Mladenove: Situasi di Gaza masih sangat genting

Jumaat, 30-08-2019 – Penyelaras Khas PBB untuk Proses Keamanan Timur Tengah, Nickolay Mladenov berkata pada Selasa yang meskipun sejak dua bulan lepas suasana agak tenang, situasi di Gaza masih lagi sangat genting di mana kejadian keganasan terus berlaku. Bercakap di Mesyuarat Majlis Keselamatan tentang Timur Tengah, Mladenove memberi amaran kepada Israel agar menggunakan tindakan bersenjata … Read moreMladenove: Situasi di Gaza masih sangat genting

Rejim Zionis Serbu Pekan-pekan di Ramallah, Cetuskan Pertempuran

Jumaat, 30-08-2019 – Rejim Zionis telah menyerbu pekan-pekan Beitunia dan Ein ‘Arik yang teletak di sebelah barat bandar Ramallah, Tebing Barat, Rabu lalu. Sumber tempatan melaporkan bahawa sebilangan kenderaan tentera Israel yang membawa askar bersenjata telah memasuki Beitunia dan bertembung dengan penduduk Palestin. Sumber yang sama juga melaporkan bahawa Rejim Zionis telah menyerang orang awam … Read moreRejim Zionis Serbu Pekan-pekan di Ramallah, Cetuskan Pertempuran

Puluhan pendatang, polis mencemarkan Masjid Aqsa

Khamis, 29-08-2019 – Puluhan pendatang Yahudi pada pagi Isnin mencemarkan dataran Masjid Aqsa dengan kawalan polis rejim. Menurut Pihak Berkuasa Waqaf di Baitulmuqaddis, polis rejim menutup Pintu Masjid Maghariba pada pukul 11 pagi setelah sekurang-kurangnya 56 pendatang melawat kota suci itu.Saksi mata turut melaporkan menyaksikan sebahagian para pendatang mengerjakan ibadat Talmud ketika lawatan mereka ke … Read morePuluhan pendatang, polis mencemarkan Masjid Aqsa

Krahenbuhl: Gaza dinafikan hak paling asasi

Khamis, 29-08-2019 – Pesuruhjaya Jeneral UNRWA Pierre Krahenbuhl berkata bahawa dunia tidak merasai realiti penderitaan, kesakitan dan kekecewaan yang dialami penduduk Semenanjung Gaza. Menurut kenyataan media yang dibuat di Bandar Gaza, baru-baru ini, beliau menimbulkan fakta yang rakyat Palestin di wilayah Gaza telah dinafikan hak paling asasi. Beliau berkata lagi, dia telah mengadakan pertemuan penting … Read moreKrahenbuhl: Gaza dinafikan hak paling asasi

Delegasi Hamas Tiba di Kaherah

Khamis, 29-08-2019 – Satu delegasi dari Gerakan Islam, Hamas, yang diketuai oleh ahli biro politik Rawhi Mushtaha tiba di Kaherah pada petang Isnin untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Mesir. Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa bahawa mereka akan menghadiri pertemuan mengenai usaha yang dilakukan untuk menamatkan penderitaan rakyat Palestin … Read moreDelegasi Hamas Tiba di Kaherah

Netanyahu perluas kawasan penempatan Dolev sebagai tindak balas serangan Jumaat lepas

Khamis, 29-08-2019 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah berjanji akan menggandakan jumlah kawasan penempatan haram di Dolev di kawasan terjajah Tebing Barat, sebagai tindak balas terhadap serangan bom Jumaat lepas yang telah mengorbankan seorang penduduk dan mencederakan dua yang lain. Menurut sumber media Israel, Isnin lalu Netanyahu telah mengarahkan pengarah pejabat beliau untuk menyediakan … Read moreNetanyahu perluas kawasan penempatan Dolev sebagai tindak balas serangan Jumaat lepas

Israel sekat perjalanan 18 warga Palestin lalui pintu sempadan Karama.

Rabu, 28-08-2019 – Rejim zionis Israel menyekat 18 warga Palestin, asal Tebing Barat dari meneruskan perjalanan mereka untuk keluar negara di pintu sempadan al-Karama. Pihak Pentadbiran Am bagi Urusan Sempadan dan Pintu Sempadan Palestin berkata bahawa 11,644 pengguna menggunakan pintu sempadan al-Karama, satu-satunya laluan keluar masuk yang menghubungkan Tebing Barat dengan dunia luar melalui Jordan. … Read moreIsrael sekat perjalanan 18 warga Palestin lalui pintu sempadan Karama.

Israel serang pusat PFLP – GC di Lubnan

Rabu, 28-08-2019 – Laporan terkini pada Isnin menyatakan yang pesawat perang Israel membom kawasan milik Barisan Pembebasan Palestin (PFLP – GC) di bandar Qousaya, timur Lubnan. Rentetan daripada serangan Israel itu, PFLP – GC menyatakan yang ia tidak mencapai sasaran, namun laporan media lain mendakwa yang terdapat kemalangan jiwa. PFLP – GC, yang diketuai oleh … Read moreIsrael serang pusat PFLP – GC di Lubnan

Hamas: Bangsa Kami Mampu Tundukkan Zionis Untuk Sepakati Gencatan Senjata

Rabu, 28-08-2019 – Gerakan Pejuang Islam Hamas, pada Isnin (26/8) menyatakan bahawa rakyat Palestin mampu menundukkan Israel agar bersetuju dengan gencatan senjata dan melarang pengurangan bahan bakar untuk menjana elektrik ke Gaza. Dalam pernyataan akhbarnya, juru cakap Hamas, Abdul Latif al-Qanoua mengatakan, pengurangan bahan bakar yang diperuntukkan bagi menjana elektrik Gaza adalah tindakan sewenang-wenangnya dan … Read moreHamas: Bangsa Kami Mampu Tundukkan Zionis Untuk Sepakati Gencatan Senjata

Israel Kurangkan Bekalan Bahan Api Ke Gaza

Rabu, 28-08-2019 –  Isnin lalu Israel telah mengumumkan rancangan untuk mengurangkan bekalan bahan api ke satu-satunya stesen jana kuasa Gaza. Laman rasmi Facebook Penyelaras Aktiviti Kerajaan Israel mengumumkan bahawa jumlah bahan api yang akan dibenarkan masuk ke Semenanjung Gaza akan dikurangkan sehingga separuh, sebagai tindak balas atas serangan roket dari kawasan berkenaan. Beliau mengesahkan bahawa … Read moreIsrael Kurangkan Bekalan Bahan Api Ke Gaza

Jordan Kesal Tindakan Polis Israel Haram Terhadap Pekerja Wakaf Jerusalam

Rabu, 28-08-2019 – Jordan pada hari Isnin dengan tegas mengutuk pihak berkuasa haram Israel untuk memanggil Mohamed al-Khatib, ketua umum Waqf Islam Jerusalam, sebagai sebahagian daripada tindakan sewenang-wenangnya terhadap pekerja Awqaf Islam di bandar suci tersebut. Satu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Awqaf dan Hal Ehwal Islam selepas satu perbualan telefon antara menteri Abdul-Naser … Read moreJordan Kesal Tindakan Polis Israel Haram Terhadap Pekerja Wakaf Jerusalam

Iran Nafi Pos Mereka di Syria di Serang Israel

Selasa, 27-08-2019 – Seorang pegawai kanan di Teheran telah menafikan dakwaan Israel bahawa sasaran Iran terkena serangan udara Israel di Syria pada hari Ahad, menegaskan bahawa pendudukan negara tidak mempunyai keberanian untuk melakukan serangan sedemikian. Mohsen Rezaee, pimpinan kanan ketenteraan dan politik, percaya bahawa Israel dan Amerika Syarikat tidak mempunyai keberanian untuk menyerang tapak Iran, … Read moreIran Nafi Pos Mereka di Syria di Serang Israel

Rejim Israel tahan 10 warga Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Selasa, 27-08-2019 – Rejim zionis Israel telah menahan 10 orang warga Palestin dari Tebing Barat dan Baitulmuqaddis, pagi Ahad kelmarin. Menurut saksi tempatan, tentera rejim menahan seorang kanak-kanak bernama Muataz Ta’amura selepas menyerbu rumahnya di kawasan Wadi Shahin, bandar Bethlehem. Dua lagi dikenali sebagai Ismail A’mar dan Mahmoud Shahada yang ditahan di rumah mangsa di … Read moreRejim Israel tahan 10 warga Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Pesawat Israel Bom Lokasi Pejuang Palestin di Gaza Utara

Selasa, 27-08-2019 – Pesawat tempur Israel mengebom sejumlah lokasi milik pejuang Palestin di Gaza Utara, Isnin pagi (26/8). Menurut sumber tempatan, helikopter tempur Israel mengebom sebuah lokasi milik pejuang Palestin di perkampungan Umm Nasher, Gaza Utara menggunakan empat buah roket, namun belum ada maklumat berkenaan mangsa korban akibat serangan tersebut. Sehari sebelumnya, radio Israel mengeluarkan … Read morePesawat Israel Bom Lokasi Pejuang Palestin di Gaza Utara

Rejim Zionis menangkap remaja Palestin kerana didakwa membawa pisau

Selasa, 27-08-2019 – Regim Zionis Israel (IOF) pada pagi Ahad mendakwa ia kecewa percubaan seorang remaja Palestin untuk melakukan serangan tikaman berhampiran Ramallah di Tebing Barat. IOF berkata ia mencari seorang remaja Palestin berusia 14 tahun di jalan antara penempatan Tebing Barat dan Kochav Ya’akov dan mendapati sebuah pisau bersamanya. Menurut laman web Ibrani 0404, … Read moreRejim Zionis menangkap remaja Palestin kerana didakwa membawa pisau