Rejim Zionis Serang Kawasan Pertanian, Nelayan di Gaza

Selasa, 30-11-2021 – Dalam dua insiden berasingan, Rejim Zionis pada pagi Ahad telah melepaskan tembakan ke arah kawasan tanah dan bot nelayan yang diusahakan di timur dan barat Semenanjung Gaza yang dikepung. Menurut sumber setempat, rejim itu melepaskan tembakan mesingan di kawasan pertanian di timur bandar al-Fakhari di timur Khan Yunis, selatan Gaza. Tiada kecederaan … Read moreRejim Zionis Serang Kawasan Pertanian, Nelayan di Gaza

Haneyya: Kebebasan tahanan kami sebagai pertukaran empat tentera Israel.

Selasa, 30-11-2021 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya telah menegaskan sekali lagi bahawa empat orang askar Israel yang ditawan di Semenanjung Gaza tidak akan melihat hari siang tanpa tahanan Palestin menikmati apa yang disebutnya “matahari kebebasan.” Haneyya membuat kenyataannya pada hari Sabtu semasa berucap dalam talian di forum Arab untuk menyokong tahanan di penjara … Read moreHaneyya: Kebebasan tahanan kami sebagai pertukaran empat tentera Israel.

Rejim Zionis Culik Warga Palestin Ketika Serangan Waktu Subuh di Tebing Barat

Isnin, 29-11-2021 – Rejim Zionis pada awal pagi Rabu lalu telah menculik sejumlah warga Palestin, termasuk seorang wanita, semasa kempen serangan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menculik seorang ibu berusia 50 tahun bernama Nabila Abul-Sabri dan anaknya Bilal dari rumah mereka di kem pelarian al-Jalazon di utara Ramallah. Rejim Zionis … Read moreRejim Zionis Culik Warga Palestin Ketika Serangan Waktu Subuh di Tebing Barat

Malaysia enggan benarkan pasukan squash Israel masuk

Isnin, 29-11-2021 – Malaysia telah menolak untuk membenarkan pasukan Israel yang ingin menyertai Kejohanan Squash Dunia daripada memasuki negara itu. Oleh yang demikian, Persatuan Squash Israel menyeru Persekutuan Squash Dunia agar mewajibkan Malaysia membenarkan kemasukannya bagi menyertai kejohanan yang akan diadakan selama dua minggu di Kuala Lumpur. Namun, permintaan itu ditolak. Persatuan Squash Israel turut … Read moreMalaysia enggan benarkan pasukan squash Israel masuk

Israel Akan Umumkan Rancangan Penempatan Baharu Dalam Waktu Terdekat

Isnin, 29-11-2021 – Pemerintah penjajah Israel akan mengumumkan rancangan pembangunan kluster baharu penempatan Zionis, terdiri dari ribuan unit rumah di kota Al-Quds terjajah. Menurut penganalisa urusan Al-Quds, Fakhiri Abu Diyab, rancangan pembangunan kluster penempatan yang hendak diumumkan Israel dalam waktu dekat ini mencakupi pembangunan 3 ribu unit rumah dan membangunkan penempatan baharu di kota Al-Quds. … Read moreIsrael Akan Umumkan Rancangan Penempatan Baharu Dalam Waktu Terdekat

Dua tahanan pentadbiran teruskan mogok lapar

Isnin, 29-11-2021 – Dua orang tahanan warga Palestin meneruskan mogok lapar mereka selama berminggu-minggu lamanya sebagai bantahan ke atas penahanan pentadbiran mereka, tanpa tuduhan atau perbicaraan. Menurut Persatuan Tahanan Palestin, Hisham Abu Hawwash yang berusia 39 tahun, dari bandar Dura di al-Khalil telah melakukan mogok lapar selama seratus hari. Hawwash ditahan di rumah sakit penjara … Read moreDua tahanan pentadbiran teruskan mogok lapar

Hamas: Operasi di Baitulmuqaddis menegaskan kesungguhan penentangan oleh rakyat

Khamis, 25-11-2021 – Gerakan Hamas memuji operasi tembakan di Baitulmuqaddis dan menyatakan peristiwa itu mengesahkan rakyat Palestin tidak akan membenarkan rejim zionis terus menjajah di kota suci itu. Dalam kenyataan akhbar, jurucakap Hamas Mohamed Hamada berkata, operasi tembakan dan tikaman yang dilakukan oleh Omar Abu Asab beberapa hari lalu di Baitulmuqaddis membuktikan kesungguhan rakyat Palestin … Read moreHamas: Operasi di Baitulmuqaddis menegaskan kesungguhan penentangan oleh rakyat

Ketegangan Meningkat di Penjara Israel

Khamis, 25-11-2021 – Pasukan khas Israel menyerbu Seksyen 7 Penjara Ramon pada pagi hari Isnin, berikutanlangkah protes yang diisytiharkan oleh tahanan Palestin di beberapa bahagian penjara untukmenuntut penggunaan telefon awam di penjara. Pejabat Penerangan Banduan mengesahkan bahawa kempen pemeriksaan yang ganas danprovokatif telah dijalankan di Seksyen 7. Awal minggu lalu, banduan Palestin telah mengisytiharkan langkah … Read moreKetegangan Meningkat di Penjara Israel

Rejim Zionis serbu rumah penembak, menahan abangnya

Khamis, 25-11-2021 – Polis rejim Zionis pada tengah hari hari Ahad menyerbu kem pelarian Shafaat di Baitulmuqaddis yang diduduki dan memecah masuk rumah seorang saspek operasi tembakan yang dilaksanakan pada pagi hari Ahad di Kota Lama. Pada awal hari Ahad, seorang rakyat Palestin telah ditembak mati oleh dua orang anggota pasukan polis rejim Zionis selepas … Read moreRejim Zionis serbu rumah penembak, menahan abangnya

Pendatang menyerang warga Palestin di timur laut Ramallah

Selasa, 23-11-2021 – Sekumpulan pelampau pendatang Yahudi pada petang Rabu menyerang kenderaan warga Palestin yang melalui jalan dekat penempatan haram Beit El di timur Ramallah. Menurut sumber tempatan, para pendatang berarak dekat lampu isyarat di kemasukan Beit El dan membaling batu ke arah kereta-kereta yang lalu. Tiada yang dilaporkan cedera, tetapi beberapa kereta mengalami kerosakan … Read morePendatang menyerang warga Palestin di timur laut Ramallah

Tahanan Sami Al-Amour Syahid di Penjara Israel

Selasa, 23-11-2021 – Khamis pagi minggu lepas, Pejabat Informasi Tahanan mengumumkan kematian tahanan Sami Abed Al-Amour di penjara Israel akibat kelalaian pihak perubatan yang disegajakan oleh pihak penjajah. Dalam sebuah pernyataan akhbar, Pejabat Informasi Tahanan menyatakan bahawa tahanan yang gugur syahid, Sami al-Amour, dari Deir al-Balah, Semenanjung Gaza dijatuhi hukuman 19 tahun penjara dan telah … Read moreTahanan Sami Al-Amour Syahid di Penjara Israel

Israel Bina 400 Unit Penempatan di Baitulmaqdis Yang Diduduki

Selasa, 23-11-2021 – Sumber media Israel mendedahkan rancangan baharu untuk pembinaan 400 unit penempatan di Baitulmaqdis yang Diduduki. Syarikat Hartanah Properties telah mula mempromosikan 400 unit rumah baharu di penempatan haram Nof Zion, tambah sumber itu pada hari Rabu lepas. “Unit perumahan baharu menghadap pemandangan paling indah Baitulmaqdis, termasuk Bukit Zaitun dan Kota Lama,” menurut … Read moreIsrael Bina 400 Unit Penempatan di Baitulmaqdis Yang Diduduki

Gerakan Tawanan : Al-Amour Dikenakan Hukuman Mati

Selasa, 23-11-2021 – Gerakan Tawanan Palestin mengesahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Khamis bahawa tahanan Palestin Sami Al-Amour telah dikenakan hukuman mati. Gerakan itu juga menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tahanan itu memandangkan Al Amour menjadi mangsa kecuaian perubatan yang sistematik dan disengajakan semasa penahanannya. Al-Amour telah ditahan selama 14 jam di … Read moreGerakan Tawanan : Al-Amour Dikenakan Hukuman Mati

Zionis menyerang pelajar Palestine di Lubban ash-Sharqiya memasuki hari ketiga

Selasa, 23-11-2021 – Bemula pagi Khamis yang lalu, hari ini telah memasuki hari ketiga berturut-turut tentera Zionis menyerang pelajar Palestin ketika mereka dalam perjalanan pulang dari sekolah di kampung al-Lubban Ash Sharqiyah, selatan Nablus. Menurut wartawan Pusat Maklumat Palestine (PIC) berkata, tentera Zionis ini sengaja menghalang ketibaan pelajar di dua sekolah tempatan yang terletak berhampiran … Read moreZionis menyerang pelajar Palestine di Lubban ash-Sharqiya memasuki hari ketiga

Berpuluh penceroboh cemari al-Aqsa

Selasa, 23-11-2021 – Sekumpulan penceroboh Yahudi diiringi pasukan polis rejim Zionis mencemari masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki pada pagi hari Khamis. Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 82 orang penceroboh memasuki masjid berkenaan melalui pintu Maghariba dan melawat halamannya di bawah kawalan polis. Semasa kunjungan mereka di masjid suci itu, kumpulan penceroboh tersebut mendengar ceramah daripada … Read moreBerpuluh penceroboh cemari al-Aqsa