Categories
Berita Semasa

Hamas : Pembunuhan Kanak-kanak Palestin oleh Israel Tindakan Sadis

Rabu, 05-10-2022 – Gerakan Hamas mendakwa bahawa jenayah berterusan Israel terhadap kanak-kanak Palestin yang tidak bersalah di seluruh negara itu mencerminkan dasar “sadis” Israel yang diamalkan terhadap kanak-kanak dan orang awam.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Khamis, Gerakan itu meratapi kematian kanak-kanak Palestin Rayyan Suleiman yang meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika dikejar secara agresif oleh Rejim Zionis di wilayah Tebing Barat Bethlehem.

Gerakan itu menegaskan bahawa jenayah rejim terhadap kanak-kanak, rakyat, tanah, dan kesucian Palestin tidak akan memberikan keselamatan kepada Israel tetapi hanya akan meningkatkan kekuatan penentangan Palestin untuk mempertahankan tanah dan hak Palestin sehingga pembebasan penuh negara itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar