Israel dan AS cuba menghalang pengeluaran senarai hitam penempatan oleh PBB

Khamis, 30-11-2017 – Israel dan Amerika Syarikat (AS) sedang bersungguh-sungguh berusaha untuk menghalang PBB mengeluarkan senarai data syarikat yang beroperasi di penempatan haram di wilayah Palestin, kerana bimbang akibat buruk yang mungkin timbul. Pada Mac 2016, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB mengarahkan pengumpulan data dengan menugaskan Pesuruhjaya Tingginya Zeid al-Hussein untuk menyiasat kesan daripada penempatan … Read moreIsrael dan AS cuba menghalang pengeluaran senarai hitam penempatan oleh PBB

Israel rancang bina laluan baru menghubungkan Tebing Barat dan Bukit Golan.

Khamis, 30-11-2017 – Laman Web Walla telah menyiarkan berita mengenai keputusan Israel yang meluluskan projek pembinaan laluan bagi tujuan pelancongan yang akan merentasi Tebing Barat dan Bukit Golan, di Syria. Menurut laman berbahasa Yahudi itu, rancangan tersebut telah diperkenalkan oleh Menteri Pelancong Israel, Yariv Levin. “Laluan baru itu akan melalui Kota Lama Baitulmuqaddis di utara … Read moreIsrael rancang bina laluan baru menghubungkan Tebing Barat dan Bukit Golan.

Pasukan Khas Israel Serang Tahanan Palestin

Khamis, 30-11-2017 – Pasukan khas Israel pada hari Isnin telah menyerang tahanan Palestin di penjara Ramon. Menurut surat yang bocor dari tahanan penjara Ramon, unit khas Israel menyerbu sel-sel penjara Palestin dan menyerang tahanan secara aggresif. Beberapa tahanan terus dikejarkan ke klinik penjara untuk rawatan. Penduduk Palestin, Firas Khleiliya, dari bandar selatan Jatin, ‘Jenin, adalah … Read morePasukan Khas Israel Serang Tahanan Palestin

Kesihatan warga Palestin semakin teruk akibat pengabaian rawatan di dalam penjara Israel

Selasa, 28-11-2017 – Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan menyuarakan kebimbangan pada Rabu tentang keadaan kesihatan tahanan Palestin Emad Saraj, berusia 38 tahun yang semakin teruk. Menurut Suruhanjaya tersebut, Saraj yang berasal dari kem pelarian Bureij Gaza dan ditahan di penjara Nafha sedang melalui keadaan kritikal secara psikologi dan fizikal serta telah hilang keupayaan bercakap. Suruhanjaya … Read moreKesihatan warga Palestin semakin teruk akibat pengabaian rawatan di dalam penjara Israel

Tentera rejim Israel tahan kanak-kanak Palestin 9 tahun berhampiran Masjid Ibrahimi.

Selasa, 28-11-2017 – Tentera rejim Israel menahan seorang kanak-kanak Palestin yang masih bersekolah di pos pemeriksaan tentera berdekatan Masjid Ibrahimi, al-Khalil. Menurut sumber berita di tempat kejadian, kanak-kanak lelaki tersebut berusia 9 tahun dan dikenali sebagai Mohamed Da’na telah ditahan di pos tentera Abu Rish semasa dia sedang berjalan menuju sekolahnya tanpa diketahui tujuan dia … Read moreTentera rejim Israel tahan kanak-kanak Palestin 9 tahun berhampiran Masjid Ibrahimi.

PA menyekat kemasukan barangan ke Gaza melalui sempadan Rafah untuk hari ketiga

Jumaat, 24-11-2017 – Pihak Berkuasa Palestin (PA) menolak untuk membenarkan kemasukan barangan ke Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah untuk hari yang ketiga berturut-turut atas dakwaan yang laluan itu belum bersedia untuk menerima mereka. Pengarah Umum Polisi dan Perancangan di Kementerian Ekonomi Palestin, Osama Nofal, memberitahu PIC pada Isnin yang PA masih menyekat kemasukan bahan-bahan pembinaan, … Read morePA menyekat kemasukan barangan ke Gaza melalui sempadan Rafah untuk hari ketiga

Kediaman milik penduduk Palestin di Negev diarah roboh.

Jumaat, 24-11-2017 – Pejabat Pentadbir Tanah Israel mengeluarkan perintah roboh yang baru ke atas beberapa buah bangunan milik warga Palestin di Negev, selatan Israel. Arahan itu termasuk ke atas sebuah masjid. Arahan itu menyebabkan berlaku ketegangan apabila penduduk tempatan turut membuat bantahan. Kenyataan bersama pemilik bangunan menyatakan, mereka menolak sepenuhnya arahan itu dan menganggap ia … Read moreKediaman milik penduduk Palestin di Negev diarah roboh.

Hamas menolak label pengganas ke atas Hizbullah

Jumaat, 24-11-2017 – Hamas pada Isnin lepas mengkritik kenyataan yang dikeluarkan selepas perjumpaan tergempar menteri-menteri luar arab pada Ahad lepas yang melabel Hizbullah sebagai sebuah pertubuhan pengganas. Hamas menekankan bahawa tindakan Israel menjajah Palestin sepatutnya digelar sebagai tindakan keganasan. Hamas percaya bahawa sudah tiba masanya semua pihak menggembeleng kekuatan dan keupayaan untuk membantu penduduk Palestin … Read moreHamas menolak label pengganas ke atas Hizbullah

Israel Kerah Iron Dome di Gush Dan

Selasa, 21-11-2017 – Beberapa kubah pertahanan (Iron Dome) Israel telah dikerahkan bergerak ke seluruh Israel tengah. Ia juga telah ditempatkan di kawasan Gush Dan. Alat pertahanan itu dikerahkan sebagai sebahagian daripada usaha pertahanan tentera Israel berikutan ancaman Jihad Islam Palestin untuk membalas serangan mogok Israel di Gaza bulan lepas. Menurut sumber Ibrani, Iron Dome yang … Read moreIsrael Kerah Iron Dome di Gush Dan

PNC menggesa usaha penyatuan dipercepatkan.

Selasa, 21-11-2017 – Pelstininan National Council (PNC) menyeru usaha penyatuan nasional dipercepatkan dalam usaha memperkuatkan gerakan pembebasan Palestin. PNC mengesahkan bahawa penyatuan tersebut adalah langkah penting dalam usaha membebaskan Palestin menurut perjanjian 1967 dan menjadikan Jerusalem sebagai ibu kota negara tersebut. Pada sambutan ke 29 Deklarasi Pembebasan Palestin, PNC menyatakan bahawa kemajuan yang dicapai dalam … Read morePNC menggesa usaha penyatuan dipercepatkan.

Rejim Israel ceroboh bahagian utara Gaza.

Selasa, 21-11-2017 – Tentera rejim Israel bertindak menceroboh bahagian utara Beit Lahia, sebuah bandar yang terletak di utara Semenanjung Gaza. Menurut laporan pemberita PIC, empat buah jentolak tentera rejim memasuki kawasan utara bandar tersebut dan menolak tanah milik warga Palestin dengan diawasi kenderaan tentera yang diletak bersebelahan pagar sempadan yang memisahkan antara Semenanjung Gaza dengan … Read moreRejim Israel ceroboh bahagian utara Gaza.

Kanak-kanak berusia 14 tahun dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara oleh Israel

Selasa, 21-11-2017 – Mahkamah Majistret Israel pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan dengan jaminan ke atas seorang kanak-kanak Palestin atas tuduhan menyerang seorang polis Israel. Kanak-kanak itu dihantar ke penjara atas dakwaan yang beliau cuba menyerang seorang polis Israel di bandar al-Issawiya serta terlibat dalam pembalingan bom botol Molotov terhadap pihak berkuasa rejim, demikian … Read moreKanak-kanak berusia 14 tahun dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara oleh Israel

Hayya Gesa PA Angkat Sekatan Ke Atas Gaza

Rabu, 15-11-2017 – Anggota Biro Politik Hamas, Khalil al Hayya, menggesa pihak Palestinian Authority (PA) untuk mengangkat sekatan yang dikenakan ke atas Jalur Gaza. Dalam pertemuan bertajuk “Hamas and Students” yang diadakan pada hari Ahad dengan kehadiran Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya, Hayya menekankan pentingnya mencapai kerjasama politik di Gaza dan Tebing Barat. Hayya … Read moreHayya Gesa PA Angkat Sekatan Ke Atas Gaza

Pendatang Yahudi ceroboh tanah penduduk Palestin di Nablus.

Rabu, 15-11-2017 – Sekumpulan pendatang haram Yahudi bertindak menceroboh tanah milik penduduk Palestin di bandar Asira al-Qibliyeh yang terletak di bahagian selatan daerah Nablus, utara Tebing Barat. Menurut kata Ketua Majlis Penduduk perkampungan tersebut, Hafez Salleh kepada wartawan akhbar PIC, pendatang Yahudi menceroboh tanah milik warga Palestin dan dengan menggunakan jentolak mereka menolak tanah yang … Read morePendatang Yahudi ceroboh tanah penduduk Palestin di Nablus.

Polis Israel Memecah Masuk Bandar Issawiya dan Menyekat Pergerakan Rakyat

Rabu, 15-11-2017 –  Polis Israel menyerbu bandar Issawiya yang berada di timur Baitulmuqaddis lalu melepaskan gas pemedih mata di tengah-tengah bandar tersebut. Sekatan yang sangat ketat dikenakan ke atas semua pintu masuk ke bandar itu yang menyaksikan begitu ramai kehadiran polis Israel disitu. Gas pemedih mata telah dilepaskan ke arah kawasan perumahan penduduk disitu namun … Read morePolis Israel Memecah Masuk Bandar Issawiya dan Menyekat Pergerakan Rakyat