IOF bunuh kanak-kanak Palestin di kem Shuafat

Isnin, 30-01-2023 –Seorang kanak-kanak Palestin disahkan meninggal dunia pada petang Rabu akibat cedera ditembak tentera rejim zionis (IOF) di kem pelarian Shuafat timur Baitulmuqaddis. Sumber tempatan dan perubatan menyatakan, Mohamed Ali yang berusia 16 tahun menderita cedera teruk akibat ditembak ketika IOF menyerbu kem Shuafat. Rakaman yang tersebar di internet menunjukkan tentera rejim menyerang kanak-kanak … Read moreIOF bunuh kanak-kanak Palestin di kem Shuafat

Polis rejim Zionis Israel menyerbu kem Shuafat untuk meruntuhkan rumah pejuangan syuhada Tamimi.

Isnin, 30-01-2023 – Pekerja perobohan Zionis Israel dengan kawalan polis rejim Zionis, pada pagi Rabu  telah menyerbu kem pelarian Shuafat di kawasan Jerusalem dan merobohkan rumah syuhada  Uday at-Tamimi. Rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan polis rejim Zionis Israel memasuki kem dalam angka yang besar dan menutup kawasan sekitar rumah keluarga  at-Tamimi sebelum pekerja … Read morePolis rejim Zionis Israel menyerbu kem Shuafat untuk meruntuhkan rumah pejuangan syuhada Tamimi.

303 Peneroka Yahudi Cemari Masjid Aqsa 

Isnin, 30-01-2023 – Ratusan peneroka pelampau Yahudi cemari Masjid Aqsa di bawah kawalan keselamatan ketat polis pada Rabu pagi dan selepas tengah hari. Menurut laman sesawang berita al-Qastal, sekurang-kurangnya 303 peneroka, termasuk pelajar agama dan pegawai tinggi, memasuki masjid dalam kumpulan berbeza melalui Gerbang Maghariba, dan melawat halamannya dengan pengawasan ketat polis penjaga. Dalam sesi … Read more303 Peneroka Yahudi Cemari Masjid Aqsa 

Glick dan gerombolan peneroka yahudi mencemari Masjid al-Aqsa. 

Khamis, 26-01-2023 –Segerombolan peneroka haram Yahudi dengan kawalan Polis rejim Zionis berterusan mencemari Masjid al-Aqsa di kawasan kepungan Jerusalem pada pagi dan petang Khamis. 197 peneroka haram Yahudi termasuk pendita ekstrimis Yahudu Glick, memasuki kawasan Masjid al-Aqsa melalui pintu Maghriba dan mengelilingi kawasan perkarangan masjid menurut laporan media  al-Qastal. Ketika mengelilingi kawasan suci umat Islam, … Read moreGlick dan gerombolan peneroka yahudi mencemari Masjid al-Aqsa. 

Rejim Zionis Tahan Lima Kanak-Kanak Palestin di Jenin

Khamis, 26-01-2023 – Beberapa warga Palestin menderita akibat terhidu gas pemedih mata akibat bedilan bom gas pemedih mata selepas Rejim Zionis menyerbu bandar Zibda, barat daya Jenin, di tengah- tengah pada petang Khamis. Sumber setempat melaporkan bahawa rejim itu menyerbu kampung dan rumah penduduk tempatan sebelum mengubahnya menjadi berek tentera.Sementara itu, tentera Israel menahan lima … Read moreRejim Zionis Tahan Lima Kanak-Kanak Palestin di Jenin

MSF selar rancangan Israel untuk menghalau warga Palestin

Khamis, 26-01-2023 – Médecins Sans Frontières (MSF) menyelar sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk menghalau lebih kurang 1,000 orang warga Palestin dari rumah mereka di kawasan Masafer Yatta, Tebing Barat. “Rancangan ini menandakan akan berlakunya pengusiran hampir keseluruhan populasi Masafer Yatta,” kata David Cantero Pérez,  ketua misi MSF. “Ke mana semua keluarga ini hendak pergi. Ini sama … Read moreMSF selar rancangan Israel untuk menghalau warga Palestin

 Lebih 150 peneroka haram yahudi mencemari Masjid al-Aqsa

Jumaat, 20-01-2023 – Segerombolan peneroka haram yahudi dengan iringan pasukan polis rejim zionis mencemari Masjid al-Aqsa pada pagi dan petang Rabu. Menurut agensi berita al-Qastal, sejumlah 154 peneroka haram yahudi memasuki kawasan Masjid melalui pinya al-Maghariba dan menceroboh kawasan perkarangan dengan iringan pasukan polis rejim Zionis. Masjid al-Aqsa terdedah kepada pencerobohan hari demi hari oleh … Read more Lebih 150 peneroka haram yahudi mencemari Masjid al-Aqsa

IOF serbu bandar Tebing Barat dan melakukan penangkapan

Jumaat, 20-01-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) menahan dua pemuda Palestin di bandar Aqaba, utara Tubas setelah dipanggil untuk soal siasat pada petang Rabu. Dua bersaudara, termasuk seorang bekas tahanan turut ditahan setelah tentera IOF memecah masuk rumah keluarga mereka di bandar Arana di Jenin. Di Baitulmuqaddis, dua lagi warga Palestin ditahan setelah polis rejim … Read moreIOF serbu bandar Tebing Barat dan melakukan penangkapan

Peneroka Yahudi Cuba Langgar Lari Empat Kanak-Kanak Palestin

Jumaat, 20-01-2023 – Seorang peneroka Yahudi cuba melanggar empat kanak-kanak Palestin di selatan al-Khalil pada petang Rabu. Warga tempatan Mamdouh Abu Tabikh mengesahkan bahawa seorang peneroka yang menaiki traktor meluru dengan pantas ke arah empat anaknya berusia antara 1 dan 7 tahun di kawasan Al-Ain Al-Baida, dengan cubaan untuk melanggar mereka. Walau bagaimanapun, Mamdouh sempat … Read morePeneroka Yahudi Cuba Langgar Lari Empat Kanak-Kanak Palestin

Al-Qassam Siar Video Tahanan Tentera Israel

Khamis, 19-01-2023 – Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, berkongsi video yang menyiarkan tahanan askar Israel Avera Mengistu yang menyeru tentera Israel untuk membebaskannya pada petang hariIsnin. “Berapa lama saya akan berada di sini?” Mengistu berkata dalam video tersebut. “Saya dan rakan-rakan dalam kurungan. Di mana negara dan rakyat Israel?” “Saya adalah Avera Mengistu yang ditawan. … Read moreAl-Qassam Siar Video Tahanan Tentera Israel

Lebih 100 peneroka haram mencemari Masjid al Aqsa. 

Khamis, 19-01-2023 – Segerombolan peneroka pelampau Yahudi telah mencemari Masjid Aqsa di kawasan kepungan Jerusalem pada pagi Isnin dan petang Isnin. Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 113 peneroka telah memasuki Masjid secara berkumpulan melalui pintu Maghariba dan mencerobohi kawwsan perkarangan Masjid dibawah pengawasan polis rejim Zionis. Ketika mencerobohi kawasan suci umat Islam, peneroka turut menerima penerangan … Read moreLebih 100 peneroka haram mencemari Masjid al Aqsa. 

Unit khas tentera rejim zionis culik dua kanak-kanak Palestin

Khamis, 19-01-2023 – Tentera penyamar Israel menculik dua kanak-kanak Palestin di kejiranan Ras Al-Amud di bandar Silwan, di Baitulmuqaddis pada petang Isnin. Perisikan Israel turut menculik tahanan Baitulmuqaddis Maher Al-Waari, 19, tidak lama setelah pembebasannya dari penjara gurun Negev, setelah ditahan selama 28 bulan. Al-Waari dibawa ke balai polis Al-Maskubiya, barat Baitulmuqaddis di mana beliau … Read moreUnit khas tentera rejim zionis culik dua kanak-kanak Palestin

Delegasi Hamas Bertemu Pimpinan Parlimen Yaman Di Shan’a

Khamis, 19-01-2023 – Delegasi Hamas mengunjungi Ketua Parlimen Yaman, Ustadz Mohamad Alaydrus di pejabatnya di Shan’a, Isnin (16/1). Ketua Parlimen Yaman menyambut baik kunjungan wakil Hamas di Yaman, Ustadz Muadz Abu Shamalah dan rombongan. Beliau menyampaikan penghormatan pimpinan politik dan mengapresiasi usaha Hamas dalam perjuangan melawan penjajah zionis di Gaza dan di segenap wilayah Palestin. … Read moreDelegasi Hamas Bertemu Pimpinan Parlimen Yaman Di Shan’a

NRWA : Lebih 40 peratus penduduk Gaza hadapi kekurangan bekalan makanan.

Selasa, 17-01-2023 – Lebih 40 peratus dari penduduk Gaza sedang mengalami kekurangan bekalan makanan dimana mereka melalui kehidupan harian dengan tiada makanan menurut laporan NRWA pada hari Rabu. Selepas 16 tahun mengalami kepungan darat, udara dan laut, Gaza mengalami kehidupan yang semakin melarat. “Situasi melarat semakin ketara dengan serangan, ketegangan,  kekerasan dan ketidak stablian politik … Read moreNRWA : Lebih 40 peratus penduduk Gaza hadapi kekurangan bekalan makanan.

Jawatankuasa Hal-Ehwal Gereja menyelar serangan ke atas tempat suci Islam dan Kristian

Selasa, 17-01-2023 – Jawatankuasa Presiden Tertinggi Hal Ehwal Gereja di Palestin menyelar serangan pendatang Yahudi ke atas Tembok Patriarkat Armenia di Baitulmuqaddis. Jawatankuasa itu menekankan yang kerajaan rejim Haluan kanan cuba menarik kawasan itu ke kancah peperangan agama, dan tiada siapa akan terselamat daripadanya. “Jenayah ini tidak lagi dilakukan hanya oleh kumpulan pendatang pelampau, tetapi … Read moreJawatankuasa Hal-Ehwal Gereja menyelar serangan ke atas tempat suci Islam dan Kristian