Selasa, 23-05-2023 – Dalam langkah yang bertujuan untuk mengekalkan keharmonian di Baitulmaqdis timur, kerajaan Israel telah mengadakan mesyuarat kabinet mingguannya pada hari Ahad lepas di dalam sebuah terowong di bawah tembok barat Masjidil Aqsa.
Semasa pertemuan itu, kerajaan Israel meluluskan pelbagai projek untuk kaum Yahudi dan penempatan haram di Baitulmaqdis timur. Selain itu, kerajaan Israel telah memperuntukkan sejumlah bajet yang besar sempena ulang tahun ke-56 pendudukan haram Israel di kota suci itu, menurut akhbar Maariv.
Kemuncaknya, kerajaan juga turut memberi kebenaran untuk rancangan tiga tahun berharga 95 juta shekel bagi menggalakkan peneroka haram Yahudi untuk terus tinggal di timur Baitulmaqdis.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Moses