Hamas berkabung kematian Sami Abu Diak di penjara Israel

Jumaat, 29-11-2019 – Gerakan Hamas, pada Selasa berkabung kematian tahanan Palestin Sami Abu Diak, 36, di penjara Israel kerana kanser dan pengabaian rawatan perubatan. Dalam satu kenyataan rasmi, Hamas menyatakan rejim Israel bertanggungjawab atas kematian Diak yang disebabkan oleh keadaan teruk,  dan tidak mendapat rawatan. Hamas berkata polisi pengabaian rawatan ke atas para tahanan yang … Read moreHamas berkabung kematian Sami Abu Diak di penjara Israel

Rejim Zionis Menculik Tiga Orang Warga Palestin di Tebing Barat

Jumaat, 29-11-2019 – Rejim Zionis (IOF) telah menculik tiga rakyat Palestin dari rumah mereka di kawasan yang berbeza di Tebing Barat. Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa IOF menahan Mohammed Atawaneh dan Qasem Atawneh dari rumah mereka di pekan Beit Kahel,barat laut kota al-Khalil. Bapa kepada seorang tahanan Palestin di penjara Israel telah ditangkap semasa kempen yang … Read moreRejim Zionis Menculik Tiga Orang Warga Palestin di Tebing Barat

Seruan Solidariti Untuk Tahanan Palestin Jumaat Ini

Jumaat, 29-11-2019 – Kesatuan Pemuda Intifada Palestin mengajak seluruh penduduk bangsa Palestin untuk turun dalam aksi kemarahan dan revolusi pada Jumaat esok sebagai bentuk solidariti terhadap para tahanan di dalam penjara  Israel. Ia juga sebagai bantahan terhadap kependudukan yang masih berlaku di wilayah jajahan. Dalam sebuah pernyataan akhbar, kesatuan ini mengatakan, “Kami mengundang anda pada … Read moreSeruan Solidariti Untuk Tahanan Palestin Jumaat Ini

Mahkamah Israel sokong dakwaan Israel menentang Syeikh Salah

Khamis, 28-11-2019 – Mahkamah Majistret Israel di Haifa pada hari Ahad lalu mensabitkan Sheikh Ra’ed Salah atas kesalahan menghasut dan menyokong Gerakan Islam cawangan utara yang telah diharamkan. Keputusan mahkamah belum lagi dikeluarkan terhadap Sheikh Salah berikutan sabitan tersebut. Sheikh Salah, pejuang ternama Masjid Aqsa, dikelilingi oleh penyokong-penyokongnya ketika tiba di mahkamah pada hari Ahad, … Read moreMahkamah Israel sokong dakwaan Israel menentang Syeikh Salah

Pemuda Palestin cedera ditembak tentera Israel di Al-Khalil.

Khamis, 28-11-2019 – Tentera rejim zionis Israel menembak cedera seorang pemuda Palestin di bandar Beit Umar, utara Kota Al-Khalil. Kata aktivis, Mohammed Awad, anggota tentera rejim yang ditempatkan berdekatan petempatan haram Karmei Tzur telah melepaskan tembakkan ke arah pemuda itu menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Abdullah Abu Maria, 21 tahun cedera di bahagian punggung. Jelas … Read morePemuda Palestin cedera ditembak tentera Israel di Al-Khalil.

Unesco akan menyokong tinggalan kebudayaan di bandar lama Baitul Maqdis.

Isnin, 25-11-2019 – Jawatankuasa Kebudayaan Unesco semasa persidangan yang ke-40 yang dihadiri menteri kebudayaan di seluruh dunia telah bersepakat akan melindungi warisan dunia di Baitulmaqdis. Negara anggota Unesco dan penderma antarabangsa telah berkata, mereka akan memberi sokongan yang lebih di masa akan datang untuk aktiviti yang bertujuan untuk melindungi tinggalan warisan di bandar lama di … Read moreUnesco akan menyokong tinggalan kebudayaan di bandar lama Baitul Maqdis.

Mahathir berkata, pendirian AS terhadap penempatan Israel tidak masuk akal

Isnin, 25-11-2019 – Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamed berkata, pendirian baru AS tentang penempatan Israel di Palestin adalah tidak masuk akal dan akan menggalakkan negara lain untuk merampas tanah orang lain. Mengulas kenyataan terbaru setiausaha AS Mike Pompeo, yang mengumumkan pentadbiran presiden AS Donald Trump tidak beranggapan yang penempatan Israel di Tebing Barat sebagai haram, … Read moreMahathir berkata, pendirian AS terhadap penempatan Israel tidak masuk akal

Tentera Israel serang nelayan Gaza

Isnin, 25-11-2019 – Tentera Zionis pada pagi Khamis lalu telah melepaskan tembakan mesingan ke arah nelayan Palestin dan bot mereka di utara perairan Gaza. Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa kapal-kapal perang Israel telah melepaskan tembakan ke arah bot-bot nelayan di pinggiran pantai al-Sudaniya dan al-Waha di utara Gaza. Mereka menambah bahawa bot-bot berkenaan telah mengejar beberapa … Read moreTentera Israel serang nelayan Gaza

Rejim Zionis culik 30 penduduk Palestin di Tebing Barat.

Isnin, 25-11-2019 – Pada pagi selsa yang lalu, Rejim Zionis telah menculik seramai 30 orang penduduk Palestin di Baitulmaqdis dan Tebing Barat termasuk kanank-kanak. Tentera negara haram Isral telah mengeluarkan kenyataan bahasa Rajim Zionis telah menculik 15 orang penduduk Palestin yang di label sebagai ‘yang dikehendaki’ di Tebing Barat. Sumber tempatan di Ramallah berkata, tentera … Read moreRejim Zionis culik 30 penduduk Palestin di Tebing Barat.

Abu Diyak dipindahkan ke hospital akibat daripada keadaan kesihatan yang semakin teruk

Jumaat, 22-11-2019 – Tahanan Palestin di penjara Israel Sami Abu Diyak telah dipindahkan ke hospital pada Isnin rentetan daripada tahap kesihatan yang semakin teruk, Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin menyatakan. Menurut satu kenyataannya, Abu Diyak dipindahkan ke hospital setelah mengalami pendarahan dan keadaan kesihatannya semakin teruk. Tiga hari yang lepas, Perkhidmatan Penjara … Read moreAbu Diyak dipindahkan ke hospital akibat daripada keadaan kesihatan yang semakin teruk

Amnesty International : Penempatan Israel adalah jenayah perang.

Jumaat, 22-11-2019 – Pertubuhan Amnesty International pada hari Selasa telah mengutuk pengumuman oleh Amerika Syarikat yang menyatakan bahawa AS tidak akan mengiktiraf petempatan Israel di Tebing Barat sebagai tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa. Ini dinyatakan dalam satu kenyataan oleh organisasi antarabangsa berkenaan sebagai tindak balas terhadap keputusan yang diumumkan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, … Read moreAmnesty International : Penempatan Israel adalah jenayah perang.

Israel Hancurkan Rumah Warga Beit Hanina Di al-Quds

Jumaat, 22-11-2019 – Pada Selasa (19/11/2019) petang, jentolak pemerintah penjajah Israel menghancurkan sebuah rumah warga Palestin di kampung al-Asyqariyya di Beit Hanina, di wilayah utara al-Quds yang diduduki penjajah Israel. Sepanjang perobohan rumah, pasukan  penjajah Israel menyerang keluarga Alloun dengan menolak dan memukul mereka sehingga mencederakan anak pemilik rumah Mohammed Alloun.  Pemilik rumah, Majdi Alloun, … Read moreIsrael Hancurkan Rumah Warga Beit Hanina Di al-Quds

Rejim Israel tangkap lima warga Palestin dari Baitulmuqaddis dan Tebing Barat.

Rabu, 20-11-2019 – Tentera rejim zionis Israel menangkap lima warga Palestin termasuk seorang perempuan dalam operasi yang dilakukan sejak awal pagi, hari Ahad di wilayah Baitulmuqaddis dan Tebing Barat. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan tentera rejim, pihaknya menahan empat warga Palestin yang dikehendaki mereka dalam satu operasi yang dijalankan pada waktu lewat malam. Sumber tempatan … Read moreRejim Israel tangkap lima warga Palestin dari Baitulmuqaddis dan Tebing Barat.

Mesir jadi orang tengah rundingan gencatan senjata di Gaza.

Isnin, 18-11-2019 – Satu perjanjian gencatan senjata atas tajaan kerajaan Mesir dilaporkan telah dipersetujui antara pejuang Palestin dengan rejim Israel dan ia berkuatkuasa bermula pada 5.30 pagi, hari Khamis, 14 November kelmarin. Sumber tidak rasmi mengesahkan berita tersebut tetapi saluran berita satelite al-Jazeera memetik sumber yang tidak mahu dinamakan sebagai berkata bahawa Pergerakan Jihad Islam … Read moreMesir jadi orang tengah rundingan gencatan senjata di Gaza.

Liga Arab mengutuk serangan Israel ke atas Gaza

Isnin, 18-11-2019 – Pada Rabu, Liga Arab mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza. Setiausaha Agung Liga Arab dalam kenyataan rasminya menyatakan kerajaan rejim Israel mesti bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku. Liga Arab turut menyatakan yang serangan Israel bertujuan menambahkan kemusnahan terhadap Semenanjung Gaza dan menyebabkan ia terperangkap dalam keganasan yang … Read moreLiga Arab mengutuk serangan Israel ke atas Gaza