Unit khas Zionis Bunuh Pemuda Palestin di Bandar Bireh

Khamis,27-05-2021 – Satu unit khas tentera Zionis pada waktu subuh Selasa membunuh seorang pemuda Palestin di Bandar al-Bireh berhampiran Ramallah di Tebing Barat yang dijajah. Menurut sumber tempatan, tentera berpakaian biasa menyusup masuk kejiranan Umm ash-Sharayet di Kota al-Bireh dan melepaskan tembakan ke arah pemuda itu, membunuhnya segera. Saksi mata mengenal pasti pemuda itu sebagai … Read moreUnit khas Zionis Bunuh Pemuda Palestin di Bandar Bireh

Kanak-kanak Palestin cedera ditembak Pendatang Yahudi di Tebing Barat.

Khamis,27-05-2021 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera terkena peluru selepas pendatang haram Yahudi melepaskan tembakan  ke arah mangsa. Kejadian pada petang Isnin itu berlaku di perkampungan Janiya, barat Ramallah Menurut saksi yang melihat kejadian, seorang pendatang Yahudi dari petempatan haram Dolev, berdekatan kampung itu menembak sebutir peluru ke arah mangsa yang dikenali sebagai Nadeem Madlum, 15 … Read moreKanak-kanak Palestin cedera ditembak Pendatang Yahudi di Tebing Barat.

Tentera Berpakaian Preman Menculik Anak-Beranak Warga Palestin di Tebing Barat

Khamis,27-05-2021 – Tentera Israel berpakaian preman pada petang Isnin lalu telah menculik seorang warga Palestin dan anaknya dari tempat kerja mereka di kampung Barta’ah berhampiran pagar pemisah di barat daya Jenin. Menurut saksi, tentera yang menyamar telah menculik Khaled al-Saadi dan anaknya Nimr ketika mereka sedang bekerja di pasar sayur di Barta’ah. Anggota unit penyamar … Read moreTentera Berpakaian Preman Menculik Anak-Beranak Warga Palestin di Tebing Barat

Al-Qassam : Penentang Kami Sentiasa Berjaga-jaga Untuk Pertahan Jerusalem dan Al-Aqsa

Khamis,27-05-2021 – Seorang komander kanan Briged al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, menegaskan bahawaperjuangan Palestin dapat mengukuhkan “penyamaan terhadap tembakan untuk tembakan,kemusnahan untuk kemusnahan dan darah untuk darah”. Ketika berucap pada upacara peringatan untuk para syuhada yang diadakan oleh Hamas diGaza pada hari Isnin, komander al-Qassam mengatakan bahawa perjuangan Palestin dankekuatan roketnya sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga untuk … Read moreAl-Qassam : Penentang Kami Sentiasa Berjaga-jaga Untuk Pertahan Jerusalem dan Al-Aqsa

Tahanan Palestin di klinik Ramla tidak dirawat sebaiknya

Khamis,27-05-2021 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin telah mendakwa bahawa perkhidmatan penjara Israel mengabaikan keadaan kesihatan tahanan Palestin di penjara, terutamanya di klinik penjara Ramla. “Perkhidmatan penjara dengan sengaja mengabaikan keadaan kesihatan dan enggan memberikan mereka ubat dan rawatan yang mereka perlukan. Mereka cuma diberi ubat penahan sakit dan penenang,” demikian menurut … Read moreTahanan Palestin di klinik Ramla tidak dirawat sebaiknya

Penceroboh serang rumah warga Palestin, cabut pokok di al-Khalil

Khamis,27-05-2021 – Berpuluh penceroboh pada hari Selasa menyerang rumah penduduk di Wadi al-Husayn dan al-Rayyah di al-Khalil dan mencabut 35 batang pokok zaitun dan tanaman musim panas. Sumber tempatan melaporkan bahawa sekumpulan penceroboh Yahudi menyerang rumah keluarga Esaifan di kawasan Wadi al-Husayn dan rumah keluarga Muhammad Abu al-Halawa di perkampungan al-Rayyah berdekatan perkampungan Hajai di … Read morePenceroboh serang rumah warga Palestin, cabut pokok di al-Khalil

Tempoh penahanan Sheikh Khatib dilanjutkan untuk kali ke-3

Khamis,27-05-2021 – Mahkamah Israel di Haifa melanjutkan tempoh penahanan Sheikh Kamal al-Khatib untuk kali ke-3 berurut-turut pada Isnin. Turut ditahan wakil ketua cabang utara Gerakan Islam di Israel, atas tuduhan menghasut dan berafiliasi dengan kumpulan yang dilarang. Keputusan mahkamah dikeluarkan sebagai maklum balas atas permintaan pendakwa Israel untuk memanjangkan tempoh penahanan Sheikh Khatib selama lima … Read moreTempoh penahanan Sheikh Khatib dilanjutkan untuk kali ke-3

Peneroka haram memecah masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa

Rabu,26-05-2021 – Sekumpulan peneroka haram Yahudi menyerbu masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa dibawah perlindungan polis Rejim Zionis Israel.  Salah seorang pengawal Masjid mengesahkan segerombolan peneroka haram memecah masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa melalui pintu Magharabi. Pengawal memberitahu pihak media Arabi21 yang peneroka haram menyerbu masuk pada hari Ahad dan Isnin di bawah perlindungan polis rejim zionis … Read morePeneroka haram memecah masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa

Tentera rejim cederakan kanak-kanak perempuan, tahan enam penduduk Tebing Barat.

Rabu,26-05-2021 – Tentera rejim Israel bertindak ganas mencederakan seorang kanak-kanak perempuan Palestin di perkampungan Tebing Barat dan menahan enam penduduk al-Khalil dan Tubas pada petang Ahad, kelmarin. Menurut saksi, sejumlah besar anggota tentera rejim menyerbu perkampungan Tuwani yang terletak di selatan al-Khalil, memeriksa dalam rumah  dan mengasari sebilangan ahli keluarga mangsa. Salah seorang dari ahli … Read moreTentera rejim cederakan kanak-kanak perempuan, tahan enam penduduk Tebing Barat.

Puluhan ribu sertai perarakan pro Palestin terbesar dalam sejarah Britain

Rabu,26-05-2021 – Sambil memegang bendera dan poster Palestin dalam hujan, puluhan ribu berarak di jalanan London untuk membantah serangan Israel ke atas Gaza dan Palestin. Berkumpul di tambak London, para peserta protes berarak melewati bangunan parlimen and Jalan Oxford sambil melaungkan “Free Palestine” dan menuntut agar penjajahan Israel ke atas Palestin ditamatkan.  Sebahagian pembantah membuat … Read morePuluhan ribu sertai perarakan pro Palestin terbesar dalam sejarah Britain

Berpuluh-puluh Rakyat Palestin Ditahan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis

Rabu,26-05-2021 – Rejim Zionis telah melancarkan kempen penangkapan di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan lain-lain kawasan di sekitar “Tanah 1948” pada hari Ahad malam dan subuh Isnin lalu. Di Baitulmaqdis Yang Diduduki, polis Israel melancarkan kempen penangkapan di pelbagai tempat berbeza di kota suci berkenaan dan telah menahan 18 orang awam. Pegawai perisik rejim Zionis telah … Read moreBerpuluh-puluh Rakyat Palestin Ditahan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis

Warga Palestin Ditembak Mati Selepas Cederakan Dua Tentera di Jerusalem

Rabu,26-05-2021 – Seorang pemuda Palestin ditembak mati pada hari Isnin petang setelah mencederakan duaorang tentera Israel di kawasan Bukit Perancis di timur laut Jerusalem. Menurut media Hebrew, seorang daripada tentera itu mengalami kecederaan parah dalam kejadian tikaman, manakala pemuda itu dibunuh serta merta oleh pegawai polis yang berada berdekatan. Kejadian itu berlaku di stesen keretapi … Read moreWarga Palestin Ditembak Mati Selepas Cederakan Dua Tentera di Jerusalem

Tahanan Palestin di Hospital Ramla terdedah kepada pengabaian perubatan

Rabu,26-05-2021 – Urusan Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin mendakwa pegawai penjara Israel telah mengabaikan pemberian perubatan kepada pesakit Palestin di penjara, terutama yang berada di rumah sakit penjara Ramla. “Pihak penjara secara sengaja mengabaikan keadaan kesihatan mereka yang tenat dan tidak memberikan ubat serta rawatan yang mereka perlukan. Mereka hanya diberi ubat penenang dan … Read moreTahanan Palestin di Hospital Ramla terdedah kepada pengabaian perubatan

Polis Israel usir lapan wanita Baitulmuqaddis dari al-Aqsa

Rabu,26-05-2021 – Polis penceroboh Israel pada hari Ahad mengeluarkan satu arahan melarang beberapa wanita Baitulmuqaddis daripada memasuki masjid al-Aqsa, di kemuncak gangguan ke atas pengunjung Muslim di tapak suci itu. Menurut sumber tempatan, polis Israel mengusir lapan wanita Baitulmuqaddis dari masjid al-Aqsa selama seminggu dan mengarahkan mereka untuk kembali semula pada minggu hadapan untuk menerima … Read morePolis Israel usir lapan wanita Baitulmuqaddis dari al-Aqsa

Peneroka haram bakar tanaman, gua di selatan al-Khalil

Selasa,25-05-2021 – Sekumpulan peneroka haram pada hari sabtu membakar lebih 15 dunum ( 1 dunum bersamaan 11 ribu kaki persegi) yang ditanam dengan tanaman musim sejuk dan juga sebuah gua di Yatta sementara yang lain menyerang warga Palestin di timur al-Khalil. Fuad Al-Amour, penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Pertahanan di Masafer Yatta, berkata peneroka dari penempatan Khafat … Read morePeneroka haram bakar tanaman, gua di selatan al-Khalil