![](https://english.palinfo.com/wp-content/uploads/2023/11/arrestssss.jpg)
Isnin, 04-12-2023 – Pasukan Rejim Zions (IOF) telah menangkap 40 rakyat Palestin pada Khamis lalu, termasuk dua remaja perempuan dan anggota Pergerakan Hamas, sebagai tambahan kepada bekas tahanan, merupakan sebahagian daripada langkah besar-besaran hukuman Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat, menurut Pejabat Media Tahanan Palestin.
Penangkapan dilakukan di Al-Khalil, Bethlehem, Tulkarem dan Jerusalem yang Diduduki, serta di Jericho, Qalqilya, dan Tubas, kata Pejabat itu.
Kira-kira 7 orang termasuk lelaki muda telah ditangkap di Baitulmuqaddis yang Diduduki, 8 lelaki telah ditangkap di Bethlehem, dan 11 yang lain di Al-Khalil selepas IOF menyerbu beberapa kawasan kejiranan di bandar tersebut. Sebahagian daripada mereka telah ditangkap bersama bapa dan saudara lelaki mereka.
IOF juga menahan 9 warga Palestin di Tulkarem dan 2 yang lain di bandar Qalqilya, manakala di Tubas, 2 bekas banduan telah ditangkap selain seorang ahli majlis perbandaran Tubas.
Sementara itu, pasukan khas Israel turut menculik seorang pemuda dari kem pelarian Ain Al-Sultan di Jericho.
Jumlah penduduk Palestin di Tebing Barat yang telah ditahan sejak 7 Oktober di penjara pendudukan Israel kini melonjak kepada 3,365 orang tahanan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Filzah