Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin cedera akibat ditembak oleh rejim Zionis Israel di bandar Bireh

Rabu, 05-10-2022 – Seorang remaja Palestin telah cedera akibat ditembak dengan peluru hidup pada hari Khamis dalam satu pertempuran antara pemuda tempatan dengan rejim Zionis Israel di bandar Bireh di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, remaja tersebut cedera di lutut akibat peluru hidup yang digunakan semasa pertempuran dengan pemuda tempatan di Jabel at-Twil di timur bandar Bireh. Pertempuran juga meletus antara pemuda Palestin dan tentera rejim Zionis di beberapa kawasan di daerah al-Khalik.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul