Palestin menyeru memboikot mahkamah Israel

Selasa, 28-02-2017 – Jawatankuasa tahanan dan bekas tahanan bersama Kesatuan Tahanan Palestin menyeru agar memboikot mahkamah Israel dan mendakwa mereka sebagai pelampau dan bersifat perkauman dalam isu tahanan Palestin. Ia dinyatakan dalam sidang akhbar yang diadakan pada Ahad di Ramallah dengan kehadiran isteri tahanan Palestin Nael al-Barghouthi dan bapa kepada as-Syahid Abdul Fattah al-Sharif. Ketua … Read morePalestin menyeru memboikot mahkamah Israel

Menteri Israel dakwa pihaknya sedang bangunkan robot pembunuh.

Selasa, 28-02-2017 – Seorang menteri parti Likud mendakwa yang pihak tentera rejim sedang membangunkan robot pembunuh yang berupaya memasuki kawasan musuh dan menembak mati mana-mana pemimpin pejuang, demikian lapor media berbahasa Yahudi di Israel. Menurut menteri tanpa portfolio, Ayoub Kara dalam ucapannya di satu seminar kebudayaan yang diadakan di selatan bandar Beersheba, “Robot itu mampu … Read moreMenteri Israel dakwa pihaknya sedang bangunkan robot pembunuh.

Zahhar dicalonkan sebagai Ketua Bahagian Perubahan dan Pembaharuan Blok Parlimen

Selasa, 28-02-2017 – Bahagian Perubahan dan Pembaharuan Blok Parlimen, timbalan Hamas di Majlis Perundangan Palestin (PLC), telah memilih┬ájawatankuasa khas untuk mengatuai blok yang dipimpin oleh pemimpin kanan Hamas, Mahmoud al-Zahhar. Parlimen mengumumkan pencalonan ahlinya: Marwan Abu Ras sebagai Timbalan Ketua, Mohammad Faraj al-Ghoul sebagai Setiausaha Agung, Mushir al-Masri sebagai jurucakap dan Jamal Nassar sebagai bendahari. … Read moreZahhar dicalonkan sebagai Ketua Bahagian Perubahan dan Pembaharuan Blok Parlimen

Israel Tolak Rayuan Batalkan Perobohan Rumah Pejuang Palestin

Isnin, 27-02-2017 – Mahkamah Agung Israel pada petang Khamis menolak rayuan untuk membatalkan perobohan rumah keluarga aktivis anti-pendudukan Palestin yang dibunuh. Mahkamah Agung Israel mengekalkan keputusan sebelum ini untuk menutup rumah aktivis yang dibunuh, Fadi Kunbur, dengan mendakwa bahawa keluarga mereka turut bersubahat. Mahkamah Israel memutuskan untuk merobohkan rumah keluarga Fadi Kunbur berikutan serangan beliau … Read moreIsrael Tolak Rayuan Batalkan Perobohan Rumah Pejuang Palestin

Mahkamah Agong Israel benar sebuah sekolah di Baitulmuqaddis ditutup.

Isnin, 27-02-2017 – Mahkamah Agong Israel membenarkan sebuah sekolah rendah di Baitulmuqaddis ditutup kerana sukatan pelajarannya didakwa menghasut supaya membenci Israel. Menurut berita saluran 2, TV Israel, pihak kementerian pelajaran bersama anggota polis Israel bertindak menutup sekolah rendah al-Nukhba yang mempunyai 220 orang pelajar atas alasan pengasasnya menyokong Pergerakan Hamas sementara sukatan pelajarannya mengajar murid … Read moreMahkamah Agong Israel benar sebuah sekolah di Baitulmuqaddis ditutup.

Tentera PA Lanjut Penahanan Fattash

Isnin, 27-02-2017 – Pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) meneruskan reman terhadap Hammam Fattash, seorang pelajar universiti dari Salfit, untuk 67 hari berturut-turut di penjara Junaid di bandar Nablus. Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa Fattash telah dibawa ke mahkamah pada hari Rabu bahawa dilanjutkan perintah tahanan selama 15 hari. Pada 18 Disember 2016, Fattash … Read moreTentera PA Lanjut Penahanan Fattash

Bapa Rayu Anak Dibebaskan Daripada Penjara PA

Isnin, 27-02-2017 – Sheikh Ezziddin Amarneh merayu kepada institusi hak asasi manusia dan pihak berkuasa berkenaan untuk campur tangan bagi melepaskan anaknya, Ahmad, yang ditahan atas faktor politik di penjara Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tulkarem. Dalam ucapan yang dirakam ke saluran satelit al-Quds, Amarneh berkata anaknya, yang merupakan seorang bekas tahanan, diculik oleh pihak … Read moreBapa Rayu Anak Dibebaskan Daripada Penjara PA

Operasi tentera besar-besaran di al-Khalil

Jumaat, 24-02-2017 – Tentera penjajah Israel sedang menjalankan gerakan besar-besaran di al-Khalil sejak Isnin lalu, menurut saluran Israel 7, Sabtu lalu. Operasi ini adalah sebagai persediaan untuk menggagalkan sebarang serangan rakyat Palestin seperti rempuhan kenderaan, membaling Molotov Koktel, dan menembak, tambah saluran itu lagi. Platun 890, yang bertanggungjawab bagi al-Khalil dan Kiryat Arba, mengambil bahagian … Read moreOperasi tentera besar-besaran di al-Khalil

Tentera Israel guna kekerasan surai tunjuk perasaan sokong mogok lapar.

Jumaat, 24-02-2017 – Beberapa penunjuk perasaan mengalami sesak nafas kerana terhidu asap gas pemedih mata selepas pihak tentera rejim Israel bertindak agresif menyuraikan satu tunjuk perasaan di Qalandiya, utara Baitulmuqaddis. Menurut wartawan PIC, tentera rejim cuba mengusir penunjuk perasaan secara kasar dari pos kawalan tentera Qalandiya. Mereka berhimpun di situ bagi memberi sokongan kepada Jamal … Read moreTentera Israel guna kekerasan surai tunjuk perasaan sokong mogok lapar.

Netanyahu mengesahkan penyertaan ke sidang kemuncak rahsia Aqaba

Jumaat, 24-02-2017 – Perdana Menteri Israel dilaporkan mengesahkan pada Ahad tentang penyertaannya ke sidang kemuncak rahsia yang diadakan pada tahun lepas bersama penyertaan wakil Mesir, Jordan dan Amerika bagi menggesa keamanan serantau dalam inisiatif yang dibuat oleh setiausaha Amerika Syarikat ketika itu, John Kerry. Akhbar Hebrew Haaretz melaporkan pada Ahad tentang berita pertemuan rahsia yang … Read moreNetanyahu mengesahkan penyertaan ke sidang kemuncak rahsia Aqaba

Majlis perbandaran mengarahkan warga Jerusalem meruntuhkan rumah sendiri di Silwan

Jumaat, 24-02-2017 – Majlis Perbandaran Israel mengarahkan seorang warga Jerusalem, Salah Shwaiki untuk meruntuhkan rumahnya sendiri di Bandar Silwan, Timur Jerusalem kerana mendakwa tidak mempunyai permit pembinaan. Shwaiki memberitahu Media Quds bahawa pendakwaraya Israel, dalam sesi perbicaraan Khamis lepas mengarahkan beliau untuk meruntuhkan rumanya sendiri dan mengugut untuk mendenda beliau dengan jumlah yang tinggi sekiranya … Read moreMajlis perbandaran mengarahkan warga Jerusalem meruntuhkan rumah sendiri di Silwan

Pihak berkuasa Palestin menahan bekas tahanan di Nablus.

Jumaat, 24-02-2017 – Pihak Berkuasa Palestin (PA) petang Selasa lepas menculik seorang bekas tahanan muda dari Hamas selepas memanggil beliau untuk sesi soal-siasat di Bandar Nablus. Sumber dari keluarga tahanan menyatakan, Sa’ied Bilal menurut perintah pihak berkuasa PA untuk pergi ke Ibu Pejabat PA bagi sesi pemeriksaan keselamatan berkala selepas pihak berkuasa PA menyerbu rumahnya … Read morePihak berkuasa Palestin menahan bekas tahanan di Nablus.

Datuk Bandar Jenin: Israel burukkan lagi krisis air

Isnin, 20-02-2017 – Datuk Bandar Jenin, Mohammad Abu Ghali mengecam Israel dengan sengaja memburukkan lagi krisis air di bandar itu dengan menghalang kerja-kerja pembaikan di tangki air Janzour. Dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya, Abu Ghali berkata pihak pentadbiran berjaya menyelesaikan lebih separuh masalah pengagihan air melalui peningkatan jumlah air yang diambil dari dua … Read moreDatuk Bandar Jenin: Israel burukkan lagi krisis air

Universiti Palestin menang anugerah antarabangsa.

Isnin, 20-02-2017 – Universiti Arab-Amerika, Jenin berjaya memenangi anugerah terbaik kategori aplikasi pelayan automatik berkomputer untuk pemprosesan dan prosedur pekerja serta pelajar. Anugerah itu dimenangi dalam satu persidangan anjuran Laserfiche, salah satu syarikat perisian komputer terbesar dunia yang terletak di California, Amerika Syarikat. Presiden universiti tersebut, Prof. Ali Abu Zuhri berkata dalam sidang akhbar mengulas … Read moreUniversiti Palestin menang anugerah antarabangsa.

Gerakan Jihad Islami menyelar PA kerana menyerbu majlis yang diadakan untuk seorang bekas tahanan

Isnin, 20-02-2017 – Gerakan Jihad Islami menyelar sekeras-kerasnya serbuan oleh pihak berkuasa Palestin (PA) ke atas majlis yang diadakan untuk seorang bekas tahanan Muhanad Jaradat pada Isnin di kampung Silat al-Harithiya, di barat Jenin, Tebing Barat. Dalam satu kenyataan akhbar, Jihad Islami menyatakan yang unit keselamatan PA menyerbu majlis itu dan mengeluarkan bendera-bendera dari kenderaan … Read moreGerakan Jihad Islami menyelar PA kerana menyerbu majlis yang diadakan untuk seorang bekas tahanan