Categories
Berita Semasa

Mishaal: Kami sedang bertempur untuk kebangkitan Jerusalem

Jumaat,30-04-2021 – Ketua biro politik asing Hamas, Khaled Mishaal telah mengatakan bahawa rakyat Palestin sedang berperang menentang usaha Israel untuk menguasai Jerusalem dan memecah belahkan Masjidil Aqsa.

“Kami sedang melakukan pertempuran ideology ke atas kota suci ini,” kata Mishaal dalam kenyataannya pada Ahad.

Dia mengatakan bahawa pihak berkuasa Israel, sekali lagi melakukan kesalahan dalam menilai keadaan seperti yang terjadi pada tahun 2017 ketika Isarael menyerang pintu keselamatan di Kota Tua Jerusalem.

“ Mereka (Yahudi) terkejut apabila melihat orang-orang Jerusalem yang mulai bangkit untuk menggagalkan rancangan pembudayaan Yahudi di Yerusalem” tambah pemimpin Hamas itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Polis Israel serbu Bab al-Amud, dan menyerang pemuda Baitulmuqaddis

Jumaat,30-04-2021 – Sejumlah polis rejim Israel pada malam Ahad menyerbu kawasan Bab al-Amud di kota Baitulmuqaddis dan menyuraikan serta menyerang warga Palestin yang berkumpul di situ.

Menurut sumber tempatan, polis rejim menahan seorang pemuda, menyerang dan merampas bendera Palestin di Bab al-Amud.

Beberapa pemuda cedera di Bab al-Amud apabila polis rejim mula mengejar mereka yang berarak di kawasan itu dan mengalihkan sekatan polis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Tiada Keamanan Jika Israel Meneruskan Keganasan di Baitulmaqdis

Jumaat,30-04-2021 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya telah memberi peringatan bahawa tidak akan ada keamanan jika negara pendudukan Israel meneruskan tindakan ganasnya di Baitulmaqdis Yang Diduduki, sambil menegaskan bahawa pemberontakan Palestin akan berlanjutan.

Dalam sebuah pertemuan maya, Haneyya mengatakan bahawa pihak penentang Palestin di Gaza tidak akan membiarkan Baitulmaqdis bersendirian menghadapi pencerobohan Israel dan akan sentiasa bersedia melindungi rakyatnya.

Beliau memuji para pemuda Baitulmaqdis kerana telah memaksa peneroka dan pasukan polis Yahudi untuk meninggalkan dataran dan kawasan pejalan kaki Bab al-Amud dan mempertahankan identiti kota suci Islam itu.

Pemimpin Hamas tersebut menyatakan kepercayaannya bahawa tindakan peneroka baru-baru ini di Baitulmaqdis, terutama di Bab al-Amud, adalah sebahagian daripada usaha untuk mengambil alih Masjid Al-Aqsa dan mengyahudikan kota suci tersebut.

“Apa yang telah terjadi di Baitulmaqdis dan jalanannya adalah sebahagian dari polisi [Israel] untuk merobohkan rumah-rumah kediaman dan rancangan untuk membahagi ruang dan masa Masjid Al-Aqsa dan mencegah orang-orang kami untuk sampai ke sana,” kata Haneyya.

Beliau menjelaskan bahawa Baitulmaqdis bukan milik rakyat Palestin sahaja tetapi untuk seluruh negara Arab dan Muslim, sambil menggambarkan kota suci itu sebagai “titik pusat konflik” dengan penjajahan Israel.

Dia menggesa negara-negara Arab dan Muslim untuk bersedia menyokong dan bersatu dengan rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mempertahankan Baitulmaqdis dan tanah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Serangan polis Israel, menahan dua orang Palestin di Kota Lama Jerusalem

Jumaat,30-04-2021 – Polis penjajah Israel pada petang Ahad memperhebatkan kehadiran mereka di Kota Lama Yerusalem dan menangkap dua warga Yerusalem setelah menyerang mereka.

Menurut sumber tempatan, pasukan polis menyerang secara fizikal dan menahan Ali Jaber dari kejiranan as-Sa’diya di Kota Tua dan menyeretnya ke tanah setelah dia tersedak dan pengsan.

Saksi mata mengatakan bahawa pakaian Jaber terkoyak ketika pegawai polis menyeretnya ke pusat penahanan di Yerusalem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Turki Seru Israel Kawal Serangan Peneroka Yahudi

Jumaat,30-04-2021 – Kementerian Luar Negeri Turki pada hari Isnin meminta pemerintah Israel untuk mengambil langkah-langkah melindungi orang awam Palestin dari serangan para peneroka.

Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan media mengulas perlakuan provokatif peneroka di Timur Jerusalem, “Tindakan provokatif yang dilakukan oleh kumpulan rasis yang tinggal di penempatan haram di wilayah Palestin, di hadapan Bab al-Amud di Kota Lama Jerusalem adalah berbahaya dan membimbangkan.”

Ia juga menambah terdapat kebimbangan mengenai sejumlah besar warga Palestin yang cedera semasa pertempuran dan penangkapan beberapa dari mereka oleh polis Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Media Israel: Hamas Mampu Tingkatkan Kemampuan Roketnya

Jumaat,30-04-2021 – Surat khabar Israel Yediot Ahronot menyebutkan, perkembangan terbaru telah membuktikan adanya peningkatan canggih roket yang dilepaskan dari Gaza.

Menurut surat khabar tersebut, sekitar 22% roket yang dilancar dari Gaza mengarah ke kawasan berpenduduk, maksudnya Hamas terus mengembangkan kemampuannya.

Data yang dikeluarkan surat khabar Israel menjelaskan, selama beberapa tahun gencatan senjata, Hamas mengembangkan kemampuannya di wilayah selatan, 9 roket dari 40 yang dilepaskan dalam beberapa hari terakhir mengarah ke kawasan berpenduduk Zionis di sekitar Gaza, 7 di antaranya berjaya, dan 2 buah lainnya meledak berdekatan bangunan dan menyebabkan kerosakan.Dengan perbandingan mudah, jika seribu roket ditembak dalam pertempuran akan datang, maka sekitar 200 roket akan mengarah ke kawasan berpenduduk, jika kubah besi hanya mampu menangkis 85-95%, maka puluhan roket akan jatuh di kawasan padat penduduk.

Disebutkan bahwa Hamas terus berusaha selama 2 tahun kebelakangan ini untuk melampaui kubah besi, dengan menembak banyak roket dalam waktu pendek, sebahagian serangan serta menyebabkan kematian di Asdod. Menurut data Israel, Hamas cukup berjaya walaupan serangannya tidak menyebabkan korban di pihak Israel.

Dalam konteks lain, penembakan roket dari Gaza ke penempatan Zionis meningkatkan kemampuan strategi Hamas mengelelola pertempuran, dan di setiap pertempuran kecil mampu mempelajari perkembangan kubah besi dan kemampuannya.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tangkapan, pertempuran di Jerusalem dan Tebing Barat

Jumaat,30-04-2021 – Rejim Zionis pada malam Ahad dan awal pagi Isnin telah menahan beberapa penduduk Palestin, termasuk dua orang pemudi, di beberapa kawasan di Tebing Barat dan Jerusalem.

Di Jerusalem, satu perarakan telah dilancarkan di bandar Beit Haniba, membantah serangan berterusan oleh penceroboh ke atas penduduk Jerusalem di Bab al-Amud.

Pertempuran tercetus dan polis Israel telah menembak bom gas dan bunyi ke arah pendemonstrasi. Unit khas tentera penceroboh dikenali sebagai ‘Mistaravim’ telah menculik empat orang pemuda.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Zon Tangkap Ikan Gaza Ditutup Rejim Zionis

Jumaat,30-04-2021 – Nelayan Palestin dihalang memasuki zon tangkap ikan Gaza berikutan tindakan tentera Rejim Zionis menutup kawasan tersebut pada Isnin, selepas Palestin melancarkan serangan roket bertubi-tubi ke arah penempatan Israel semalam.

Kumpulan penentang Palestin di Gaza memberitahu, ia adalah sebagai tindak balas terhadap tindakan kejam Rejim Zionis ke atas penduduk Palestin dan Masjid Al-Aqsa di Jerusalem.

Melalui maklumat daripada pihak berkuasa Gaza, penyelaras sindiket nelayan, Zakaria Baker berkata, tentera Rejim Zionis memutuskan untuk menutup zon berkenaan sepenuhnya sehingga diberitahu kelak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Israel mula meluaskan penempatan Maskiyot di Lembah Jordan

Selasa,27-04-2021 – Syarikat pembinaan Israel telah memulakan peluasan penempatan haram Maskiyot di utara Lembah Jordan.

Menurut Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penjajahan pada Isnin, syarikat-syarikat itu mula membina 23 unit kediaman di penempatan Maskiyot.

Kerajaan rejim, pada 24 Oktober 2020, meluluskan permohonan yang difailkan oleh Dewan penempatan di Tebing Barat bagi membina unit-unit tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Robohkan 13 Kediaman di Qabalan, Rampas Karavan di Susiya

Selasa,27-04-2021 – Selasa lalu rejim Zionis telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan serta untuk merobohkan 13 rumah kediaman di bandar Qabalan, selatan Nablus.

Ghassan Daghlas, seorang pegawai yang memantau kegiatan penempatan di Tebing Barat utara, menyatakan bahawa rejim Zionis telah menyerbu kota itu dan menyampaikan notis arahan menghentikan kerja-kerja pembinaan dan untuk merobohkan 13 rumah kediaman yang terletak di sebelah utara bandar.

Tentera Zionis mendakwa bahawa bangunan-bangunan ini terletak di dalam kawasan yang diklasifikasikan (C) dan adalah tidak berlesen, menurut Daghlas.

Beliau menambah bahawa beberapa rumah kediaman tersebut sudah berpenghuni manakala beberapa yang lain berada di peringkat akhir pembinaan.

Dalam perkembangan yang berasingan, Jihad Al-Nawajah, ketua Majlis Kampung Susiya, mengesahkan bahawa rejim Zionis telah merampas dua karavan di daerah Wadi Al-Rakhim di kampung berkenaan, di sebelah timur Yatta di al-Khalil.

Nawajah menyatakan bahawa salah satu karavan tersebut digunakan sebagai tempat tinggal sementara yang sebuah lagi digunakan sebagai tempat simpanan makanan haiwan ternakan. Kedua-duanya dirampas dengan alasan bahawa mereka berada di kawasan (C).

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

IOA memaksa orang Yerusalem untuk merobohkan rumah di Jabel Mukaber

Selasa,27-04-2021 – Regim Zionis Israel (IOA) pada hari Selasa memaksa seorang warga Yerusalem untuk merobohkan kediamannya sendiri dengan alasan pembinaan tidak berlesen.

Menurut sumber tempatan, perbandaran Israel memaksa Amjad Ja’abees, dari kejiranan Jabel al-Mukaber di timur Yerusalem, untuk merobohkan rumah yang belum selesai miliknya.

Ja’abees diberi masa lima hari untuk merobohkan rumah itu untuk mengelakkan membayar denda dan perbelanjaan pembongkaran kepada perbandaran sekiranya anak buahnya datang dan melakukan tindakan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

IOA bina rumah baharu penceroboh di Baitul Laham

Selasa,27-04-2021 – Pihak Berkuasa Pendudukan Israel (IOA) mula membina satu penempatan baharu penceroboh di atas tanah yang bersambung di wilayah Baitul Laham di Tebing Barat.

Menurut media Yahudi, satu penempatan baharu penceroboh Yahudi sedang dibina di atas penempatan Evi di timur blok penempatan Gush Etzion. Fasa pertama projek tersebut adalah termasuk 61 unit rumah untuk penceroboh dan baki 35 lagi akan menyusul dalam fasa kedua.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Peneroka Pecah Masuk Tapak Arkeologi di Sebastia

Selasa,27-04-2021 – Puluhan peneroka Yahudi menyerbu tapak arkeologi di bandar Sebastia, barat laut Nablus pada pagi hari Rabu.

Muhammad Azem, datuk bandar Sebastia, mengatakan bahawa peneroka memecah masuk ke kawasan itu, di tengah-tengah kawalan ketenteraan yang ketat oleh Rejim Zionis. Kawasan dan jalan yang menghubungkannya telah ditutup kepada warga Palestin.

Azem menjelaskan bahawa Rejim Zionis telah dikerah sejak awal pagi untuk berada di jalan-jalan di kawasan bandar dan di bumbung-bumbung rumah warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Cubaan Beli Hartanah Di Jerusalem, UAE Diberi Amaran

Selasa,27-04-2021 – Pakar hal ehwal Jerusalem, Mazen Al-Ja’bari memberi amaran atas tindakan UAE cuba membeli hartanah Palestin di Jerusalem melalui orang ketiga.

Jelas beliau, sejak beberapa bulan lalu, segelintir individu terbabit berhasrat membeli gudang jualan sekitar Kota Lama Jerusalem demi kelangsungan hidup berikutan sekatan pergerakan akibat Coronavirus yang menjejaskan ekonomi.

Memetik jaringan berita Al-Qastal, Ja’bari turut menegaskan bahawa cubaan pembelian hartanah secara haram ini diikuti rapat sebelum disahkan oleh beberapa jawatankuasa lapangan Kota Lama Jerusalem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi meratakan tanah di utara Lembah Jordan

Selasa,27-04-2021 – Pada Isnin, peneroka Yahudi telah melakukan kerja-kerja meratakan tanah di Khirbet al-Hemma di bahagian utara Lembah Jordan.

Menurut sumber tempatan, para peneroka Yahudi ini telah membawa jentolak ke dusun dan mulai merobohkan tanah serta kawasan mereka sejak awal pagi lagi.

Penduduk setempat turut menyatakan bahawa alasan peneroka Yahudi meranapkan tanah mereka adalah bertujuan untuk membuka penempatan tambahan di kawasan tersebut.

Pada tahun 2016, peneroka haram ini telah mula mendirikan sebuah pos di al-Hemma dan semenjak itu peneroka Yahudi ini sering menggangu dan merampas tanah, kawasan pertanian serta penternakan rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti