Hamas mengalukan resolusi PBB iktiraf hari Nakba

Selasa, 06-12-2022 – Pergerakan Hamas telah mengalu-alukan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meminta sekretariat bahagian hak Palestin mendedikasikan aktivitinya pada 2023 khusus untuk ulang tahun ke-75 Nakba.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Khamis jurucakap Hamas, Jihad Taha berkata bahawa resolusi ini merupakan pengiktirafan oleh PBB terhadap tragedi yang menimpa rakyat Palestin melalui pemindahan paksa yang menyebabkan mereka menjadi pelarian dalam buangan dan diaspora.

Taha mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang mengundi menyokong resolusi itu dan menyokong perjuangan Palestin yang adil serta menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil langkah serius menyokong rakyat Palestin dalam perjuangan mereka menentang pencerobohan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan