Iran seru perarakan beramai-ramai pada Hari Antarabangsa Quds

Jumaat, 29-04-2022 – Sekretariat Kekal Persidangan Antarabangsa Meenyokong Palestin Iran menyeru rakyat Palestin dan para ahli parlimen agar berarak beramai-ramai pada Hari Antarabangsa Quds. Sekretariat itu berkata pada Selasa yang keberanian rakyat Palestin dan ketabahan mereka membuktikan kekuatan Palestin dan kelemahan Israel. “Dengan penentang berterusan, rakyat Palestin berjaya mencabar para penyokong utama zionis termasuk Amerika … Read moreIran seru perarakan beramai-ramai pada Hari Antarabangsa Quds

Delegasi Hamas Lawat Gereja St. Porphyrius Gaza

Jumaat, 29-04-2022 – Sekumpulan delegasi kanan Gerakan Hamas membuat lawatan ke Gereja St. Porphyrius dan bertemu ketua biskop ortodoks Yunani Alexios pada Isnin. Pegawai kanam Hamas, Basem Naim yang mengetuai delegasi, menyampaikan ucapan selamat kepada komuniti Kristian di Gaza sempena perayaan Paskah. Naim menyatakan solidariti pimpinan Hamas bersama rakan senegara beragama Kristian ketika kemelut pencabulan … Read moreDelegasi Hamas Lawat Gereja St. Porphyrius Gaza

Qatar Selar Amalan Baru Israel di Masjid Al-Aqsa

Jumaat, 29-04-2022 – Qatar telah mengulangi kecaman kerasnya terhadap serbuan polis Israel dan pencerobohan peneroka pelampau yang berlaku akhir-akhir ini di Masjid Al-Aqsa melibatkan serangan terhadap jemaah Palestin yang tidak berupaya. Ia dipetik dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin oleh duta Alya Al Thani, wakil tetap Qatar ke PBB, pada Mesyuarat Majlis Keselamatan … Read moreQatar Selar Amalan Baru Israel di Masjid Al-Aqsa

Warga emas Palestin cedera dalam serangan puak penceroboh

Jumaat, 29-04-2022 – Warga emas Palestin cedera dalam serangan puak penceroboh . Seorang lelaki warga emas Palestin cedera pada hari Selasa selepas gerombolan penceroboh Yahudi menyerangnya di timur Baitullaham. Sumber tempatan melaporkan bahawa Raja Abayat, 62, dari kampung Kisan di timur Baitullaham, diserang dengan kejam oleh peneroka Yahudi yang menyerbu kampung itu. “Lelaki tua itu … Read moreWarga emas Palestin cedera dalam serangan puak penceroboh

Rejim Zionis, Pemuda Palestin Bertempur

Rabu, 27-04-2022 – Pertempuran ganas berlaku antara Rejim Zionis dan pemuda Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem malam tadi dan subuh Ahad. Menurut sumber tempatan, kejadian tersebut berlaku selepas kumpulan peneroka pelampau berhimpun berhampiran bandar Teqoa, tenggara Bethlehem. Rejim Zionis melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata terhadap para pemuda yang bertindak balas melontar … Read moreRejim Zionis, Pemuda Palestin Bertempur

Gaza: Mesir akan menutup sempadan Rafah pada Isnin

Rabu, 27-04-2022 – Menteri Dalam Gaza telah dimaklumkan pada Ahad oleh pihak berkuasa Mesir yang sempadan Rafah akan ditutup pada Isnin dari kedua-dua arah. “Sempadan Gaza akan ditutup pada Isnin, 25 April kerana cuti umum di Mesir,” demikian menurut Pihak Berkuasa Sempadan. Sempadan Rafah, satu-satunya laluan di antara Mesir dan Semenanjung Gaza, merupakan laluan tunggal … Read moreGaza: Mesir akan menutup sempadan Rafah pada Isnin

Penguasa Israel Ratakan Tanah, Tahan Tiga Warga Palestin Termasuk Dua Kanak-kanak

Rabu, 27-04-2022 – Jentolak penguasa Israel mula memusnahkan tanah milik Palestin di beberapa kawasan di Tebing Barat pada hari Ahad. Sumber setempat berkata bahawa jentolak rejim itu memusnahkan tanah milik Palestin dengan alasan untuk meluaskan penempatan haram Seleit di Lembah Utara, selain meratakan tanah di Kampung Burin di selatan Nablus dan memusnahkan pokok zaitun di … Read morePenguasa Israel Ratakan Tanah, Tahan Tiga Warga Palestin Termasuk Dua Kanak-kanak

Hamas tolak kenyataan Pesuruhjaya Tinggi UNRWA

Rabu, 27-04-2022 – Tindakan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Philippe Lazzarini membida bagi memberi kuasa kepada organisasi antarabangsa untuk memberikan perkhidmatan mereka kepada pelarian Palestin bagi pihak UNRWA adalah “tidak boleh diterima”, kata jurucakap Pergerakan Hamas, Jihad Taha, pada hari Ahad. “Kenyataan Pesuruhjaya Agung UNRWA … Read moreHamas tolak kenyataan Pesuruhjaya Tinggi UNRWA

IOF culik warga Palestin dan bertelingkah dengan pemuda tempatan di Tebing Barat

Isnin, 25-04-2022 – Seorang warga Palestin telah diculik dan ramai lagi menderita terhidu gas pemedih mata pada petang Rabu apabila tentera rejim zionis (IOF) menyerbu bandar Salem town, di timur Nablus. Menurut sumber tempatan, IOF menculik seorang warga emas yang dikenali sebagai Akef Shtayyeh dari rumahnya di bandar itu. Ameen Shtayyeh, saudara lelaki tahanan itu … Read moreIOF culik warga Palestin dan bertelingkah dengan pemuda tempatan di Tebing Barat

Ekrema Sabri: Serangan Berterusan Ibarat Bermain Api

Isnin, 25-04-2022 – Pendakwah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrema Sabri, menyifatkan serangan berterusan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan pencerobohan berulang sebagai bermain dengan api. Dalam kenyataan akhbar pada Rabu, Sabri menekankan kepentingan untuk kekal berwaspada terhadap tapak suci itu demi mempertahankannya. “Kami tidak percayakan Israel kerana pengkhianatan adalah sifat semula jadi mereka,” tambah beliau. Sabri menggariskan … Read moreEkrema Sabri: Serangan Berterusan Ibarat Bermain Api

Roket Gaza melanda rumah Sderot di tengah-tengah ketegangan yang membara di Jerussalem

Isnin, 25-04-2022 – Sebuah apartmen Israel mengalami kerosakan selepas roket Palestin mendarat di Sderot pada malam Rabu, menurut media Ibrani. Empat warga Israel mengalami kejutan berikutan serangan roket, yang mencetuskan siren di Sderot dan Kibbutz Nir Am, kata laporan berita Israel. Tiada satu pun puak penentang di Gaza mengaku bertanggungjawab serta-merta ke atas tembakan roket … Read moreRoket Gaza melanda rumah Sderot di tengah-tengah ketegangan yang membara di Jerussalem

Polis Israel Halang Perarakan Peneroka dari Serbu Bab al-Amud di Jerusalem

Isnin, 25-04-2022 – Polis Israel pada hari Rabu menghalang ratusan peneroka Yahudi sayap kanan yang menyertai perarakan dari berjalan ke arah kawasan Bab al-Amud Baitulmaqdis (Pintu Damsyik), pintu masuk utama ke kawasan Kota Lama, di tengah-tengah ketegangan yang meningkat antara Palestin dan Israel. Menurut beberapa laporan berita yang berbeza, polis Israel mengumumkan bahawa mereka telah … Read morePolis Israel Halang Perarakan Peneroka dari Serbu Bab al-Amud di Jerusalem

Sempadan Tebing Barat, Gaza ditutup pada hari-hari terakhir Paskah

Isnin, 25-04-2022 – Di tengah-tengah kebimbangan Israel terhadap pergolakan yang meluas, kerajaan pencerobohan Israel pada hari Rabu memutuskan untuk melaksanakkan penutupan sempadan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza semasa hari-hari terakhir cuti hari Paskah. Penutupan akan bermula pada hari Khamis, bermula jam 5 petang, dan berlangsung sehingga Sabtu, 23 April, walaupun penarikan balik penutupan itu … Read moreSempadan Tebing Barat, Gaza ditutup pada hari-hari terakhir Paskah

IOA berusaha untuk menamatkan penjagaan Jordan ke atas Aqsa

Khamis, 21-04-2022 – Sheikh Najeh Bakirat, timbalan pengarah Awqaf Islam di Baitulmaqdis yang diduduki, telah memberi amaran bahawa pihak berkuasa pencerobohan Israel (IOA) sudah mula mengenakan pembahagian waktu dan ruang Masjid al-Aqsa di atas tanah. Dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa, Bakirat menuduh IOA melakukan usaha untuk mengenakan kawalan pentadbirannya ke atas Masjid al-Aqsa dan … Read moreIOA berusaha untuk menamatkan penjagaan Jordan ke atas Aqsa

Haneyya hubungi Menteri Luar Nigeria, membincangkan situasi di Baitulmuqaddis

Khamis, 21-04-2022 – Pada Selasa, Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haneyya menghubungi Menteri Hal Ehwal Luar Nigeria Geoffrey Onyeama dan membincangkan tentang situasi serius di Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa rentetan serangan ganas Israel terhadap pengunjung yang tidak bersenjata dan membuka ruang kepada pendatang Israel untuk melakukan pembunuhan di tapak suci itu. Haneyya menyatakan rasa terima … Read moreHaneyya hubungi Menteri Luar Nigeria, membincangkan situasi di Baitulmuqaddis