Israel Marah dengan Kenyataan PM Sepanyol dan Belgium di Rafa

Rabu, 29-11-2023 – Kenyataan Perdana Menteri Sepanyol dan Belgium di hadapan lintasan Rafah, membuatkan penduduk Israel marah dan mendorong mereka memanggil duta besar kedua-dua negara itu, untuk “ditegur”. Pada hari Jumaat, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menekankan tentang keperluan melanjutkan gencatan senjata kemanusiaan dan gencatan senjata yang bersifat kekal di Tebing Gaza.

Madrid mungkin akan mengambil keputusan sendiri bagi mengakui negara Palestin jika Kesatuan Eropah tidak melakukannya. Hal ini disampaikan dalam sidang media bersama yang diadakan oleh Sanchez dengan rakan sejawatannya dari Belgium, Alexander De Croo, ketika berkunjung ke sempadan Rafah dan Tebing Gaza.

Sanchez menambah, “Kami menuntut pembebasan lebih ramai tawanan dan gencatan senjata kekal.”
Beliau melanjutkan, “Hari ini kita perlu memulakan pelaksanaan akhir dalam isu perpecahan dua negara. Kita memerlukan perspektif yang serius untuk mencapai perdamaian, dan perlu ada solusi komprehensif untuk mengakhiri konflik Arab-Israel yang telah berlaku selama hampir satu abad, dan komuniti antarabangsa perlu memainkan peranan yang konstruktif dan efektif.”

sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh Siti Rahmah