Muhjat al-Quds : Para tahanan Ramon menderita akibat tindakan kejam rejim

Rabu , 31-07-2019 – Yayasan Muhjat al-Quds untuk Syuhada dan Tahanan berkata yang tahanan Palestin di Bahagian 1 penjara Ramon baru-baru ini diserbu berulang kali di penjara mereka serta turut menerima denda kewangan. Ini dinyatakan dalam surat oleh tahanan daripada Gerakan Jihad Islam dan dibuat salinan yang diperolehi oleh Muhjat al-Quds. Menurut surat tersebut, sel-sel … Read moreMuhjat al-Quds : Para tahanan Ramon menderita akibat tindakan kejam rejim

Rejim zionis Israel halau 5 warga Palestin dari Isawiya.

Rabu , 31-07-2019 – Rejim zionis Israel mengarahkan 5 warga Palestin untuk tidak berada di bandar kelahiran mereka di al-Isawiyah, Baitulmuqaddis selama dua minggu. Menurut Wadi Hilweh Information Center, pihak rejim telah memerintahkan Ahmad Zomorrod, Ahmad al- Khadour, Wadi’ Elyan, Malek Mustafa dan Nayef Obeid supaya menjauhi al-Isawiya untuk tempoh 14 hari. Wadi Hilweh melaporkan … Read moreRejim zionis Israel halau 5 warga Palestin dari Isawiya.

Pendatang Israel Bakal Mendirikan Penempatan Baru Berhampiran Lembah Jordan

Rabu , 31-07-2019 – Penduduk Israel telah memasang beberapa karavan di tanah milik Palestin di Utara Lembah Jordan. Aktivis, Aref Daraghmeh berkata bahawa pendatang Israel baru-baru ini telah membawa beberapa rumah mudah alih ke kawasan al-Mermala di Utara Lembah Jordan. Beliau menambah bahawa Rejim Zionis kira-kira sebulan lalu telah membuka jalan baru di kawasan itu … Read morePendatang Israel Bakal Mendirikan Penempatan Baru Berhampiran Lembah Jordan

Delegasi negara Arab, Teluk akan lawat Israel.

Isnin  , 29-07-2019 – Satu delegasi wartawan dan aktivis media sosial dari negara-negara Arab dan Teluk akan ke Israel tidak berapa lama lagi atas jemputan Kementerian Luar, Israel. Delegasi yang terdiri dari kalangan pemberita dari Arab Saudi, Bahrain, United Arab Bersatu, Iraq dan Mesir akan masuki Israel melalui Jambatan Allenby bagi tujuan mengadakan beberapa siri … Read moreDelegasi negara Arab, Teluk akan lawat Israel.

Para pendatang dan rabbi menceroboh secara besar-besaran ke atas Masjid Aqsa

Selasa  , 23-07-2019 – Sejumlah besar pendatang Yahudi yang diketuai oleh para rabbi telah mencemarkan dataran Masjid Aqsa dengan perlindungan polis pada pagi Ahad. Para pendatang memasuki masjid secara berkumpulan diketuai oleh para rabbi pelampau termasuk Eliyahu Weber dan Yoel Elitzur.Pencerobohan tersebut merupakan reaksi terhadap seruan baru-baru ini yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan kuil agar berarak … Read morePara pendatang dan rabbi menceroboh secara besar-besaran ke atas Masjid Aqsa

Pejuang Palestin Tidak Akan Biarkan Deal of Century Terlaksana

Selasa  , 23-07-2019 – Wakil Ketua Biro Politik Gerakan Hamas, Saleh Arouri, menegaskan bahawa gerakan pejuang Palestin tidak akan membiarkan rancangan Amerika dalam bentuk ‘deal of century’ (kesepakatan abad ini) terlaksana, meskipun dikenakan sekatan kewangan, politik dan militan. Hal tersebut disampaikan Arouri dalam pertemuan dengan Ketua Badan Hubungan Strategik Iran, Kamal Kharazi, di Teheran, Ahad … Read morePejuang Palestin Tidak Akan Biarkan Deal of Century Terlaksana

Tentera rejim Israel dikerah musnahkan kawasan Badwi di Lembah Jordan.

Selasa  , 23-07-2019 – Tentera rejim zionis Israel bertindak melakukan kerja-kerja meroboh beberapa struktur bangunan pertanian dan memusnahkan khemah tempat tinggal penduduk Badwi di al-Hadidiya, utara Lembah Jordan. Seorang pegawai tempatan, Mu’taz Bisharat berkata, tentera rejim meroboh struktur bangunan pertanian milik penduduk tempatan, Najeh Ka’abneh dan merampas khemah kepunyaan dua keluarga di lokasi sama.Tambah Bisharat … Read moreTentera rejim Israel dikerah musnahkan kawasan Badwi di Lembah Jordan.

Rejim Zionis Menahan 102 Pekerja Palestin

Selasa  , 23-07-2019 – Rejim Zionis telah menahan 102 orang pekerja Palestin yang didakwa tidak mempunyai permit bekerja di 1948 wilayah Palestin. Sumber media Israel mengatakan bahawa Rejim Zionis menahan 102 pekerja Palestin di pusat pemeriksaan al-Dahiriya, selatan al-Khalil, sewaktu mereka cuba memasuki wilayah Palestin untuk bekerja tanpa mempunyai lesen. Rakyat Palestin di Tebing Barat … Read moreRejim Zionis Menahan 102 Pekerja Palestin

Haneya gesa Lubnan batal sekatan ke atas rakyat Palestin.

Isnin  , 22-07-2019 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneya menyatakan rasa kesal dan kecewa beliau terhadap langkah terbaharu yang diambil pihak Kementerian Buruh Lubanan ke atas pekerja dan ahli perniagaan Palestin serta meminta agar peraturan itu dibatalkan. Berikutan itu, Haneya telah menghantar surat kepada Presiden Lubanan, Michel Aoun dan Perdana Menteri, Saad Eddin al-Hariri … Read moreHaneya gesa Lubnan batal sekatan ke atas rakyat Palestin.

Pemuda Palestin Dilanggar Pendatang Israel di Al Quds

Isnin  , 22-07-2019 – Seorang pemuda Palestin di al-Quds tercedera dan patah tulang pada hari Rabu (17/7/2019) setelah dilanggar oleh seorang pendatang Israel di al-Quds yang diduduki penjajah Israel. Sumber setempat melaporkan bahawa pemuda yang menjadi mangsa langgar lari tersebut bernama Adnan Samer Mujahid berusia 19, dari Kota Tua al-Quds.Sumber itu menyatakan bahawa mangsa ketika … Read morePemuda Palestin Dilanggar Pendatang Israel di Al Quds

Hammad: Perjuangan Hamas hanya untuk menentang penjajahan.

Khamis  , 18-07-2019 – Anggota biro politik Hamas, Fathi Hammad berkata bahawa pertubuhan Hamas hanya berjuang bagi menentang penjajahan Israel yang menjajah tanah milik penduduk Palestin dan mencemar tempat suci, sebagai “satu dasar yang sangat jelas.” “Kedudukan tersebut kerap dinyatakan pihak Hamas menerusi tindakan politik dan disahkan melalui dokumen-dokumen politik, ” demikian kata beliau. Beliau … Read moreHammad: Perjuangan Hamas hanya untuk menentang penjajahan.

Ingin kembangkan hubungan dengan Hamas, Moscow tolak ‘deal of century’

Khamis  , 18-07-2019 – Wakil Menteri Luar Negeri Rusia, Mikhail Bogdanov menyatakan hasrat negaranya untuk mengembangkan hubungan dengan Hamas. Beliau menegaskan pendirian Moscow berkaitan rancangan Amerika yang dirumuskan dalam ‘deal of century’. Ketidakhadiran Rusia dalam pertemuan Manama (Bahrain) selari dengan sikap ini. Hal tersebut disampaikan Bogdanov dalam pertemuan dengan delegasi Hamas yang dipimpin oleh Mussa … Read moreIngin kembangkan hubungan dengan Hamas, Moscow tolak ‘deal of century’

Lynk: Tidaktelus galak Israel luaskan petempatan haram Yahudi

Rabu , 17-07-2019 – Pegawai Pelapor Khas PBB mengenai situasi di Palestin, Michael Lynk menyuarakan kebimbangannya berhubung ketidaktelusan dalam hak asasi kemanusiaan menyebabkan rejim zionis Israel melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin dan seterusnya memberi amaran bahawa keadaan itu telah menggalakkan lagi perluasan wilayah secara haram. Amaran itu dinyatakannya di Amman, Jordan semasa beliau mengadakan lawatan … Read moreLynk: Tidaktelus galak Israel luaskan petempatan haram Yahudi

Kanak-Kanak Palestin Parah Ditembak Tentera Israel

Rabu , 17-07-2019 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera parah di kepala akibat tembakan peluru tajam oleh tentera Zionis ketika meleraikan perarakan di Kfar Qudum, sebelah timur Qalqilia. Sumber tempatan menyebutkan kanak-kanak tersebut bernama, Abdurahman Yaser Syitawi (10 tahun) tercedera di bahagian kepala ketika menyertai perarakan di Kfar Qudum. Beliau segera dibawa ke hospital kerajaan di … Read moreKanak-Kanak Palestin Parah Ditembak Tentera Israel

Sekumpulan Warga Israel Membanjiri Masjid al-Aqsa

Rabu , 17-07-2019 – Puluhan rakyat Israel telah mencemari Masjid al-Aqsa dan mereka berada di bawah kawalan keselamatan yang ketat. Sementara itu, polis Israel mengadakan banyak sekatan jalan sementara di jalan menuju ke Masjid al-Aqsa dan mengetatkan sekatan ke atas rakyat Palestin yang ingin memasuki tempat suci tersebut. Jurucakap Islamic Awqaf, Feras al-Dibs berkata 71 rakyat, … Read moreSekumpulan Warga Israel Membanjiri Masjid al-Aqsa