Raja Jordan seru agar menghalang Israel daripada mengambil langkah berat sebelah

Rabu, 28-07-2021 – Raja Abdullah II menekankan kepentingan menghalang sebarang tindakan berat sebelah oleh Israel yang akan menggugat kestabilan rantau itu.

Ia dinyatakan ketika mesyuarat yang diadakan di Washington di antara Raja Abdullah dan penasihat keselamatan kebangsaan AS Jake Sullivan, demikian menurut Agensi Berita Jordan (Petra).

Kedua-dua pihak membincangkan sejumlah isu rantau, terutamanya berkenaan Palestin, di mana Raja Jordan menekankan peranan penting pentadbiran AS dalam meningkatkan usaha perdamaian berasaskan penyelesaian dua-negara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati