
Isnin, 20-03-2023 – Yayasan Muhjat Al-Quds melaporkan bahawa tahanna Palestin, Khader Adnan telah meneruskan mogok lapar pada hari yang ke 38 kerana membantah penahanan yang zalim ke atas beliau.
Tahanan Adnan mengharungi kehidupan dalam persekitaran yang melarat serta tahap kesihatan semakin teruk di dalam tahanan Ramleh menurut laporan dari Yayasan Muhjat Al-Quds. Yayasan itu turut melaporkan bahawa Adnan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak kerana dalam lokap tahanan pengasingan beliau sangatlah kotor dan penuh dengan serangga perosak.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul