Categories
Berita Semasa

Tentera rejim akan meluluskan 2000 kediaman pendatang

Selasa, 31-12-2019 – Akhbar Haaretz menyatakan yang pentadbiran awam tentera rejim akan meluluskan pembinaan ratusan kediaman di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Menurut akhbar itu, lebih kurang 2000 unit kediaman akan diluluskan pada masa akan datang untuk pembinaan penempatan.

Rancangan itu akan dilancarkan selari dengan kenyataan terbaru yang dibuat oleh perdana menteri Benjamin Netanyahu tentang niatnya untuk meluluskan pembinaan 3000 unit kediaman di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lebih 200 Peneroka Haram Israel Ceroboh Masjid al-Aqsa

Selasa, 31-12-2019 – Lebih kurang 200 ekstremis peneroka haram menceroboh masuk Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis pada pagi Ahad di bawah kawalan polis yang ketat.

Quds Press melaporkan bahawa polis Zionis Israel membenarkan berpuluh-puluh peneroka Yahudi mencerobo Masjid al-Aqsa melalui pintu al-Maghareba mengikut kumpulan jam 7.30 pagi.

Ia berkata bahawa peneroka haram melakukan lawatan provokatif dan ritual Talmud di halaman al-Aqsa sebelum mereka meninggalkan masjid melalui pintu al-Silsila.

Sejak tahun 2003, peneroka haram Israel telah dibenarkan menceroboh ke masjid al-Aqsa, dikawal oleh penguasa Zionis angkatan bersenjata, setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel tangkap warga Palestin di rumah dalam serbuan waktu subuh.

Selasa, 31-12-2019 – Rejim zionis Israel menjalankan operasi geledah meluas ketika waktu subuh di rumah dan menahan sejumlah warga Palestin di beberapa kawasan berbeza di Tebing Barat dan Baitulmuqqadis.

Menurut sumber tempatan dari Baitulmuqqadis, anggota polis rejim menyerbu daerah Issawiya di kota suci dan menangkap 12 penduduk Palestin termasuk tiga beradik di rumah mereka.

Di al-Khalil pula, pihak rejim mengeledah dan menahan seorang warga di rumahnya di bandar Beit Awwa serta membuat sekatan di jalan masuk ke kem pelarian al-Fawwar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

520 Kilang DiTutup, 2019 Keadaan Ekonomi Paling Buruk Di Gaza

Selasa, 31-12-2019 – Lebih dari 520 pelbagai jenis kilang ditutup operasi sehingga akhir tahun ini,lanjutan keadaan ekonomi yang meruncing di Gaza. Ia disebabkan perang dan sekatan serta tiada sokongan dan rancangan pemerintah, seperti dinyatakan oleh Persatuan Pengilang Palestin.

pihak Persatuan menegaskan, tahun 2019 merupakan yang terburuk di sektor perekonomian dibanding tahun sebelumnya, jumlah kilang yang ditutup sehingga akhir tahun ini mencapai lebih 520 buah, di samping kilang yang dipindahkan lokasinya ke luar negeri, sama ada di Mesir mahupun Jordan. Ia menambah jumlah pengangguran dan masalah sosial dan kemanusiaan di Gaza.

Sektor tekstile berada pada kedudukan terbesar, sebanyak 35 ribu pekerja mencari rezeki di sektor ini. Ketika ini hanya tinggal sekitar 3 hingga 4 ribu pekerja sahaja. Seterusnya kilang kayu yang menampung 30 ribu pekerja dan kini yang tinggal hanya 3 ribu orang pekerja sahaja. Keadaan ekonomi yang buruk di Gaza disebabkan oleh tiga kali perang, sekatan dan larangan eksport serta tidak adanya bahan asas serta rumitnya proses di pintu masuk sempadan. 

Penjajah Israel turut menghancurkan infrastruktur ekonomi di Gaza ketika serangan militan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis (IOF) Melepaskan Tembakan ke arah Pemuda Palestin Berhampiran Bethlehem

Selasa, 31-12-2019 – IOF telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pemuda Palestin di bandar Tuqu, tenggara Bandar Bethlehem, namun tiada kematian dilaporkan.

Datuk Bandar Tuqu’, Tayseer Abu Mefreh mengatakan bahawa sekumpulan tentera IOF yang ditempatkan di kawasan Sahl al-Baq’a di Tuqu’ secara tiba-tiba dan tanpa alasan yang jelas
melepaskan tembakan ke arah sekumpulan belia Palestin.

Abu Mefreh berkata bahawa para pemuda tersebut segera meninggalkan tempat itu dan tiada siapa yang cedera dalam serangan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik kanak-kanak Palestin di Al Khalil

Selasa, 31-12-2019 – Rejim Zionis (IOF) pada Ahad lalu telah menahan seorang kanak-kanak Palestin di kem pelarian al-Arroub di utara bandar al-Khalil di selatan Tebing Barat.

Sumber tempatan mengatakan bahawa IOF telah menculik Isa al-Titi, 14, di pintu masuk kem pelarian al-Arroub.

Pihak berkuasa rejim Zionis buat masa ini sedang menahan 200 kanak-kanak bawah umur Palestin di tiga penjara utama: Ofer, Megiddo dan Damon.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Emadi: Kami akan terus menyokong Gaza pada 2020

Isnin, 30-12-2019 – Wakil Qatar, Mohamed al-Emadi telah mengesahkan yang bantuan kewangan untuk keluarga miskin dan bekalan tenaga di Semenanjung Gaza akan berterusan hingga tahun 2020.

Dalam kenyataan akhbar pada Rabu, Emadi berkata Qatar sedang mengkaji permintaan Palestin untuk melanjutkan geran Qatar untuk Gaza.

“Semuanya akan diteruskan pada suku tahun pertama 2020 dan ada kemungkinan ia akan dilanjutkan insya Allah,” kata beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati


Categories
Berita Semasa

Rejim Israel hadkan kawasan menangkap ikan di perairan Gaza.

Isnin, 30-12-2019 – Tentera laut rejim Israel mengumumkan untuk mengecilkan lagi kawasan penangkapan ikan di sepanjang pantai Semenanjung Gaza yang terkepung itu.

Menurut persatuan nelayan di situ, pihak tentera rejim memberitahu pejabat penyelaras Palestin bahawa zon kawasan menangkap ikan dari arah utara Gaza akan diperluaskan sehingga enam batu nautika dan dari arah pelabuhan Gaza hingga ke sempadan selatan Rafah akan dilebarkan kepada 10 batu nautika.

Tentera rejim, baru-baru ini telah meluaskan zon penangkapan ikan yang baru di perairan Gaza kepada 10 batu nautika sebagai sebahagian dari usaha persefahaman mengatasi permasalahan di Gaza antara pejuang Palestin dan pihak rejim.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin


Categories
Berita Semasa

Israel Kembali Lancarkan Serangan Ke Gaza Dalam Tempoh 24 Jam

Isnin, 30-12-2019 – Pesawat tempur Israel pada Khamis petang melancarkan serangkaian serangan udara ke Gaza, sekitar dua jam selepas maklumat adanya serangan roket dari Gaza. 

Menurut sumber tempatan, pesawat tempur Israel melancarkan serangan ke sebuah kawasan latihan milik Brigade Al-Qassam di Bet Lahiya, seterusnya menyusul serangan di kawasan Ain Jalut di Khanyunis Barat, menggunakan 4 buah roket pejuang.

Serangan lainnya mensasarkan ladang pertanian berdekatan lapangan terbang Gaza yang musnah di Rafah timur.

Wartawan Informasi Palestina melaporkan, sejumlah pesawat tempur Israel terbang di beberapa ruang udara Gaza.

Dua jam sebelum serangan, militan Israel mendakwa adanya serangan roket dari Gaza menuju wilayah jajahan Israel.

Jurucakap militan Israel dalam keterangannya mendakwa bahawa pasukan Israel mencatat adanya serangan roket dari Gaza menuju penempatan zionis di sekitar Gaza.

Disebutkan bahawa semboyan peringatan bahaya diaktifkan hanya di kawasan terbuka saja.

Pada Khamis pagi, pesawat tempur Israel melancarkan serangan ke kawasan pejuang di Gaza utara menggunakan 5 buah roket.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

12 warga Palestin diculik rejim Zionis di Tebing Barat dan Baitul Maqdis.

Isnin, 30-12-2019 – Rejim Zionis (IOF) pada subuh hari Khamis lalu telah menculik 12 penduduk Palestin semasa operasi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Sumber keselamatan Palestin mengatakan bahawa IOF menangkap tujuh warga Palestin di beberapa kawasan di sekitar Ramallah di Tebing Barat.

Mereka turut menyatakan bahawa tiga warganegara telah ditahan di wilayah Jenin dan dua lagi di Baitulmaqdis dan al-Khalil.

Salah seorang yang telah ditahan dikenal pasti sebagai Ahmed Abu Roumi, dari daerah Issawiya di timur Baitulmaqdis, dan telah dikasari secara fizikal ketika serbuan polis di rumahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas tiba di Malaysia.

Jumaat, 20-12-2019 – Delegasi pemimpin kanan Hamas tiba di Malaysia bagi menyertai Sidang Kemuncak Kuala Lumpur atas jemputan Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

Menurut satu kenyataan ringkas yang dibuat Hamas, delegasi tersebut dianggotai Musa Abu Marzuk, Khalil al-Haya, Izzat al-Rashid, Husam Badran, Sami Abu Zuhri, Osama Hamdan dan Jamal Isa.

Sidang kemuncak itu juga akan turut dihadiri Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan Presiden Iran Hassan Rouhani serta beberapa delegasi dari negara Islam lainnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Qatar Berjanji Terus Berikan Bantuan Kepada Gaza Sehingga Mac 2020

Jumaat, 20-12-2019 – Duta Besar Qatar Mohammed Emadi, pada hari Rabu (18/12/2019), mengumumkan bahawa pihaknya akan meneruskan program bantuan hibah Qatar ke Semenanjung Gaza hingga Mac 2020. Bantuan itu diantaranya adalah untuk keluarga-keluarga miskin di Semenanjung Gaza. Ini termasuk bantuan yang diberikan untuk bahan bakar elektrik. 

Emadi mengatakan, “Qatar sedang mengkaji secara positif permintaan saudara-saudara di Semenanjung Gaza untuk meneruskan hibah Qatar.” Seterusnya beliau menyatakan, “Akan tetapi hibah itu masih ada sehingga bulan Mac tahun hadapan.”

Beliau menambah, “Kami bersama anda semua (warga Gaza). Hibah, elektrik dan bantuan bulanan terus berterusan dalam hal ini.

Emadi mengungkapkan bahawa Qatar sedang mempertimbangkan untuk mempersiapkan kumpulan perubatan untuk datang melakukan operasi ke Gaza setiap bulan. Beliau berharap projek ini terus maju dan dapat beroperasi dengan baik. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serang Al-Khalil , serbu kediaman Palestin.

Jumaat, 20-12-2019 – Rejim Zionis (IOF) pada petang Rabu lalu telah menyerang kawasan Qaizoun, di timur bandar al-Khalil di selatan Tebing Barat.

Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa IOF menyerbu kawasan tersebut dan memecah masuk kediaman yang dimiliki oleh warga Palestin Jouda al-Ja’bari, serta menggeladah dan menimbulkan kekacauan ke atasnya.

IOF sering melakukan operasi ketenteraan secara sewenang-wenang di Tebing Barat, termasuk menahan rakyat Palestin, menggeledah rumah kediaman dan merampas harta benda.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

HCHR Merayu Tindakan Memecah Masuk Masjid Aqsa Segera Dihentikan

Jumaat, 20-12-2019 – Pusat Hemaya untuk Hak Asasi Manusia (HCHR) memohon agar tindakan segera diambil untuk menghentikan serangan berulang kali oleh Israel dan
memecah masuk ke tempat-tempat ibadat, terutamanya Masjid al-Aqsa.

HCHR mengeluarkan kenyataan mengutuk pemecah masuk puak Israel ke Masjid al-Aqsa dan mengatakan bahawa ketiadaan
tindakan serius oleh pihak antarabangsa akan membawa kepada lebih banyak pelanggaran dan serangan.

HCHR menegaskan bahawa pecah masuk hampir setiap hari yang dilakukan oleh pihak ekstremis ke Masjid al-Aqsa adalah selaras dengan
rancangan kerajaan Israel untuk mengenakan kekuasaan penuh ke atas Masjid al-Aqsa dan tempat suci lain di Baitulmaqdis. Semua ini
bertujuan untuk menghalau rakyat Palestin secara beransur-ansur keluar dari Baitulmaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Selepas suami, isteri pula di tahan.

Khamis, 19-12-2019 – Rejim Zionis pada hari Rabu yang lalu telah menahan seorang wanita Palestin selepas beliau dipanggil untuk disoal siasat di kampung Beit Duqqu, barat laut Baitulmaqdis.

Penduduk tempatan telah melaporkan Zakia Ali Husein, 30 telah ditahan selepas disoal siasat oleh Rejim Zionis.

Mereka berkata, suami Zakia telah diculik oleh Rejim Zionis beberapa hari yang lalu. Berdasarkan keterangan saksi, askar Rejim Zionis didalam jumlah yang ramai telah menyerbu kampung Beit Duqqu dan telah menyerang beberapa rumah penduduk Palestin dan menyebabkan kekacauan dikalangan mereka dan telah menahan Zakia untuk disoal siasat. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi