Barghouthi : Ini adalah sebab kenapa kami mogok lapar ketika dalam tahanan

Selasa, 25-04-2017 – Ahli Jawatankuasa Pusat Fatah yang merupakan banduan tahanan Israel, Marwan al-Barghouthi, berkata bahawa lima belas tahun beliau menghabiskan di penjara Israel memolehkan beliau menyaksikan tangkapan besar-besaran sewenang-wenangnya dan layanan buruk oleh regim Israel terhadap rakyat Palestin. Barghouthi menulis dalam sebuah artikel yang disiarkan dalam akhbar New York Times dan dilaporkan oleh al-Jazeera, … Read moreBarghouthi : Ini adalah sebab kenapa kami mogok lapar ketika dalam tahanan

Tahanan penjara menyertai perarakan kebebasan dan maruah

Selasa, 25-04-2017 – Tujuh tahanan yang sedang berada dalam keadaan sakit menyertai mogok lapar secara terbuka di Penjara Ashkelon untuk dua hari berturut-turut pada Selasa lepas. Jawatankuasa tahanan dan bekasan tahanan bersama Persatuan Banduan Palestin memberitahu kepada peguam Kareem Ajwa bahawa tujuh tahanan ini mengambil keputusan untuk turut sama menyertai mogok lapar bersama tahanan lain. … Read moreTahanan penjara menyertai perarakan kebebasan dan maruah

Hamas tidak akan bubarkan Jawatankuasa Pentadbir Gaza, kata Hayya.

Selasa, 25-04-2017 – Anggota Biro Politik Hamas, Khalil al-Hayya berkata, dasar yang diamalkan oleh Presiden Palestin, Mahmud Abas terhadap Gaza telah menceroboh urusan dalaman wilayah tersebut. Semasa berucap dalam satu sidang akhbar yang diadakan oleh pihak Hamas di Gaza, beliau menyatakan bahawa, “Kami terkejut dengan tindaktanduk Abas terhadap Gaza,” dan menyatakan adalah menyedihkan dia telah … Read moreHamas tidak akan bubarkan Jawatankuasa Pentadbir Gaza, kata Hayya.

Israel melarang lawatan penjara pada hari kedua mogok lapar besar-besaran

Selasa, 25-04-2017 – Rejim Israel melarang beberapa keluarga Palestin daripada melawat saudara mereka yang ditahan di penjara Israel, pada hari kedua mogok lapar. Bercakap kepada PIC, Dr. Farid Abu Dheir berkata beliau diberitahu oleh Palang Merah yang rancangan lawatan untuk melawat anaknya, Baraa telah dibatalkan akibat mogok lapar. Beberapa keluarga telah menempuhi perjalanan panjang dan … Read moreIsrael melarang lawatan penjara pada hari kedua mogok lapar besar-besaran

Pihak berkuasa Israel mengancam merobohkan masjid berhampiran al-Aqsa

Selasa, 25-04-2017 – Pihak berkuasa Israel (IOA) memberi amaran untuk merobohkan sebuah masjid di bandar Silwan, selatan Masjid al-Aqsa, atas alasan pembinaan tidak berlesen. Jurucakap media untuk Jawatankuasa Pertahanan Silwan, Fakhri Abu Diab, berkata krew perbandaran Israel mengancam untuk merobohkan Masjid Abdullah al-Sanawi, di bandar Silwan, yang dibina beberapa tahun lalu di sebuah saluran tanah … Read morePihak berkuasa Israel mengancam merobohkan masjid berhampiran al-Aqsa

Jordan menyelar pencerobohan para pendatang ke atas Masjid al-Aqsa

Rabu, 19-04-2017 – Kerajaan Jordan menyelar pencerobohan besar-besaran oleh para pendatang Israel ke dataran Masjid al-Aqsa dengan dilindungi oleh polis rejim Israel. Dr. Mohammad Al Momani, Menteri Hal Ehwal Media dan Komunikasi Jordan juga jurucakap kerajaan Jordan berkata dalam kenyataannya pada Khamis, “Kami sekeras-kerasnya menolak perlakuan sedemikian yang mencemarkan kesucian tempat suci dan memprovok umat … Read moreJordan menyelar pencerobohan para pendatang ke atas Masjid al-Aqsa

Hamas gesa UNRWA bantu kakitangan kerajaan PA di Gaza.

Rabu, 19-04-2017 – Bahagian Hal Ehwal Pelarian, Gerakan Hamas mengesa UNRWA membantu kakitangan yang berkerja dengan pihak Berkuasa Kerajaan Palestin (PA) di semenanjung Gaza. Hamas meminta pihak UNRWA meningkatkan jumlah bungkusan bekalan makanan yang diberi kepada setiap kakitangan PA yang menerima gaji kurang dari 1, 500 shekel. Kenyataan pihak Hamas itu merujuk kepada Rayuan Bantuan … Read moreHamas gesa UNRWA bantu kakitangan kerajaan PA di Gaza.

Israel Tutup Sempadan Taba, Serangan Roket di Eshkol

Jumaat, 14-04-2017 – Pihak berkuasa Israel menutup sempadan Taba dengan Mesir pada hari Isnin dan mengarahkan semua pelancong Israel di Semenanjung Sinai untuk meninggalkan segera kawasan tersebut kerana siren amaran roket telah diaktifkan di Eshkol berhampiran sempadan Sinai. Media melaporkan bahawa roket telah dilancarkan dari Sinai ke arah Eshkol, yang tidak jauh dari sempadan timur … Read moreIsrael Tutup Sempadan Taba, Serangan Roket di Eshkol

Rejim Zionis menjatuhkan lagi hukuman 6 bulan tahanan tanpa bicara ke atas tahanan Natsha

Jumaat, 14-04-2017 – Rejim Israel (IOA) pada Isnin mengeluarkan pembaharuan hukuman penahanan tanpa bicara selama 6 bulan ke atas tahanan Mazen Jamal al-Natsha untuk kali ketiga berturut-turut. Bercakap kepada PIC, keluarga al-Natsha berkata yang IOA memperbaharui penahanan sebaik sahaja beliau selesai menjalani hukuman tahanan selama 6 bulan. Al-Natsha telah ditahan oleh rejim Israel pada 18 … Read moreRejim Zionis menjatuhkan lagi hukuman 6 bulan tahanan tanpa bicara ke atas tahanan Natsha

Pihak berkuasa Tenaga Gaza: Cukai ke atas minyak tidak pernah dikenakan sebelum ini.

Jumaat, 14-04-2017 – Pihak berkuasa Tenaga di Gaza menyatakan, cukai yang dikenakan ke atas minyak yang dijual kepada loji janakuasa itu oleh pihak Berkuasa Palestin telah menyebabkan harga bahan tersebut meningkat tiga kali ganda dan menjelaskan cukai itu tidak pernah dikenakan sebelum ini. Menurut pihak berkenaan, kenyataan seperti yang disuarakan oleh Fuad al-Shawbaki, Ketua Pengarah … Read morePihak berkuasa Tenaga Gaza: Cukai ke atas minyak tidak pernah dikenakan sebelum ini.

Remaja Palestin mati akibat kecederaan serius

Jumaat, 14-04-2017 – Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan pada Isnin lepas kesyahidan seorang remaja Palestin; Jasem Nakhla, 17 tahun akibat kecederaan yang dialaminya setelah ditembak oleh pihak tentera Israel di utara Ramallah dua minggu lalu. Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa Nakhla cedera teruk setelah pihak tentera Israel melakukan tembakan rambang ketika beliau dan kawan-kawannya sedang menaiki … Read moreRemaja Palestin mati akibat kecederaan serius

5 Terbunuh, 32 Cedera di kem Ain al-Hilweh

Jumaat, 14-04-2017 – Lima warga Palestin terbunuh dan 32 yang lain cedera dalam pertempuran yang meletus di kem pelarian Ain al-Hilweh, Lubnan pada hari Ahad, menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA). Pelarian Palestin di kem itu bersetuju untuk membubarkan kumpulan pelampau Bilal Bader serta memberi mereka tempoh 6 jam untuk menyerah diri dan menyerahkan senjata … Read more5 Terbunuh, 32 Cedera di kem Ain al-Hilweh

Duduk dan protes ke atas kepungan terhadap Gaza.

Jumaat, 14-04-2017 – Sejumlah aktivis Palestin menyertai protes yang dianjurkan oleh gabungan NGO Palestin dihadapan ibu pejabat UNESCO di Gaza bersempana Hari Kesihatan Sedunia pada Ahad lepas. Wakil NGO dari kumpulan kesihatan; Suleiman Shain berkata protes itu diadakan bagi membantah sekatan keatas pesakit-pesakit dari Gaza untuk mendapatkan hak rawatan yang sepatutnya. Menurut beliau, pihak berkuasa … Read moreDuduk dan protes ke atas kepungan terhadap Gaza.

Seorang gadis Palestin berusia 15 tahun akan dibebaskan dari penjara Israel

Selasa, 11-04-2017 – Mahkamah Pusat Israel pada Ahad memutuskan untuk membebaskan seorang gadis Palestin berusia 15 tahun dari penjara. Peguam Arwa Hleihal, dari Kesatuan Tahanan Palestin berkata yang mahkamah Israel memutuskan untuk membebaskan Natali Shoukha. Natali Shoukha telah ditahan oleh rejim Israel pada 29 April, 2016. sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati

Kementerian anjur semula pameran buku di Gaza setelah 5 tahun tidak diadakan.

Selasa, 11-04-2017 – Kementerian Kebudayaan Gaza menganjurkan semula Pameran Buku Baitulmuqaddis untuk tujuan rasmi dan akademik selepas 5 tahun tidak dianjurkan kerana masalah pengepungan. Timbalan speaker 1, Dewan Perundangan Palestin di Gaza, Ahmad Bahar dalam ucapan pembukaannya telah meminta semua pihak dan institusi mengunjungi pesta buku tersebut di mana sejarah negara Palestin dapat dibaca dan … Read moreKementerian anjur semula pameran buku di Gaza setelah 5 tahun tidak diadakan.