Pemuda Palestin cedera dalam serbuan IOF di bandar Jenin

Jumaat, 28-07-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) menyerbu bandar Yabad, Jenin pada petang Rabu dan menembak peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah warga Palestin, lalu mencederakan seorang pemuda, demikian menurut sumber tempatan. Dalam perkembangan lain, polis rejim menahan seorang bekas tahanan ketika serbuan di rumahnya di Wadi al-Jouz di Baitulmuqaddis, satu sumber tempatan … Read morePemuda Palestin cedera dalam serbuan IOF di bandar Jenin

Pejuang Palestin Lakukan 17 Pertempuran di Tebing Barat dan Al Quds

Jumaat, 28-07-2023 – Aksi-aksi perlawanan terhadap pasukan penjajah Zionis Israel dan para penduduk pendatang Yahudi di Tebing Barat dan Al-Quds terus berlanjutan selama 24 jam terakhir. Pusat Informasi Palestina “Maata” memantau terjadinya 17 aksi perlawanan selama 24 jam terakhir. Ia termasuk 4 tembakan, pelemparan mercub dan bom molotov serta pertempuran di 11 tempat. Para pejuang … Read morePejuang Palestin Lakukan 17 Pertempuran di Tebing Barat dan Al Quds

Delegasi Hamas di ketuai oleh Haneyya bertemu Abbas di Turki.

Jumaat, 28-07-2023 – Delegasi peringkat tertinggi dari Pergerakan Hamas dengan diketuai oleh Ketua biro Politik, Ismail Haneyya pada hari Rabu , bertemu dengan President Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas di Ankara, ibu negara Turki dalam persediaan untuk mesyuarat Setiausaha Negara yang bakal di adakan di Kaherah. Ahli Biro Politik Hamas, Husam Badran berkata mesyuarat melibatkan … Read moreDelegasi Hamas di ketuai oleh Haneyya bertemu Abbas di Turki.

Suruhanjaya Tahanan: Pelanggaran oleh IPS akan memburukkan keadaan di penjara

Khamis, 27-07-2023 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan menyatakan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) bertanggungjawab di atas akibat tindakan pelanggaran ke atas tahanan-tahanan wanita Fatimah Shahin dan Itaf Jaradat.  Dalam satu kenyataan akhbar pada petang Isnin, suruhanjaya itu menekankan yang keputusan Israel untuk meletakkan Shahin dan Jaradat dengan tahanan penjenayah tidak akan dibiarkan. Suruhanjaya … Read moreSuruhanjaya Tahanan: Pelanggaran oleh IPS akan memburukkan keadaan di penjara

Aktivis hak asasi manusia meminta Amazon dan Google untuk menghentikan kontrak dengan Israel

Khamis, 27-07-2023 – Aktivis hak asasi manusia di Amerika Syarikat telah menyeru semua pekerja Google dan Amazon untuk bangkit menentang syarikat mereka dan mendesak mereka untuk menghentikan perniagaan dengan Israel yang mengamalkan sistem aparteid. Dalam kenyataan pada hari Isnin, para aktivis menegaskan bahawa kontrak Amazon dan Google dengan Israel untuk menyediakan teknologi awan akan memudahkan … Read moreAktivis hak asasi manusia meminta Amazon dan Google untuk menghentikan kontrak dengan Israel

Dua orang pemuda Palestin cedera dalam serbuan IOF di barat Jenin.

Selasa, 25-07-2023 – Dua orang pemuda Palestin cedera pada petang Ahad ketika serbuan oleh tentera rejim zionis (IOF) di barat Tebing Barat, kota Jenin. Sumber tempatan melaporkan yang dua orang pemuda cedera akibat tembakan peluru getah bersalut besi dan serangan bom tangan di rumah-rumah warga Palestin di Kampung Rummanah. Dalam perkembangan lain, tentera IOF menyekat … Read moreDua orang pemuda Palestin cedera dalam serbuan IOF di barat Jenin.

Zionis Tangkap 570 kanak-kanak Palestin Separuh Pertama 2023

Selasa, 25-07-2023 – Pasukan pendudukan Zionis menangkap 570 kanak-kanak Palestin di bawah umur pada separuh pertama tahun 2023, 435 daripadanya berasal dari Baitulmaqdis yang dijajah. Pengarah Pusat Pengajian Tahanan Palestin, Riyad Al-Ashqar berkata, 570 remaja bawah umur Palestin ditahan pada separuh pertama tahun semasa, peningkatan 15 peratus berbanding tahun yang sama sebelumnya. Al-Ashqar menggariskan bahawa … Read moreZionis Tangkap 570 kanak-kanak Palestin Separuh Pertama 2023

Rakyat Palestin di Ramallah menuntut pembebasan tahanan politik

Selasa, 25-07-2023 – Warga Palestin menyertai perhimpunan di bandar Ramallah, Tebing Barat pada hari Ahad untuk menuntut pembebasan tahanan politik yang ditahan di penjara-penjara Otoriti Palestin di Tepi Barat. Para peserta perhimpunan menyeru agar tahanan politik dibebaskan untuk mencapai perpaduan nasional Palestin, sambil menekankan bahawa penangkapan pejuang-pejuang perlawanan Palestin merupakan suatu jenayah terhadap rakyat Palestin. … Read moreRakyat Palestin di Ramallah menuntut pembebasan tahanan politik

Dua peneroka haram Yahudi mencemari Gereja Orthodoks di Jerusalem.

Selasa, 25-07-2023 – Dua peneroka haram Yahudi menyerbu gereja Orthodoks di Gunung Zion di kawasan kepungan Jerusalem dan menyatakan keinginan mereka untuk menetap di kawasan berikut. Video yang tular di media sosial menunjukkan peneroka haram duduk di atas hamparan  di kawasan perkarangan gereja.  Mereka juga membawa beberapa buku dan peralatan perkhemahan bersama mereka. Dua peneroka … Read moreDua peneroka haram Yahudi mencemari Gereja Orthodoks di Jerusalem.

Pendatang Yahudi cedera dalam serangan tikaman di Baitulmuqaddis

Isnin, 24-07-2023 – Seorang pendatang Yahudi telah cedera dalam serangan tikaman di Baitulmuqaddis pada petang Khamis. Akhbar Ibrani Israel Hayom melaporkan yang seorang pendatang Yahudi telah cedera teruk setelah ditikam di penempatan Gilo, selatan Baitulmuqaddis. Ia menekankan bahawa seorang penyerang meninggalkan tempat kejadian, dan menambah yang Shin Ben akan menyiasat kejadian itu. Manakala polis rejim … Read morePendatang Yahudi cedera dalam serangan tikaman di Baitulmuqaddis

Sheikh Kiswani menyeru Muslim meningkatkan keberadaan di Masjid Aqsa

Jumaat, 21-07-2023 – Sheikh Omar al-Kiswani menggesa para Muslim agar meningkatkan keberadaan di Masjid Aqsa untuk melindunginya daripada dicemari polis rejim dan pendatang Yahudi. Dalam kenyataan akhbar pada Rabu, Sheikh Kiswani, pengarah Dataran Masjid Aqsa berkata, keberadaan berkekalan Muslim di Masjid Aqsa adalah sangat penting untuk melindungi legasi Nabi dan hak asasi Muslim terhadap tempat … Read moreSheikh Kiswani menyeru Muslim meningkatkan keberadaan di Masjid Aqsa

IOF menahan seorang lelaki Palestin di tenggara Tulkarem

Khamis, 20-07-2023 – Regim Zionis Israel (IOF) menahan dan mencederakan seorang lelaki Palestin pada petang Ahad selepas menyerbu kampung Shufa, di tenggara bandar Tulkarem, di Tepi Barat. Sumber tempatan melaporkan bahawa seorang lelaki Palestin ditahan selepas cedera di kakinya akibat peluru hidup IOF, tanpa memberikan maklumat mengenai identitinya. Dalam perkembangan lain, pendatang Yahudi menghalang petani … Read moreIOF menahan seorang lelaki Palestin di tenggara Tulkarem

PRC menyampaikan kepada UNHRC tentang keganasan Israel terhadap kanak-kanak Palestin

Isnin, 17-07-2023 – Pusat Kembali Palestin (PRC) di London menyampaikan kenyataan lisan sebagai sebahagian daripada Bahan 2 Agenda Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) di Geneva pada Khamis. “Rakyat Palestin terus menjadi sasaran bom dan polisi pembunuhan tembakan Israel pada kadar yang mengejutkan,” PRC memberitahu UNHRC.PRC memberi amaran bahawa kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus berada … Read morePRC menyampaikan kepada UNHRC tentang keganasan Israel terhadap kanak-kanak Palestin

Pendatang Yahudi Serbu Masjid Al Aqsa, Warga Palestin Melakukan Ribat

Isnin, 17-07-2023 – Puluhan penduduk pendatang Yahudi pada hari Khamis (13/7/2023), menyerbu halaman Masjid Al-Aqsha. Mereka mendapat kawalan ketat dari pasukan penjajah Zionis Israel. Para penduduk pendatang Yahudi melakukan ritual Talmud di halaman masjid dan melakukan tindakan provokatif setelah menyerbu dari Gerbang Mughrabi (gerbang barat masjid yang dikuasai penjajah Zionis Israel). Sumber Al-Quds melaporkan bahawa … Read morePendatang Yahudi Serbu Masjid Al Aqsa, Warga Palestin Melakukan Ribat

Pihak berkuasa Islam dan Kristian menuduh Israel melakukan pembersihan etnik

Jumaat, 14-07-2023 – Pihak berkuasa Islam dan Kristian Baitulmuqaddis dan Tempat Suci telah mengutuk rejim zionis kerana merampas rumah keluarga Sob Laban family di kota lama Baitulmuqaddis dan menyerahkannya kepada pendatang Yahudi pada Selasa. Dalam satu kenyataan pada Rabu, Pihak berkuasa Islam dan Kristian berkata, tindakan ke atas keluarga Sob Laban mengesahkan lagi yang rejim … Read morePihak berkuasa Islam dan Kristian menuduh Israel melakukan pembersihan etnik