
Selasa, 07-02-2023 – Jurucakap Hamas, Abdul-Latif al-Qanu memuji operasi rempuhan kereta di pusat pemeriksaan Zaatara, Nablus pada Selasa petang.
Beliau menyifatkan ia sebagai ‘heroik’ dan ‘tindak balas terhadap jenayah pendudukan Israel dan pencerobohan terhadap Palestin dan tanah suci mereka’.
Dalam kenyataan akhbar, Qanu menegaskan operasi ini bertepatan dengan pencerobohan Israel terhadap tahanan Palestin, selain mencerminkan keupayaan bertindak balas untuk menentang dan bersedia mempertahankan para tahanan.
“Kami jamin, para tahanan yang heroik, bahawa ini adalah penentangan bersama melawan institusi penjara dan tidak akan pernah menyerah untuk mempertahankan mereka,” ujar jurucakap itu.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ