Rejim Israel kasari tiga pekerja Palestin di Jenin.

Selasa,15-06-2021 – Tentera rejim Israel bertindak kasar ketika cuba menahan tiga pekerja dari Tebing Barat dalam satu kejadian yang berlaku di pos pemeriksaan tentera di selatan Jenin.

Menurut  pihak keselamatan Palestin, anggota tentera rejim menangkap dengan ganas dengan memukul tiga pekerja dari perkampungan Beit, Nablus yang dikenali sebagai Muaad bani- Shamsi, Adem Adili dan Islam Khadir.

Ketiga-tiga mereka telah diperlakukan secara ganas semasa cuba merentas sempadan melalui pagar pemisah yang terbuka di Barta’ah untuk ke wilayah yang dikuasai Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin