22 warga Palestin cedera dalam pertelingkahan di Qalandia

Selasa, 29-03-2022 – Pertelingkahan ganas yang tercetus di antara pemuda Palestin dan polis rejim di kemasukan kem pelarian Qalandia, utara Baitulmuqaddis pada petang Selasa. Sumber tempatan menyatakan yang 22 warga Palestin telah cedera ketika pertelingkahan itu. Pertelingkahan itu berlaku apabila rejim Israel menutup pos pemeriksaan ketenteraan di pintu masuk kem, dan menghadkan pergerakan penduduk tempatan. … Read more22 warga Palestin cedera dalam pertelingkahan di Qalandia

110 Peneroka Yahudi Serbu Masjid Al-Aqsa

Selasa, 29-03-2022 – 110 peneroka Yahudi, di bawah kawalan ketat pasukan polis menyerbu masuk Masjid Al-Aqsa pada pagi Rabu. Sumber setempat mengesahkan bahawa sekumpulan besar peneroka memecah masuk ke dalam masjid melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya. Ketika mereka di laman suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan … Read more110 Peneroka Yahudi Serbu Masjid Al-Aqsa

Rejim Zionis tahan berpuluh warga Palestin di Tebing Barat, Baitulmuqaddis

Selasa, 29-03-2022 – Rejim Zionis melancarkan kempen serbuan dan tangkapan besar-besaran di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis, menangkap 40 orang rakyat Palestin, pada waktu subuh hari Rabu. Di Baitulmaqdis yang diduduki, pasukan polis Israel menangkap 14 orang rakyat Palestin di bandar Abu Dis, manakala dua orang kanak-kanak lelaki diculik di Silwan. Di Nablus, polis rejim … Read moreRejim Zionis tahan berpuluh warga Palestin di Tebing Barat, Baitulmuqaddis

Haneyya: Sheikh Yassin menulis epik perjuangan semasa hidupnya

Khamis, 24-03-2022 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya mengingatkan pada hari Selasa akan prinsip yang Sheikh Ahmed Yassin, pemimpin pengasas Hamas, telah wujudkan semasa hidupnya dan warisan penentangan yang ditinggalkan kepada rakyatnya selepas kematiannya. “Sheikh Ahmed Yassin, pengasas, menulis epik perjuangan semasa hidupnya dan syahid, dan dia menjelmakan dalam hidupnya kehebatan yang teguh dan … Read moreHaneyya: Sheikh Yassin menulis epik perjuangan semasa hidupnya

Empat Rakyat Israel Terbunuh, Sebilangan Cedera Dalam Kejadian di Beersheba

Khamis, 24-03-2022 – Empat rakyat Israel terbunuh dalam kejadian tikaman dan rempuhan kereta yang dilakukan oleh seorang pemuda Palestin di bandar Beersheba, selatan Palestin pada hari Selasa. Menurut sumber perubatan Israel, seramai tiga orang rakyatnya telah mati ditikam. Mangsa keempat yang menunggang basikal telah dilanggar kereta dipandu pemuda yang sama. Kejadian berlaku di sebuah pusat … Read moreEmpat Rakyat Israel Terbunuh, Sebilangan Cedera Dalam Kejadian di Beersheba

Tahanan Palestin seru agar tindakan protes mereka disokong

Khamis, 24-03-2022 – Jawatankuasa Tinggi Kecemasan untuk Tahanan Palestin di penjara Israel menyeru rakyat Palestin agar menyokong tindakan protes mereka yang akan dilaksanakan bermula 25 Mac. Jawatankuasa itu menekankan, dalam kenyataan pada Isnin, niat para tahanan adalah untuk mogok lapar secara bersama dan tanpa tempoh bermula dari 25 Mac bagi membantah hukuman yang dikenakan oleh … Read moreTahanan Palestin seru agar tindakan protes mereka disokong

Penduduk Jerusalem Mogok Duduk Tentang Pemusnahan Rumah

Rabu, 23-03-2022 – Puluhan rakyat Palestin dari kejiranan Jerusalem di timur Jabel Mukaber mengambil bahagian dalam mogok duduk menentang pemusnahan rumah yang diadakan di luar ibu pejabat perbandaran Israel di kota suci itu pada hari Ahad. Para peserta melaungkan slogan mengutuk amalan “perkauman” Israel terhadap mereka khususnya dan rakan senegara mereka di kawasan lain di … Read morePenduduk Jerusalem Mogok Duduk Tentang Pemusnahan Rumah

Tahanan pentadbiran terus memboikot mahkamah Israel

Rabu, 23-03-2022 – Banduan Palestin yang ditahan secara pentadbiran di penjara Israel telah melakukan boikot terhadap mahkamah Israel selama 79 hari berturut-turut untuk menuntut penamatan dasar penahanan pentadbiran. Pada awal Januari, tahanan pentadbiran mengumumkan pemboikotan sepenuhnya semua prosedur kehakiman yang berkaitan dengan penahanan pentadbiran mereka. Tahanan pentadbiran ditahan di penjara Israel yang berbeza, kebanyakannya di … Read moreTahanan pentadbiran terus memboikot mahkamah Israel

Marzouq al-Ghanim seru agar Israel diusir daripada IPU

Rabu, 23-03-2022 – Jurucakap Dewan Negara Kuwait Marzouq al-Ghanim menyeru pada Sabtu agar mengusir delegasi Israel dari Kesatuan Antara Parlimen setelah pengundian dilakukan untuk mengeluarkan keahlian Russia dalam organisasi antarabangsa. Ghanim membuat kenyataan itu ketika berucap di mesyuarat penyelarasan kumpulan Arab pada akhir persidangan IPU yang ke 144 yang dilaksanakan di Bali, Indonesia dari Ahad, … Read moreMarzouq al-Ghanim seru agar Israel diusir daripada IPU

Lebih 80 orang pendatang cemarkan Masjid Aqsa

Isnin, 21-03-2022 – Puluhan pendatang Yahudi yang diiringi oleh polis rejim mencemarkan Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis pada pagi Selasa dan pada petangnya. Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 86 orang pendatang memasuki masjid dalam beberapa kumpulan mnerusi pintu Maghariba dan berkeliaran di datarannya. Ketika berada di situ, mereka mendengar ceramah daripada para rabbi tentang kuil yang didakwa … Read moreLebih 80 orang pendatang cemarkan Masjid Aqsa

Mogok umum di bandar Rahat membantah pembunuhan warga Palestin oleh polis 

Isnin, 21-03-2022 – Satu mogok umum telah diadakan pada pagi hari Rabu di kota arab Rahat di Negev untuk membantah pembunuhan Sanad al-Harbad yang berusia 27 tahun oleh anggota polis Israel yang menyamar pada hari Selasa. Beratus-ratus orang menyertai pengebumian Harbad di Rahat pada waktu pagi, dengan orang ramai yang berkabung mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan lelaki … Read moreMogok umum di bandar Rahat membantah pembunuhan warga Palestin oleh polis 

Lebih 105 Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa

Isnin, 21-03-2022 – Puluhan peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi Rabu. Menurut sumber setempat, sekurang-kurangnya 105 peneroka memasuki masjid dalam kumpulan berbeza melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya. Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan … Read moreLebih 105 Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa

Imarah: Apa yang Dirancang Oleh Israel Di al-Aqsha Berbahaya

Isnin, 21-03-2022 – Pemimpin gerakan Hamas, Shaker Imarah, menegaskan bahawa apa yang terjadi dan dirancang oleh penjajah Israel dan penduduk pendatang Yahudi adalah masalah yang berbahaya. Mereka memaksa realiti baru di dalamnya dan merosak status sejarah dan undang-undang di masjid tersebut. Dalam sebuah pernyataan akhbar pada Rabu (16/3/2022) malam, Imarah menekankan bahawa rakyat Palestin sedia … Read moreImarah: Apa yang Dirancang Oleh Israel Di al-Aqsha Berbahaya

Tentera Israel Ugut Musnahkan Rumah di Perkampungan Tebing Barat

Khamis, 17-03-2022 – Tentera Israel memaklumkan seorang warga Palestin pada hari Isnin mengenai rancangan mereka untuk merobohkan rumahnya di kampung Kisan, timur Bethlehem. Timbalan ketua majlis kampung Anwer Ghazal berkata seorang penduduk tempatan menerimaperintah roboh terakhir terhadap rumahnya, sambil menambah lima sekeluarga tinggal di rumahitu. Beliau menegaskan bahawa tentera Israel telah merobohkan dua rumah milik … Read moreTentera Israel Ugut Musnahkan Rumah di Perkampungan Tebing Barat

Lebih 170 Peneroka Cemari Masjidil Aqsa

Khamis, 17-03-2022 – Puluhan peneroka Yahudi diiringi pasukan polis mencemarkan Masjidil Aqsa pada pagi Isnin dan waktu petang. Berdasarkan sumber tempatan, sekurang-kurangnya 175 peneroka masuk dari Gerbang Maghariba untuk mengelilingi halaman masjid secara berkumpulan. Antara mereka yang terlibat adalah 65 pelajar dari institusi Talmud. sumber : http://english.palinfo.compenterjemah : Huzaifah AJ