Israel rancang tanah haram untuk peneroka seluas lima kali ganda di selatan Nablus.

Rabu,16-06-2021 РGhassan Daghlas, seorang pegawai pemerhati kawasan penerokaan di utara Tebing Barat, pada hari Ahad menjelaskan bahawa  pihak berkuasa Israel membiayai perancangan untuk meluaskan kawasan Shvut Rachel dengan menambah 534 buah unit rumah haram di atas tanah milik warga Palestin di kawasan Jalud dan Turmusaya di selatan Nablus.

Daghlas menjelaskan dalam sidang media, kelulusan pelan baru akan meningkatkan pembinaan kediaman haram menyamai lima kali ganda dari penerokaan haram yang asal pada tahun 1991.

Beliau menegaskan dokumen yang telah diluluskan oleh Majlis Tertinggi Perancangan Israel pada hujung bulan Mei lepas untuk meluaskan Shvut Rachel menunjukkan bahawa pembinaan akan dijalankan di kawasan seluas 376 dunum ( kira-kira  94 ekar) di kawasan Jalud dan Trmusaya. 

 ( 1 ekar bersamaan 4 dunum)

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad