Emadi dan Mladenov bertemu di Baitulmuqaddis.

Khamis, 31-10-2019 – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Qatar bagi Pembangunan Semula Gaza, Mohamed al-Emadi telah mengadakan pertemuan dengan Nickolay Mladenov, Kordinator Khas PBB bagi Proses Perdamaian Timur Tengah di ibu pejabat pertubuhan dunia itu yang terletak di Baitulmuqaddis. Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan  pihak jawatankuasa itu, Emadi menyorot usaha Qatar dalam mengurangkan penderitaan penduduk Gaza … Read moreEmadi dan Mladenov bertemu di Baitulmuqaddis.

Para pendatang menyerang pekebun zaitun di Qalqilya

Khamis, 31-10-2019 – Sekumpulan pendatang Yahudi bersenjata pada petang Isnin menyerang pekebun-pekebun zaitun di Kafr Qaddum, timur bandar Qalqilya di Tebing Barat dan mengusir mereka. Sumber tempatan memberitahu wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC), para pendatang itu bekerja yang sebagai pengawal keselamatan di penempatan haram Kedumim menyerang para pekebun Palestin itu ketika mereka mengumpulkan buah zaitun … Read morePara pendatang menyerang pekebun zaitun di Qalqilya

Israel paksa warga Palestin musnahkan kediaman di Baitul Maqdis.

Khamis, 31-10-2019 – Selasa lalu pihak berkuasa tempatan Israel di Baitulmaqdis telah mengarahkan rakyat Palestin Luay Obeid untuk meruntuhkan rumahnya sendiri di perkampungan al-Isawiya, timur laut Baitulmaqdis. Bapa kepada Obeid mengatakan bahawa pekerja-pekerja majlis perbandaran Israel menyerbu kampung tersebut pada awal pagi dan memerintahkan beliau untuk meruntuhkan rumahnya. Jika beliau tidak mematuhi arahan berkenaan, pihak … Read moreIsrael paksa warga Palestin musnahkan kediaman di Baitul Maqdis.

Jet Israel Tembak Drone Gaza yang Terbang Mendekati Sempadan

Khamis, 31-10-2019 – Militan penjajah Israel pada Selasa (29/10/2019) malam mengumumkan bahawa jet tempurnya telah menembak jatuh sebuah pesawat tak juruterbang (drone) yang terbang rendah berhampiran pagar keselamatan yang memisahkan Semenanjung Gaza dengan wilayah Palestin yang diduduki penjajah Israel sejak tahun 1948. Saluran televisyen Israel “chanel 12″ menyiarkan berita berkaitan sebuah drone kelihatan terbang rendah … Read moreJet Israel Tembak Drone Gaza yang Terbang Mendekati Sempadan

Tentera Israel serbu Isawiya, paksa peniaga tutup kedai.

Rabu, 30-10-2019 – Tentera rejim Israel menyerbu bandar al-Isawiya, Baitulmuqadis pada waktu petang dan memaksa peniaga warga Palestin menutup kedai mereka. Kata penduduk tempatan, pihak rejim menghantar  ramai anggota tentera untuk mengeledah bandar itu, memaksa pemilik menutup kedai mereka dan memeriksa pejalan kaki. Sebelum itu, tentera rejim telah menangkap 9 pemuda Palestin tempatan di rumah … Read moreTentera Israel serbu Isawiya, paksa peniaga tutup kedai.

Israel akan musnahkan lima struktur kediaman di Yatta

Rabu, 30-10-2019 – Tentera rejim Israel pada petang Ahad mengarahkan pengosongan lima kediaman warga Palestin di bandar Yatta, selatan al-Khalil, sebagai persediaan untuk dimusnahkan. Aktivis Rateb al-Jabour berkata, tentera rejim menyerbu Yatta dan mengarahkan warga Palestin Shehada Salama, anak-anak lelakinya bersama keluarga masing-masing agar mengosongkan rumah mereka. Al-Jabour mengesahkan yang keputusan itu tidak berasas dan … Read moreIsrael akan musnahkan lima struktur kediaman di Yatta

Tentera Israel menembak dan menahan belia Palestin di Baitul Maqdis

Rabu, 30-10-2019 – Isnin lalu seorang belia Palestin cedera selepas ditembak oleh rejim Zionis di Kota Lama Baitulmaqdis kerana kononnya cuba menyerang dengan cara menikam. Saksi mendakwa bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke atas seorang belia Palestin di Kota Lama tersebut, menyebabkan beliau cedera di lengan, sebelum mereka menahannya. Sumber media Israel pula mendakwa bahawa … Read moreTentera Israel menembak dan menahan belia Palestin di Baitul Maqdis

Penduduk Palestin Ditangkap Serbuan di Tebing Barat

Rabu, 30-10-2019 – Tentera Zionis (IOF) pada awal hari Isnin menangkap beberapa rakyat Palestin semasa kempen berskala besar di Tebing Barat. Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa IOF menangkap 13 belia Palestin di berbagai kawasan di al-Khalil. Tiga rakyat Palestin telah diperintahkan untuk hadir di hadapan Perkhidmatan Perisikan Israel untuk soal siasat. Para saksi menyatakan bahawa IOF … Read morePenduduk Palestin Ditangkap Serbuan di Tebing Barat

Haneya: Pihaknya Tetap Pilih Pilihan Raya Yang Komprehensif

Rabu, 30-10-2019 – Ketua biro politik gerakan pejuang Islam Hamas, Ismael Haneya menegaskan bahawa pihaknya tetap berpegang teguh pada pilihan raya menyeluruh mencakupi pemilihan Presiden, Parlimen dan Dewan Nasional. Pernyataan ini dinyatakan oleh Haneya dalam persidangan bersama Hanna Nasser, Ketua Jawatankuasa Pemilihan Umum Pusat yang  mengunjungi Gaza dan di hadapan para pemimpin faksi-faksi Palestin yang … Read moreHaneya: Pihaknya Tetap Pilih Pilihan Raya Yang Komprehensif

Puluhan Warga Israel Membanjiri Masjid al-Aqsa

Rabu, 30-10-2019 – Puluhan Yahudi telah mencemari Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis sambil dikawan ketak oleh pengawal keselamatan. Jabatan Awam Islam Baitulmuqaddis berkata bahawa 62 rakyat Israel berkeliaran di halaman Masjid al-Aqsa pada waktu awal pagisambil diberikan penerangan mengenai Gunung Kuil. Mereka terus melakukan aktiviti keagamaan Talmud di daerah timur Masjid, sementara sekatan yang ketat dikenakan … Read morePuluhan Warga Israel Membanjiri Masjid al-Aqsa

Tahanan bermogok lapar dipindah ke hospital

Selasa, 29-10-2019 – Rejim Zionis  Israel pada hari Khamis lalu telah memindahkan tahanan Jordan Heba al-Labadi ke hospital berikutan keadaan kesihatannya yang makin merosot, setelah hampir sebulan beliau melancarkan mogok lapar tanpa penghujung sebagai bantahan terhadap penahanan pentadbiran beliau, kata Kementerian Luar Negera Jordan. Jurucakap kementerian, Sufyan Qudah berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa Heba … Read moreTahanan bermogok lapar dipindah ke hospital

Tentera rejim Israel halang keluarga dari Tebing Barat lawat saudara di penjara Negev.

Jumaat, 25-10-2019 – Tentera rejim Israel bertindak menghalang ahli keluarga Qassam dan Adham Jabbarin, tahanan adik beradik yang berasal kem pelarian Jenin dari  melawat saudara mereka di penjara Negev. Keluarga itu menyatakan bahawa tentera rejim yang bertugas di pos pemerikasaan al-Jalama menyekat  mereka dari meneruskan perjalanan ke penjara Negev untuk melawat saudaranya walau pun mereka … Read moreTentera rejim Israel halang keluarga dari Tebing Barat lawat saudara di penjara Negev.

Musim Memetik Zaitun, 3 Serangan Sehari daripada Pendatang Yahudi Terhadap Petani

Jumaat, 25-10-2019 – Sekumpulan penduduk pendatang Yahudi pada Rabu (23/10/2019) menyerang para petani yang memetik zaitun di kota Ya’bad, Tening Barat, sebelah barat Jenin. Ini merupakan serangan ketiga yang dilakukan para pemukim pendatang Yahudi terhadap petani zaitun dalam tempoh sehari. Menurut sumber tempatan, pendatang Yahudi menyerang warga dari keluarga Atatra ketika mereka memetik zaitun di … Read moreMusim Memetik Zaitun, 3 Serangan Sehari daripada Pendatang Yahudi Terhadap Petani

6 orang tahanan tanpa bicara mogok lapar di penjara Israel

Jumaat, 25-10-2019 – Enam tahanan, termasuk seorang wanita muda, menjalankan mogok lapar sebagai bantahan terhadap penahanan mereka tanpa bicara. Mereka adalah Ahmad Ghannam, Ahmad Ali, Tareq Qa’dan, Mus’ab al-Hindi, Ahmad Zahran, dan Heba al-Labadi; masing-masing telah mogok lapar selama 102, 92, 84, 30, 26 dan 30 hari. Pejabat Media Tahanan memberi amaran tentang keadaan kesihatan … Read more6 orang tahanan tanpa bicara mogok lapar di penjara Israel

Rejim Zionis tahan anak beranak Palestin di Baitul Maqdis

Jumaat, 25-10-2019 – Rabu lalu Rejim Zionis telah menahan seorang warga Palestin dan anaknya di perkampungan al-Isawiya di Baitulmaqdis. Aktivis Mohammed Abu al-Hummus berkata pihak Rejim Zionis telah menyerbu al-Isawiya, menceroboh masuk rumah warga Palestin Nayef Mustafa, dan telah menahan beliau dan anak beliau yang menjerit dan menangis semasa serangan tersebut. Sejak kebelakangan ini, aktiviti … Read moreRejim Zionis tahan anak beranak Palestin di Baitul Maqdis