Dua Diculik Di Barat Jenin

Rabu, 28-07-2021 – Rejim Zionis menculik dua pemuda Palestin di kediaman mereka di bandar Rummanah, barat Jenin pada Subuh Khamis. Menurut sumber tempatan, penculikan┬áMu’ein Amour dan Raja Abu Qiyas berlaku setelah┬áRejim Zionis bertindak memecah masuk dan menggeledah beberapa rumah di kawasan berkenaan.

Dalam masa sama, Rejim Zionis turut melakukan rondaan sekitar jalanan kota dan kawasan tanah berhampiran tembok pemisah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil