Categories
Berita Semasa

Ratusan warga Baitulmuqaddis diancam pengusiran

Rabu, 22-03-2023 – Ratusan warga Palestin di Baitulmuqaddis berisiko diusir akibat rancangan peluasan penempatan para pendatang Israel di kejiranan Batan al-Hawa di bandar Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa.

Sekurang-kurangnya 87 keluarga Palestin, yang terdiri daripada 700 orang, hidup dalam ancaman diusir bagi memberi laluan kepada rancangan peluasan untuk pendatang di kejiranan Batan al-Hawa, demikian menurut Zuhair Al-Rajabi, ketua jawatankuasa kejiranan.

Al-Rajabi memberi amaran yang pihak rejim akan mengeluarkan arahan pengosongan rumah kepada warga Palestin di kejiranan itu pada bulan Ramadhan yang mulia, dan menambah yang rumahnya termasuk dalam senarai terancam.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati