Tentera rejim surai penduduk Palestin merusuh bantah pencerobohan tanah di selatan Nablus.

Isnin,14-06-2021 – Berpuluh-puluh penduduk Palestin alami sesak nafas selepas pasukan tentera rejim menghujani mereka dengan gas pemedih mata semasa mereka bertembung di selatan Nablus, Selasa kelmarin.

Menurut sumber tempatan, anggota tentera rejim menembak gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin yang berkumpul di perkampungan Beita bagi membantah tindakan pencerobohan lot-lot tanah  di kampung itu dan Huwara yang dirampas pihak rejim untuk membina jalan bagi penempatan haram Yahudi.

Tambah sumber itu lagi,  ramai di kalangan penduduk sesak nafas sementara ambulan yang datang membantu turut terkena  tembakan gas pemedih mata hingga  cerminnya hancur berkecai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin