
Jumaat, 24-05-2024 – Ketika Perang genosid Israel yang disokong AS di Semenanjung Gaza memasuki hari ke-229 pada Rabu, serangan udara dan tembakan artileri diteruskan dan menyasarkan kawasan yang berlainan dan mengorbankan lebih banyak orang awam, terutama di utara Gaza.
Wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata bahawa tentera rejim Israel terus mengebom rumah di kawasan yang berbeza di Gaza selama 24 jam yang lalu, di tengah-tengah serangan yang berterusan di Rafah dan Jabalia.
Menurut sumber media, dua orang awam mati syahid dan yang lain cedera dalam serangan rejim Israel di jalan raya di kejiranan al-Sabra di Selatan Bandar Gaza, sementara mayat seorang awam ditemui dan dipindahkan dari bandar al-Zahra di tengah Gaza.
Tentera Israel juga melancarkan serangan udara ke atas rumah-rumah milik keluarga Abu Zayda, Darabiyah dan Musa di utara Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 20 warga dan mencederakan yang lain.
10 warga lain telah mati syahid dan yang lain cedera apabila tentera rejim Israel mengebom struktur yang melindungi keluarga yang berpindah di kawasan al-Zawaida di tengah Gaza.
Dalam serangan lain ke atas sebuah rumah di kawasan Bir An-Najah di tengah Gaza, turut meragut nyawa enam orang awam dan mencederakan beberapa yang lain.
Beberapa korban lain turut dilaporkan di kawasan lain di Gaza berikutan serangan udara, artileri dan tembakan Israel malam tadi dan hari ini.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah