Khamis, 25-05-2023 – Pasukan lawan pedang kebangsaan Iraq telah menarik diri daripada Kejohanan Lawan Pedang Dunia yang berlangsung di bandar Turki, Istanbul selepas mengetahui bahawa anggotanya perlu berdepan dengan pemain lawan Israel, Jumaat lalu.
“Pasukan kebangsaan Iraq menarik diri daripada perlawanan individu dalam kejohanan tersebut yang berlangsung di Istanbul dan merupakan kelayakan untuk ke Sukan Olimpik di Paris selepas dipertandingkan dengan pasukan negara haram Israel,” kata wakil Persatuan Lawan Pedang Iraq.
Persatuan itu menambah bahawa keputusan yang diambil adalah sebagai mematuhi undang-undang Iraq yang menjenayahkan sebarang bentuk normalisasi dengan negara haram dan juga sebagai bentuk menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Moses