Tentera rejim ratakan tiga kediaman warga Palestin di kampung Tebing Barat

Isnin, 31-10-2022 – Tentera rejim zionis memusnahkan tiga rumah warga Palestin di kampung ad-Duyuk at-Tahta, barat Jericho d timur Tebing Barat pada Rabu. Menurut sumber tempatan, jentolak-jentolak yang dikawal oleh tentera rejim memusnahkan tiga rumah, salah satunya sedang dalam pembinaan. Rumah-rumah yang dimusnahkan itu dimiliki oleh tiga orang penduduk tempatan dari kampung itu. Pemusnahan dilakukan … Read moreTentera rejim ratakan tiga kediaman warga Palestin di kampung Tebing Barat

Puak-puak Palestin menyeru untuk meluaskan tentangan

Isnin, 31-10-2022 – Kepimpinan Kebangsaan Penentangan Popular, sebuah perikatan yang dibentuk oleh puak-puak utama Palestin pada tahun 2020 telah menyeru untuk memperluaskan penyertaan dalam konfrontasi dengan rejim Zionis di seluruh wilayah Palestin. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat yang diadakan oleh pegawai daripada puak-puak tersebut pada hari Rabu, ia menekankan kepentingan memberikan setiap sokongan … Read morePuak-puak Palestin menyeru untuk meluaskan tentangan

Tahanan terpencil memasuki hari ke-9 mogok lapar

Isnin, 31-10-2022 – Tahanan pentadbiran Palestin Seba at-Titi memasuki hari Rabu hari ke-9 mogok lapar yang dilakukannya sebagai protes di kurungan bersendirian. Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, tahanan Titi, 33 tahun dari kem pelarian Balata di Nablus, telah dikurung dalam sel pengasingan selama lebih sebulan. Dia diculik oleh regim zionis Israel … Read moreTahanan terpencil memasuki hari ke-9 mogok lapar

Peneroka Ceroboh Tanah Palestin di Lembah Jordan

Isnin, 31-10-2022 – Sekumpulan peneroka haram Yahudi menceroboh tanah milik Palestin pada hari Rabu di Wadi al-Faw di utara Lembah Jordan. Mahdi Daraghmeh, ketua kampung al-Malih, berkata bahawa peneroka haram mula merosakkan tanah di kawasan Wadi al-Malih milik warga Palestin dari Bandar Tubas. Penduduk tempatan dan harta benda mereka di Lembah Jordan terdedah kepada kemusnahan … Read morePeneroka Ceroboh Tanah Palestin di Lembah Jordan

Para pendatang bakar kereta, cabut pokok di kampung Tebing Barat

Khamis, 27-10-2022 – Segerombolan pendatang pelampau Yahudi mmenyerang dengan membakar kenderaan warga Palestin dan memusnahkan pokok-pokok di kampung al-Mughayyir, utara Ramallah. Menurut agensi berita WAFA, para pendatang menyerbu kawasan timur kampung yang dikawal tentera dan membakar sebuah kereta. Para pendatang turut mencabut anak pokok zaitun dan badam serta membakar tangki air di situ. sumber : … Read morePara pendatang bakar kereta, cabut pokok di kampung Tebing Barat

Mogok Umum, Pertempuran Dengan Rejim Zionis di Al-Khalil dan Bethlehem

Khamis, 27-10-2022 – Pertempuran ganas berlaku pada hari Khamis antara pemuda Palestin dan Rejim Zionis di al- Khalil dan Bethlehem, di tengah-tengah mogok umum yang diadakan sebagai berkabung ke atas syahid Uday at-Tamimi. Mogok itu, yang diseru dilakukan oleh tokoh negara, diperhatikan oleh ahli perniagaan, sekolah, universiti dan kemudahan yang berbeza di al-Khalil dan Bethlehem. … Read moreMogok Umum, Pertempuran Dengan Rejim Zionis di Al-Khalil dan Bethlehem

Dua warga Palestin cedera serius ditembak Zionis

Khamis, 27-10-2022 – Dua orang rakyat Palestin cedera parah dalam tindakan ganas tentera rejim Zionis menghentikan protes tanpa senjata di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis pada hari Khamis. Kementerian Kesihatan Palestin berkata dalam satu kenyataan ringkas bahawa mangsa pertama dilaporkan di bandar Sa’eer di wilayah al-Khalil, menjelaskan bahawa mangsa telah dipukul dengan peluru hidup di perutnya … Read moreDua warga Palestin cedera serius ditembak Zionis

Reuters menarik balik anugerah dari wartawan Palestin.

Khamis, 27-10-2022 – Yayasan Thomson Reuters telah menarik balik anugerah Kurt Schork atas bidang kewartawanan Antarabangsa kepada wartawan bebas Palestin Shada Hammad selepas beliau dituduh anti-yahudi oleh kumpulan Israel. “ Bersama -sama dengan Dana Peringatan  Kurt Schork, kami telah membuat keputusan sukar dalam menarik balik Anugerah wartawan tempatan  Kurt Schork dari wartawan Palestin Shada Hammad … Read moreReuters menarik balik anugerah dari wartawan Palestin.

Pendatang Yahudi menyerang warga Palestin dan mencuri hasil tuaian buah zaitun

Jumaat, 21-10-2022 – Pendatang Yahudi, melindungi polis rejim zionis, menyerang petani Palestin dan mencuri hasil tuaian mereka di kota Tebing Barat, al-Khalil pada Selasa. Agensi berita WAFA melaporkan yang pendatang Yahudi menyerang petani Palestin dan aktivis luar yang menyertai kempen memetic buah zaitun yang dilancarkan oleh kumpulan aktivis tempatan Pemuda Menentang Penempatan di kejiranan Tal … Read morePendatang Yahudi menyerang warga Palestin dan mencuri hasil tuaian buah zaitun

Puluhan Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa

Jumaat, 21-10-2022 – Di tengah-tengah sekatan polis terhadap penganut beragama Islam, puluhan peneroka Yahudi mencemarkan Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi Selasa. Menurut Pentadbiran Islam Awqaf, peneroka memasuki masjid secara berkumpulqn dengan melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya di bawah kawalan ketat polis. Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah … Read morePuluhan Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa

Israel mengeluarkan perintah pengusiran terhadap aktivis Jerusalem wanita

Jumaat, 21-10-2022 – Rejim Israel pada hari Selasa membebaskan dua orang aktivis wanita Jerusalem dari penjara Israel dengan syarat mereka diusir keluar dari Kota Lama Baitulmuqaddis. Sumber tempatan melaporkan bahawa mahkamah Israel memutuskan untuk membebaskan aktivis Baitulmuqaddis, Hanadi Halawani dan melarangnya masuk ke Kota Lama selama lima hari, selain mengenakan denda 2,000 shekel ke atasnya. … Read moreIsrael mengeluarkan perintah pengusiran terhadap aktivis Jerusalem wanita

Haneyya menyampaikan ucapan takziah kepada Erdoğan untuk mangsa-mangsa letupan lombong

Rabu, 19-10-2022 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya telah menyampaikan surat ucapan takziah kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan terhadap kejadian letupan arang batu di wilayah utara Bartin yang menyebabkan kematian 41 orang. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya pada Isnin, Haneyya menyampaikan ucapan takziah kepada Presiden Turki, menyuarakan rasa simpati kepada keluarga mangsa … Read moreHaneyya menyampaikan ucapan takziah kepada Erdoğan untuk mangsa-mangsa letupan lombong

Hamas Gesa PBB Dakwa Israel Atas Perbuatan Jenayah

Rabu, 19-10-2022 – Gerakan Hamas pada hari Isnin menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memikul tanggungjawab dan mendakwa Israel atas jenayah yang dilakukan. Jurucakap Gerakan Hamas Jihad Taha menyeru PBB mendesak Israel supaya menghentikan pencabulannya terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat. Beliau menggesa organisasi antarabangsa itu bertindak segera untuk menamatkan sekatan yang dikenakan oleh Israel ke … Read moreHamas Gesa PBB Dakwa Israel Atas Perbuatan Jenayah

Israel tahan 5,300 warga Palestin sejak permulaan 2022

Rabu, 19-10-2022 – Israel telah menahan seramai 5,300 orang warga Palestin termasuk 111 wanita dan 260 kanak-kanak sejak awal 2022, lapor Persatuan Tahanan Palestin (PPS). “Jumlah tertinggi perintah tahanan direkodkan di Baitulmuqaddis Timur mencecah 2,353 orang manakala kadar tertinggi dicatatkan pada April sebanyak 1,228 perintah tahanan,” kata PPS dalam satu kenyataan akhbar pada hari Isnin. … Read moreIsrael tahan 5,300 warga Palestin sejak permulaan 2022

Haneyya menyanjungi usaha Alegeria untuk menghentikan pembahagian Palestin. 

Selasa, 18-10-2022 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya menyatakan penghargaan terhadap usaha Algeria untuk menghentikan pertelingkahan di kawasan Palestin.  “Kami berpuas hati dengan perjumpaan dengan Algeria dan persekitaran yang positif dalam sessi perbincangan kami “ ujar Haneyya laporan media pada hari Khamis. Dia menyatakan usaha Algeria untuk menamatkan pemecahan Palestin termasuk dalam usaha kebangsaan … Read moreHaneyya menyanjungi usaha Alegeria untuk menghentikan pembahagian Palestin.