Resheq memuji perisikan Turki menggagalkan rangkaian Mossad

Khamis, 28-10-2021 – Ahli biro politik Hamas Ezzat al-Resheq memuji agensi perisikan Turki atas kejayaan menggagalkan rangkaian pengintip Mossad dan menangkap ahlinya di negara itu. “Keganasan Israel dijangka bila-bila masa dan di mana-mana, dan jenayahnya tidak mengira negara,” Resheq memberitahu Akhbar Quds pada Isnin. Beliau mengesahkan bahawa pejuang Palestin dan tokoh kebangsaan sentiasa disasarkan oleh … Read moreResheq memuji perisikan Turki menggagalkan rangkaian Mossad

PBB: Penempatan Israel “haram” dan “penghalang kepada keamanan”

Khamis, 28-10-2021 – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyuarakan “kebimbangan yang mendalam” terhadap pengumuman Israel mengenai rancangan untuk memperluaskan penempatan di Tebing Barat yang diduduki secara haram, dengan menekankan bahawa “semua penempatan adalah haram.” Dalam satu kenyataan pada Ahad, utusan PBB untuk proses damai Timur Tengah Tor Wennesland melahirkan kebimbangan terhadap hasrat Israel untuk membina … Read morePBB: Penempatan Israel “haram” dan “penghalang kepada keamanan”

Haneyya hubungi Menteri Luar Negeri Malaysia

Khamis, 28-10-2021 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya pada hari Isnin telah menelefon menteri luar negeri Malaysia, Saifuddin Abdullah dan menekankan mengenai hubungan dua hala kedua-dua negara dan kesungguhan Hamas untuk membangunkan hubungan tersebut. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, Haneyya memuji pendirian Malaysia yang menyokong hak-hak Palestin dan penolakannya ke atas normalisasi hubungan … Read moreHaneyya hubungi Menteri Luar Negeri Malaysia

Lebih 140 Peneroka Haram Cemari Masjid Al-Aqsa

Rabu, 27-10-2021 – Berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis telah mencemar Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang Diduduki pada pagi Isnin lalu. Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 148 peneroka memasuki Masjid secara berkumpulan melalui Pintu al-Maghariba dan bersiar-siar di halamannya di bawah perlindungan polis. Saksi melaporkan melihat beberapa peneroka haram melaksanakan upacara keagamaan semasa … Read moreLebih 140 Peneroka Haram Cemari Masjid Al-Aqsa

Puluhan NGO menggesa Amazon dan Google agar memutuskan hubungan dengan kerajaan rejim

Rabu, 27-10-2021 – Lebih 40 pertubuhan di Amerika Syarikat menggesa Amazon dan Google agar menarik balik kontrak yang ditandatangani beberapa bulan lalu dengan tentera rejim. Pertubuhan-pertubuhan itu menyatakan mereka melancarkan kempen “Tiada Teknologi untuk Apartheid”, sebagai memberi tindak balas kepada surat terbuka daripada 500 orang pekerja Amazon dan Google yang baru-baru ini disiarkan dalam The … Read morePuluhan NGO menggesa Amazon dan Google agar memutuskan hubungan dengan kerajaan rejim

Haniyah Termasuk Dalam Senarai 50 Pemimpin Islam Berpengaruh Di Dunia

Rabu, 27-10-2021 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah, terpilih dalam senarai 50 tokoh Islam (Kelompok Pemimpin Dan Politik) berpengaruh di dunia tahun 2021. Haniyah menduduki tempat 20 dalam senarai 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia, yang dikeluarkan oleh Pusat Kajian dan Penyelidikan Kerajaan (MABDA) yang berpusat di ibukota Jordan, Amman. Puluhan pemimin Islam dan … Read moreHaniyah Termasuk Dalam Senarai 50 Pemimpin Islam Berpengaruh Di Dunia

Berpuluh-puluh cedera ketika IOF memadamkan perarakan di al-Khalil City

Rabu, 27-10-2021 – Berpuluh-puluh rakyat Palestin mengalami kecederaan pada hari Ahad apabila Tentera Regim Zionis Israel (IOF) menyerang perarakan yang diadakan di al-Khalil City sebagai solidariti dengan tahanan pentadbiran yang melakukan mogok lapar. Beberapa perarakan dan aksi duduk telah dianjurkan di Bandar al-Khalil petang semalam untuk menyatakan solidariti dengan tujuh orang yang melakukan mogok lapar … Read moreBerpuluh-puluh cedera ketika IOF memadamkan perarakan di al-Khalil City

Rakyat Palestin di UK perbaharui dedikasi untuk pulang

Rabu, 27-10-2021 – Rakyat Palestin di UK memperbaharui dedikasi mereka mendapatkan hak untuk pulang, sokongan kepada rakyat Palestin dan ketaatan kepada tanah air, pemeliharaan identiti kebangsaan dan perakuan hak rakyat Palestin ke atas tanah air dan kesuciannya. Ini dilafazkan semasa perhimpunan sosial pada hari Ahad di ibu negara Britain, London, di mana beratus rakyat Palestin … Read moreRakyat Palestin di UK perbaharui dedikasi untuk pulang

10 warga Palestin diculik oleh rejim Zionis Israel di Tebing Barat.

Selasa, 26-10-2021 – Rejim Zionis Israel pada waktu dinihari Khamis telah menculik sekurang-kurangnya 10 warga Palestin dan diikuti dengan beberapa serbuan beberapa rumah di kawasan yang berbeza di Tebing Barat. Menurut sumber tempatan di Bethelem, rejim Zionis Israel telah menculik enam warga Palestin dalam serbuan rumah di bandar Beit Fajjar, al-Khader dan al-Dawha. Mangsa penculikan … Read more10 warga Palestin diculik oleh rejim Zionis Israel di Tebing Barat.

Rejim Israel merancang untuk menambahkan jumlah pendatang di Lembah Jordan

Selasa, 26-10-2021 – Akhbar Israel Hayom mendedahkan rancangan israel untuk menggandakan jumlah pendatang di Lembah Jordan, timur Tebing Barat. Menurut akhbar itu, rejim Israel ingin menggandakan jumlah keluarga pendatang kepada sekitar 3,000 dalam tempoh empat tahun dan akan memperuntukkan 90 juta shekels ($28 juta) bagi tujuan itu. “Kementerian Pembinaan dan Perumahan sedang merangka resolusi bagi … Read moreRejim Israel merancang untuk menambahkan jumlah pendatang di Lembah Jordan

Projek paip Israel-Mesir ?

Selasa, 26-10-2021 – Pejabat berita Reuters melaporkan bahawa penjajah Israel sedang dalam perundingan dengan pihak Mesir mengenai projek paip gas darat yang baharu. Menurut laporan tersebut, seperti disiarkan surat khabar Maariv, paip baharu tersebut akan menghubungkan Israel dan Mesir melalui Sinai Utara dan akan siap dalam tempoh 24 bulan. Menurut sumber industri yang mengetahui detailnya; … Read moreProjek paip Israel-Mesir ?

Turki menangkap 15 anggota perisik Mossad

Selasa, 26-10-2021 – Seramai 15 orang anggota pengintip Mossad telah ditangkap oleh Pertubuhan Perisikan Nasional Turki (MIT) pada Khamis. Pendedahan ini telah dinyatakan dalam Sabah, akhbar harian Turki. Laporan berkenaan turut  memaklumkan bahawa suspek berkenaan telah dibahagikan kepada 5 sel yang menempatkan seramai 3 orang bagi setiap sel. Kesemua mereka ditangkap dalam satu operasi rahsia … Read moreTurki menangkap 15 anggota perisik Mossad

Pendatang Yahudi menyerang kawasan purba Sebastia di bawah pengawasan tentera

Selasa, 26-10-2021 – Puluhan pendatang Yahudi pada pagi Rabu menyerbu kota Sebastia, utara Nablus di Tebing Barat, dengan dalih mengunjungi dan melakukan ritual di lokasi arkeologi. Datuk Bandar Sebastia, Mohamed Azem mengatakan bahawa sejumlah pendatang menyerbu, di bawah perlindungan ketenteraan, kawasan kuno bandar itu. Azem menambah bahawa IOF menutup kawasan dan melarang penduduk tempatan menggunakan … Read morePendatang Yahudi menyerang kawasan purba Sebastia di bawah pengawasan tentera

Perjanjian pertukaran seterusnya bakal membebaskan lebih ramai tahanan

Selasa, 26-10-2021 – Wakil pemimpin Hamas, Mousa Abu Marzouk menegaskan bahawa kumpulannya sedang berusaha untuk mencapai kesepakatan pertukaran “terhormat” yang akan membebaskan sebilangan besar tahanan Palestin. Itu adalah kenyataan Abu Marzouk di dalam wawancara bersama saluran TV al-Mayadeen yang berpusat di Lebanon pada petang Rabu. Pegawai kanan Hamas menyatakan harapan bahawa akan ada hasil yang … Read morePerjanjian pertukaran seterusnya bakal membebaskan lebih ramai tahanan

Penceroboh Yahudi musnahkan beratus pokok di kebun di Tebing Barat

Selasa, 26-10-2021 – Penceroboh Yahudi pada pagi hari Khamis menyebabkan kekacauan di kebun zaitun di utara bandar Ramallah di Tebing Barat yang diduduki. Menurut sumber tempatan, pekebun tempatan dilaporkan melihat kemusnahan besar-besaran di kebun mereka di bandar al-Mazra’a al-Gharbiya, utara Ramallah. Lebih 300 pokok zaitun dicabut dan dimusnahkan oleh penceroboh di kebun tersebut, kata mereka. … Read morePenceroboh Yahudi musnahkan beratus pokok di kebun di Tebing Barat