan konvensyen Geneva. … Read moreKementerian: Sekat hak pendidikan tahanan Palestin bakal cetus isu perkauman

Israel halang 69 warga Palestin keluar negara minggu lepas.

Selasa, 24-01-2017 – Pihak penjajah Israel, minggu lepas menghalang 69 warga Palestin dari meneruskan perjalanan mereka keluar negara melalui pintu sempadan al-Karama ke Jordan yang merupakan satu-satunya laluan keluar bagi penduduk Palestin yang tinggal di Tebing Barat. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis di Ramallah menyatakan yang pihak rejim Israel tidak memberikan sebab perintah … Read moreIsrael halang 69 warga Palestin keluar negara minggu lepas.

Pihak berkuasa Palestin (PA) memulangkan senjata tentera rejim yang hilang di Tubas

Selasa, 24-01-2017 – Pihak keselamatan PA memulangkan senjata seorang tentera rejim pada Ahad setelah ia diambil oleh para pemuda Palestin dekat Tubas, utara Tebing Barat beberapa hari lalu, sumber media Israel mendakwa. Laman sesawang Hebrew 0404 mengembalikan senjata itu setelah merampasnya daripada para pemuda Palestin yang mengambilnya pada Rabu lepas. Tiada maklumat lanjut didedahkan tentang … Read morePihak berkuasa Palestin (PA) memulangkan senjata tentera rejim yang hilang di Tubas

Jawatankuasa petugas Palestin ke Persidangan Negara-Negara Eropah lawat Belanda.

Isnin, 23-01-2017 – Ahli Jawatankuasa Palestin yang ditugaskan membuat persiapan bagi Persidangan Negara-Negara Eropah yang dijadualkan akan diadakan pada bulan April depan telah mengadakan lawatan ke bandar Amersfoort, Belanda. Semasa lawatan tersebut, jawatankuasa itu telah bertemu dengan masyarakat Palestin yang tinggal di situ dan mengambil peluang untuk memberi penerangan berkaitan peranan utama jawatankuasa itu. Mereka … Read moreJawatankuasa petugas Palestin ke Persidangan Negara-Negara Eropah lawat Belanda.

Mogok dan demonstrasi diadakan bagi membantah pemusnahan Umm Hiran

Isnin, 23-01-2017 – Pertelingkahan baru tercetus pada Rabu di antara polis rejim Israel dan rakyat Palestin di kampung Umm Hiran, di Negev selatan kawasan Palestin yang dijajah pada 1948 di mana polis rejim menyerbu kediaman-kediaman di kampung itu bagi memindahkan penduduk kampung sebelum pemusnahan dilakukan. Serangan polis itu terus membuktikan rancangan rejim bagi memusnahkan kampung … Read moreMogok dan demonstrasi diadakan bagi membantah pemusnahan Umm Hiran

Rejim Zionis Pecah Masuk Penjara Nafha

Isnin, 23-01-2017 – Pertubuhan Tahanan Palestin (PPS) mendedahkan bahawa IOF telah menyerbu Seksyen 4 dalam penjara Nafha mengakibatkan Seksyen 3 dan 4 telah ditutup. Sementara itu, kumpulan hak asasi yang berjuang atas isu kesihatan banduan yang sakit, Anas Jaradat, menegaskan beliau tidak menerima sebarang rawatan perubatan sejak mula ditahan di penjara Ashkelon. Anas masih dikurung … Read moreRejim Zionis Pecah Masuk Penjara Nafha

Sheikh Salah bebas selepas 9 bulan di penjara.

Khamis, 19-01-2017 – Rejim Israel membebaskan ikon rakyat Palestin, Sheikh Raed Salah selepas beliau menghabiskan tempoh hukuman 9 bulan penjara. Sheikh Salah menjalani hukuman itu bermula dari bulan Mei, 2016 di mana 2 bulan sebelumnya, beliau telah dibicarakan dan didapati bersalah kerana “menghasut.” Bagaimana pun, berita pembebasan itu telah menimbulkan kebingungan kerana menurut peguamnya, Omar … Read moreSheikh Salah bebas selepas 9 bulan di penjara.

Tentera Israel menahan 125 Nelayan sepanjang 2016

Khamis, 19-01-2017 – Pusat Kajian Tahanan Palestin mendedahkan bahawa Angkatan Tentera Israel (IOF) telah menahan 125 nelayan ketika memancing di luar pesisiran pantai Gaza sepanjang 2016. Jurucakap Pusat Kajian tersebut, Riyad al-Ashqar berkata, bilangan nelayan ditahan pada 2016 menunjukkan peningkatan mendadak berbanding dengan bilangan nelayan yang ditangkap pada tahun 2015, yang hanya 52 orang. Tentera … Read moreTentera Israel menahan 125 Nelayan sepanjang 2016

Emir Qatar Tawar Jalan Penyelesaian Krisis Elektrik Gaza

Rabu, 18-01-2017 – Pertemuan antara Ismail Haneyya, Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas, dan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad, berakhir pada Ahad di ibu negara Qatar, Doha dengan Qatar berjanji akan segera untuk membantu menyelesaikan krisis elektrik di Gaza. Menurut pejabat Haneyya, satu perbincangan yang mendalam telah dibangkitkan dalam mesyuarat membincangkan banyak isu mengenai keadaan … Read moreEmir Qatar Tawar Jalan Penyelesaian Krisis Elektrik Gaza