Europe for Jerusalem Kutuk Serbuan Israel Tehadap Al-Aqsha

Jumaat, 23-07-2021 – Pihak Europe for Jerusalem mengutuk keras serbuan besar-besaran yang dilakukan sekelompok warga pendatang Yahudi ke Masjid Al-Aqsha yang diikuti tindakan kekerasan dan penganiyaan pasukan penjajah Israel terhadap jamaah yang mengerjakan solat.

Pihak persatuan tersebut menyatakan bahawa pasukan penjajah Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa di awal hari Minggu dan menyerang para jamaah serta penjaga tetap masjid di halaman Masjid dengan memukul, menolak serta menahan mereka dengan paksa. Sementara itu, para pemuda Palestin yang berada di sana cuba menghadang tindakan biadap tentera Israel.

Badan Eropah ini menegaskan bahawa ia adalah kejahatan terang-terangan dimana pasukan Israel dalam jumlah besar dari polis penjajah menyerang dan menganiaya jamaah solat dengan tindakan ganas. Akibatnya, sejumlah orang mengalami kecederaan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman