Hamas mengutuk keras pembinaan ribuan penempatan haram Israel

Selasa, 28-02-2023 – Pergerakan Hamas telah mengutuk tindakan rejim Zionis Israel dalam meluluskan ribuan lot  penempatan baru, serta melabel tindakan tersebut sebagai melampaui undang-undang dan konvensyen antarabangsa. Dalam kenyataan akhbar pada hari Khamis lepas, pergerakan Hamas menyelar tindakan rejim Zionis Israel meluluskan pembinaan 3,000 unit penempatan di samping rancangan 4,000 unit baru pada hari ini … Read moreHamas mengutuk keras pembinaan ribuan penempatan haram Israel

Serbuan dan penahanan oleh Israel pada waktu malam di Tebing Barat

Selasa, 28-02-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) melakukan serbuan dan penangkapan di Tebing Barat pada Khamis malam. Sumber tempatan mengatakan yang seorang pemuda ditahan di kampung Kafa, selatan Tulkarm, setelah dipanggil untuk disoal siasat. Seorang lagi pemuda ditahan di pos pemeriksaan tentera di Tubas. sumber : https://english.palinfo.compenterjemah : Nor idawati

178 Peneroka Cemari Al-Aqsa Dengan Kawalan Polis

Selasa, 28-02-2023 – Puluhan peneroka ekstremis Yahudi mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem dengan perlindungan polis yang ketat pada pagi dan petang Khamis. Menurut sumber setempat, sekurang-kurangnya 178 peneroka memasuki Masjid dalam kumpulan berbeza melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya. Ketika lawatan mereka di tapak suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah daripada para rabbi mengenai … Read more178 Peneroka Cemari Al-Aqsa Dengan Kawalan Polis

IOA akan musnahkan lima bangunan Palestin di timur Tubas

Jumaat, 24-02-2023 – Rejim zionis (IOA) pada Selasa menyerahkan notis mengarahkan pemusnahan lima bangunan Palestin di timur kota Tubas, Tebing Barat atas alasan pembinaan tanpa kebenaran. Aktivis hak asasi manusia Arif Daraghmeh berkata, IOA mengeluarkan arahan pemusnahan terhadap empat buah rumah yang masih dalam pembinaan di samping satu rumah mudah alih di kampung Al-Aqaba timur … Read moreIOA akan musnahkan lima bangunan Palestin di timur Tubas

Rejim Zionis Israel menyerang 80 banduan ketika pemindahan dari penjara Ramon. 

Jumaat, 24-02-2023 – Situasi tegang timbul di penjara Ramon sejak pagi Selasa ketika pasukan rejim Zionis Israel menyerbu sel tahanan, menyerang tahanan Palestin dan memindahkan mereka ke lokasi rahsia. Media saluran Palestin melaporkan situasi tegang di dalam penjara dan kesemua tahanan di letakkan dalam keadaan berwaspada. Menurut laporan Persatuan Tahanan Palestin, pasukan askar  khas dari … Read moreRejim Zionis Israel menyerang 80 banduan ketika pemindahan dari penjara Ramon. 

Ratusan Hadiri Pengebumian Muntasher ash-Sawa di Nablus

Jumaat, 24-02-2023 – Ratusan rakyat Palestin menyertai perarakan pengebumian syahid Muntaser ash-Shawa di kem pelarian Balata, timur bandar Nablus di Tebing Barat pada hari Selasa. Muntaser ash-Shawa, 16 tahun, disahkan meninggal dunia pada petang Isnin akibat kecederaan serius yang menimpanya dua minggu lalu ketika pertempuran dengan Rejim Zionis berhampiran Makam Joseph di kawasan timur Bandar … Read moreRatusan Hadiri Pengebumian Muntasher ash-Sawa di Nablus

Muhjat Al-Quds: Tahanan Iyad Jaradat dipukul di penjara Rimonim

Rabu, 22-02-2023 – Yayasan Muhjat Al-Quds melaporkan yang pentadbiran penjara Israel Rimonim memukul seorang tahanan Palestin yang diasingkan, Iyad Jaradat pada minggu lepas.Jaradat mendedahkan dalam suratnya yang pekerja penjara memukul beliau setelah beliau menolak keputusan pentadbiran untuk meletakkan seorang lagi tahanan di sel beliau , kerana tahanan itu diketahui tidak melayan tahanan lain dengan baik. … Read moreMuhjat Al-Quds: Tahanan Iyad Jaradat dipukul di penjara Rimonim

Hamas menyeru sokongan untuk warga Jerusalem dalam perjuangan mereka

Rabu, 22-02-2023 – Jurucakap Hamas, Qassem telah menyeru sokongan untuk warga Palestin di Jerusalem sementara mereka menentang penjajahan rejim Zionis Israel. Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Ahad, jurucakap Qassem telah mengutuk  kenyataan Menteri Keselamatan Rejim Zionis , Ben-Gvir di mana dia meminta Polis Rejim Zionis Israel meningkatkan tindakan keatas warga Jerusalem. Jurucakap itu membalas … Read moreHamas menyeru sokongan untuk warga Jerusalem dalam perjuangan mereka

Warga Palestin di Luar Negara Seru Bantu Penduduk Jerusalem Jaga Aqsa

Rabu, 22-02-2023 – Jawatankuasa Jerusalem bagi Persidangan Rakyat Palestin di Luar Negara menyeru semua jenis sokongan kepada rakyat Jerusalem dan menguatkan pertahanan mereka untuk membantu melindungi kota suci dan Masjid Al-Aqsa daripada Yahudi. “Musuh Israel menggunakan kekerasan, keganasan dan kerosakan dengan menyasarkan penduduk Jerusalem, terutamanya melalui pengusiran, pemindahan dan buang negeri, sebagai matlamat strategik dan … Read moreWarga Palestin di Luar Negara Seru Bantu Penduduk Jerusalem Jaga Aqsa

Hamas memuji pendirian parti pemerintah Afrika Selatan yang pro-Palestin

Rabu, 22-02-2023 – Pergerakan Hamas memuji, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Ahad, Kongres Kebangsaan Afrika Afrika Selatan kerana mengalu-alukan pengusiran delegasi Israel dari sidang kemuncak Kesatuan Afrika (AU) yang diadakan di ibu negara Ethiopia, Addis Ababa. “Kedudukan terhormat seperti itu selari dengan pendirian parti pemerintah Afrika Selatan sebelum ini yang menyokong perjuangan Palestin dan rakyat … Read moreHamas memuji pendirian parti pemerintah Afrika Selatan yang pro-Palestin

Pakistan Kutuk Keputusan Israel Sahkan Pendudukan

Isnin, 20-02-2023 – Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Israel baru-baru ini untuk mengesahkan sembilan penempatan di Wilayah Pendudukan Palestin di Tebing Barat, mengatakan ia adalah pelanggaran yang jelas dan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan. “Ia akan seterusnya menceroboh hak rakyat Palestin. Tindakan tidak sah dan tidak adil Israel akan memburukkan … Read morePakistan Kutuk Keputusan Israel Sahkan Pendudukan

Dua warga Tebing Barat meninggal dunia akibat kecederaan ditembak Regim Zionis Israel

Isnin, 20-02-2023 – Mahmoud Aida yang berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia pada pagi Selasa selepas dia meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialaminya pada waktu subuh ketika serbuan Israel di kem pelarian Fari’ah, selatan Tubas. Menurut sumber tempatan, Aida dan seorang lagi kanak-kanak cedera selepas Regim Zionis Israel (IOF) menyerbu pada subuh Selasa kem … Read moreDua warga Tebing Barat meninggal dunia akibat kecederaan ditembak Regim Zionis Israel

Wakil Hamas di Lubnan bertemu dengan Duta Russia.

Rabu, 15-02-2023 – Wakil Hamas di Lubnan, Ahmed Abdulhadi bertemu dengan Duta Rusia di Lubnan, Alexander Rudakov dan berbincang tentang perkembangan terkini Palestin. Abdulhadi mem Duta Russia tentang perkembangan terbaru Israel di kawasan kepungan Jerusalem termasuk usaha untuk menukar mercu tanda dan mengenakan peraturan baru ke atas Masjid Al – Aqsa dan  serbuan harian ke … Read moreWakil Hamas di Lubnan bertemu dengan Duta Russia.

Peserta ACD Sumbang £20,000 Kepada Mangsa Gempa Bumi

Rabu, 15-02-2023 – Ratusan anggota masyarakat Palestin dan Arab, serta mereka yang berminat dengan budaya Arab dan dalam perpaduan, menyahut seruan solidariti bersama mangsa gempa bumi di Syria dan Turki, yang dilancarkan oleh Forum Palestin di Britain semasa acara tahunan Hari Komuniti Arab (ACD) yang diadakan di London pada 11 Februari lepas berjaya mengumpulkan sejumlah … Read morePeserta ACD Sumbang £20,000 Kepada Mangsa Gempa Bumi

Israel Setuju Robohkan Rumah Syuhada Palestin

Selasa, 14-02-2023 – Pihak Otoriti penjajah Zionis Israel menandatangani perintah untuk merobohkan rumah keluarga syuhada Muhammad Souf di kampung Haris di Salfit dan rumah bekas tawanan Yunus Haylan di kota Hajjah, sebelah timur Qalqilya. Penjajah Zionis Israel juga bercadang merobohkan rumah syuhada Khairi Alqam yang terlibat dengan kes menembak tentera Zionis di al-Quds pada 28 … Read moreIsrael Setuju Robohkan Rumah Syuhada Palestin