Tentera Israel Ratakan Kebun Zaitun di Perkampungan Tebing Barat

Jumaat, 22-10-2021 – Tentera rejim Zionis pada pagi Rabu lalu telah meratakan sejumlah besar tanah yang telah diusahakan milik warganegara Palestin berhampiran perkampungan Wadi Rahhal di selatan Bethlehem.

Pegawai tempatan Hasan Bureijiya mengatakan bahawa jentolak Israel yang dikawal oleh askar merobohkan sekitar 10 dunum tanah yang ditanam dengan anak pokok zaitun, sambil menambah bahawa tanah itu milik penduduk tempatan bernama Ibrahim Abiyat.

Dalam kejadian berasingan, pasukan rejim Zionis pada malam Selasa telah menyerahkan notis pemberhentian dan perobohan kepada warga Palestin terhadap dua bangunan di Beit Surik, barat laut Baitulmaqdis.

Menurut sumber tempatan, tentera Zionis memberitahu warga di situ tentang niat mereka untuk merobohkan sebuah bangunan yang sedang dibina milik sebuah persatuan wanita dan sebuah rumah milik penduduk tempatan dari Beit Surik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul