Lima Diculik Zionis Di Tebing Barat

Jumaat, 23-07-2021 – Sekurang-kurangnya lima warga Palestin diculik Rejim Zionis semalam dan subuh Ahad di kawasan sekitar Tebing Barat. Menurut sumber tempatan, seorang anak muda, Majdi Al-Barghouti ditahan dalam serbuan sekitar bandar Ramallah dan Bireh.

Seorang lagi, Imad Abu Zeitoun dari perkampungan Zububa, barat Jenin turut ditahan dalam serangan di pusat pemeriksaan berdekatan kediamannya.

Saksi memberitahu, Abu Zeitoun dipukul dengan teruk selain disembur gas pemedih mata di bahagian muka sebelum Rejim Zionis membawanya ke kem ketenteraan Salem. Manakala di Bethlehem, tiga lagi diculik di kawasan berdekatan. Mereka dikenali sebagai Ahmed Takatika, Radi Salah dan Mohamed Sarhan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati